KES perceraian yang diklasifikasikan sebagai tidak munasabah di kalangan pasangan suami isteri di negara ini yang semakin meningkat boleh diselesaikan dengan perbincangan meluas yang melibatkan semua pihak dengan mencari penyelesaian bukan dengan menghukum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peningkatan jumlah kes penceraian sebegitu biasanya disebabkan pelbagai faktor antaranya ekonomi, persefahaman dan hilang sumber pencarian.
Menurut beliau, sebelum mengambil langkah mengetatkan undang-undang atau memberatkan hukuman, semua pihak perlu mengenal pasti punca atau faktor perceraian itu terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu kepada undang-undang yang diperuntukan.
"Usaha-usaha ke arah memperkemaskan kes perceraian tanpa sebab munasabah ini, saya fikir elok untuk dibincangkan pada peringkat yang lebih ramai kelompoknya tentang apa sebenarnya yang patut kita lakukan selain daripada tindakan.
"Perceraian ini kadang kala disebabkan faktor ekonomi, antaranya suami yang gagal memberi nafkah akibat diberhentikan kerja, isteri hilang sumber nafkah akibat suami dihukum penjara atau pelbagai sebab lain. Elok ia dibincangkan dengan ruang yang lebih luas,” katanya kepada pemberita selepas menerima bayaran zakat perniagaan daripada lapan syarikat koperasi di sini hari ini. – sumber: Bernama,19/10/11)
TB: Tanya individu yang memohon penceraian itu; apa yang dia dapat? Untung? Puas hati? Balas dendam tercapai? Fikirkan dan kasihanilah anak-anak. Hidup bukan selama-lamanya di dunia. Ada ‘dunia’ lain di sana yanglebih indah dan abadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan