Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat negara ini yang terkorban atau cedera dalam kejadian gempa bumi di Mentawai, Sumatera Barat, Isnin lalu serta letusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, semalam.
Wisma Putra dalam satu kenyataannya hari ini berkata, Kementerian Luar menerusi kedutaan Malaysia di sana akan terus mengawasi dan memantau situasi di negara itu serta melaporkan sebarang perkembangan terkini.
"Kerajaan Malaysia sangat terkejut dan sedih dengan tragedi yang berlaku di sana dan ingin mengucapkan takziah kepada kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya terutama kepada mangsa yang terlibat dalam kedua-dua bencana alam tersebut,'' tegas kenyataan tersebut.(baca penuh,UM,29 Nov.2010)
TIUB BOCOR dan ramai rakyat Malaysia masih teringat betapa terluka,sedih pilu dan tersayat kalbu apabila beberapa bulan yang lalu ada segelintir rakyat lndonesia (tidak semua) yang begitu amarah bagai tidak bertamadun sanggup melemparkan najis ke dalam kawasan Kedutaan Malaysia di Jakarta, memijak-mijak dan melumurkan najis ke atas bendera Malaysia,mahu mengganyang Malaysia dan bermacam-macam tindakan provaktif yang menghina Malaysia. Bahkan ada rakyat lndonesia yang diwawancara oleh sebuah stesen TV, sanggup berkata bahawa lndonesia tidak memerlukan sebarang bantuan Malaysia jika lndonesia ditimpa apa jua musibah. Lantaran keadaan yang begitu gawat dan tegang hubungan saudara serumpun agak terjejas juga. Sehingga kini ramai rakyat Malaysia yang mahu berkunjung dan melancong ke lndonesia terpaksa membatalkan demi keselamatan ekoran hubungan tersebut.Ah,siapakah yang rugi?Begitulah, terlanjar perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya!
Apapun sebagai negara yang majoriti lslam, serumpun dan seagama; kita dengan tulus hati menyampaikan takziah.Dan semoga semua pihak bermuhasabah dan menyingkap kembali hidayah yang tersirat di sebalik malapetaka ini.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan