SAYA bukan sahaja bimbang dan keluh-kesah mengenang nasib masa hadapan Bahasa Melayu di Malaysia sahaja tetapi juga tentang nasib baik Bahasa Melayu di Singapura, lndonesia, Selatan Thailand, Selatan Filipina dan Negara Brunei Darussalam. Walaupun nasib bahasa Melayu belum teruk terumbang-ambing tetapi saya amat sedar bahawa bangsa Melayu hanya boleh dikalahkan bukan hanya dengan aneka senjata teknologi tetapi boleh kalah dan pupus tamadun dan jati diri budayanya dengan 'membunuh semangatnya' melalui bahasanya.
Orang Melayu kini diasak-asak jiwanya agar tidak berjiwa besar, tidak membanggakan tamadun budayanya, tidak menghargai ketinggian nilai akal budi khazanah persuratan dan kesusasteraannya dan memperlekehkan apa jua yang berjenama 'Melayu'. Walhal Melayu itu lslam, lslam itu Melayu mempunyai rahsia besar yang tersembunyi yang berkaitan dengan peradaban dan ketamadunan bangsa.
Justeru saya mengambil sekadar contoh tanpa prasangka bahawa andainya Negara Brunei Darussalam yang menjunjung falsafah dan paksi negara dengan 'MIB" atau Melayu,lslam,Beraja maka adakah dapat dipertahankan pada masa akan datang sekiranya Bahasa Melayu juga mula terancam dan alangkah malangnya jika ada segelintir orang Melayu di sana juga mula memandang 'dingin' terhadap bahasa Melayu sendiri? Mudah-mudahan dan doa saya tidak ada sedemikian.
Walhal MIB itu ada kaitan dengan jiwa dan jiwa bangsa itu adalah bahasanya.Dan kita juga berasa sedih mengenangkan darjat dan jati diri bahasa Melayu yang kian terhakis di Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Manakala di lndonesia walaupun penuturnya kian melebar tetapi kita juga tidak mahu melihat bahasa Melayu lndonesia 'dirosakkan' oleh elemen cacamarba dan sembrono dalam sosok bahasa itu sendiri. Amalkan dan sebarkanlah Bahasa Melayu yang betul,indah,baku dan gramatis dengan apa jua sekalipun selagi kita ada kuasa dan berkuasa. Ketahui lah dan sematkan di sanubari nurani kita bahawa 'Bahasa Jiwa Bangsa'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan