Salam Perjuangan

06 Oktober 2011

MAHNESSA A.KADIR: TAHNIAH!

TB dan warga pembantu TBD mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Mahnessa A.Kadir yang kini terus melanjutkan pengajian 'lslamic Studies' di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Fakulti Pengajian lslam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia telah menunjukkan semangat dan daya juang yang tinggi bagi memperoleh ilmu.

Bagi TB menuntut ilmu tiada sempadan dan penghujungnya selagi hayat dikandung badan. Apatah lagi pendidikan itu adalah proses sepanjang hayat.Bahkan setinggi mana kita menuntut ilmu, ilmu yang kita perolehi hanyalah umpama setitik dakwat di lautan biru.lngatlah, semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang mempunyai adab dan ilmu.Bak pesan bijak pandai; merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berupaya membalas dan bersikap adil ketika kuat berkuasa, wajar disemat selagi nyawa tidak bercerai badan.(TB)


Tiada ulasan: