Salam Perjuangan

29 Oktober 2011

BEKAS IGP CIPTAKAN GERAKAN FASIS GAGALKAN NAJIB?

SETIAUSAHA  Publisiti DAP Tony Pua yang membidas bekas Ketua Polis Negara (KPN/IGP) Tan Sri Rahim Noor kerana didakwa mencadangkan tuntutan hak asasi manusia dengan fahaman komunisme sebenarnya tersilap tafsir dan salah faham. Adakah Tony Pua hadir dan mendengar sendiri apa yang diucapkan oleh bekas lGP dalam majlis perasmian mesyuarat agung Perkasa ke-2 di Kuala Lumpur baru-baru ini? Tanya seorang tetamu yang turut hadir di majlis tersebut.

suaram submarine dinner 230711 tony pua"Jika hak asasi boleh disamakan dengan komunisme, maka pastilah apa yang cuba dilakukan Rahim dalam ucapannya dalam perhimpunan agung kedua PERKASA untuk membenih dan menumbuhkan gerakan fasisme di Malaysia," kata Pua (kanan) sebagaimana yang dipetik daripada portal Malaysiakini (29/10/11).

Rahim kelmarin memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang itu, seperti pengalamannya berdepan gelombang Marxist dan komunisme. Apa yang sebenarnya menurut tetamu tersebut Tan Sri Rahim menceritakan pengalaman sebenar menempuh dan menangani keganasan PKM/CPM yang tinggal saki baki sejak 1950-an dan  diperangi awal 1960-an hingga membawa perjanjian damai di Hadyai,Thailand sekitar 1980-an. 


Selain itu beliau yang bercakap berdasarkan fakta sejarah dan akademik  yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa.Tan Sri Rahim hanya menyentuh apa yang dikatakan 'hak asasi manusia ' sebagai perbandingan yang mana apapun kebebasan manusia; tidak dapat tidak mesti mematuhi undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Justeru ucapan Rahim  dalam perhimpunan Perkasa yang  cuba menggagalkan reformasi yang sedang diusahakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seperti pendapat Tony Pua adalah tidak berkaitan dan hanya suatu 'jolokan nakal', kata jurucakap tersebut. Tan Sri Rahim lebih jelas menyeru semua orang bersatu khususnya orang-orang Melayu dan bukan Melayu agar negara Malaysia harmoni dan aman damai dan semua pihak mematuhi garis undang-undang negara demi keselamatan dan ketenteraman awam. Adakah salah Tan Sri Rahim berucap sedemikian? (TB)

Tiada ulasan: