Lelaki akan menjadi dayus apabila:-
1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh badan isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnnya.
5. Membiarkan anak-anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di dalam rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ dan memahami.
6. Menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian seksi di luar rumah.
7. Membiarkan isteri atau anak perempuannya memasuki tempat-tempat yang mendatangkan maksiat serta menyertai program-program yang mendedahkan aurat mereka untuk tontonan jutaan manusia.
8. Membiarkan isteri atau anak perempuannya berpelukan dengan lelaki lain, walaupun atas dasar seni dan lakonan semata-mata.
9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf Islam seperti darurat ketika cuba menyelamatkannya daripada lemas.
11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawat doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14. Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan