Salam Perjuangan

26 Oktober 2011

PERKASA BUKAN GANTI UMNO


PERTUBUHAN  Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak berhasrat menyaingi atau mengatasi peranan Umno sebagai tunggak pemerintahan negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa tidak akan menukarkan statusnya kepada parti politik, sebaliknya akan berperanan sebagai benteng pertahanan negara daripada ancaman musuh yang cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Perkasa ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang menunjangi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.
"Justeru, Perkasa tidak boleh dilihat sebagai sebuah pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman apabila ia hanya bertindak melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada perhimpunan agung kedua Perkasa di Setiawangsa hari ini. (sumber: Bernama, 26/10/11)

TB rasa syahdu dan terkedu kerana pekikan 'HIDUP MELAYU' sudah agak lama TB kurang kedengaran secara menyeluruh di mana-mana majlis perhimpunan termasuk dalam UMNO. TB rasakan suatu suntikan baru mula menyerap dan memberi kesedaran bahawa Melayu/Pribumi/lslam wajib bersatu bagi survival mendatang.Apatah lagi Perkasa dengan tegas,berani dan berwibawa mengingatkan  fakta sejarah tentang 'jus soli' atau kontrak bangsa ataupun kontrak sosial yang membuktikan bangsa Melayu amat berkrompomi memberi taraf warganegara kepada bukan Melayu sebelum Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya mencapai kemerdekaan 1957. Datuk lbrahim Ali selaku Presiden Perkasa berterusan menekankan betapa perlunya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu berkaitan dengan biasiswa,lslam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan isu-isu yang berkaiatan dengan keselamatan.Perkasa yang tampil dengan imej neutral non-partisan,TB percaya akan terus meraih sokongan bangsa Melayu/bumiputera bagi mempertahankan hak-hak mereka tanpa menggugat keharmonian kaum-kaum lain. Syabas TB ucapkan kepada Datuk lbrahim Ali dan Perkasa. Salam perjuangan!

Tiada ulasan: