Salam Perjuangan

24 Oktober 2010

ORANG ALIM AHLI NERAKA

ADA seorang yang kuat beribadah pada zaman Nabi Musa a.s. sehingga Nabi Musa a.s. hormat kepada orang berkenaan.  Dia mengasingkan dirinya di atas sebuah bukit supaya kerja-kerja ibadahnya tidak terganggu.  Masa jaganya diisi dengan bersembahyang dan berzikir dan beristigfar.  Masa tidurnya sekejap.

Nabi Musa a.s. datang ke tempat orang alim yang mengasingkan diri untuk bertukat-tukar fikiran dan menyaksikan sendiri kehebatannya.  Hari pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam, Nabi Musa a.s. gagal bercakap dengan orang alim itu kerana tidak ada ruang untuk diberi salam kerana orang alim itu asyik bersembahyang  walaupun Nabi Musa a.s. menunggu dari pagi hingga petang.

Hanya pada hari ketujuh, barulah Nabi Musa a.s ada kesempatan memberi salam dan orang alim itu menjawabnya.  Orang alim itu meminta maaf kerana tidak menyedari kedatangan Nabi Musa a.s.  enam hari yang lalu.  Dia amat gembira kerana didatangi oleh seorang nabi dan rasul.

Sebelum berpisah, orang laim itu meminta jasa baik Nabi Musa a. s. agar bertanya Allah SWT, apakah dia termasuk dalam golongan ahli syurga atau sebaliknya.  Jawapannya nanti mohon dimaklumkan kepadanya dan dia akan menunggu kedatang Nabi Musa a.s. untuk mengetahui jawapannnya.

Sebagaimana yang diminta, Nabi Musa a.s. telah bertanya pada Allah tentang status orang alim itu.  Baginda diberitahu bahawa orang alim itu sebenarnya tersenarai sebagai ahli neraka.

Nabi Musa a.s. mempersoalkan kenapa orang alim itu menjadi ahli neraka.  Baginda diberitahu kerana orang alim itu beribadah bukan kerana Allah tetapi kerana harapkan balasan syurga dan kerana itu dia tersenarai sebagai ahli neraka. Nabi Musa a.s. segera ke tempat orang laim itu dan memaklumkan tetang statusnya

Apabila  diberitahu orang alim itu tersenyum dan meneruskan amal ibadahnya tanpa menampakkan rasa dukacitanya menyebabkan Nabi Musa a.s. kehairanan kerana orang alim itu tidak takutkan neraka dan azabnya.

Apabila Nabi Musa a.s. bertanya, apakah orang alim itu itu tidak berasa kecewa dan dukacita kerana walaupun kuat beribadat, namun dia tetap tersenarai sebagai ahli neraka, orang alim itu berkata beliau tidak boleh berdukacita dengan ketetapan Allah.  Jika sudah ditetapkannya sebagai ahli neraka, beliau kena reda dan selagi masih hidup.  Ibadah perlu diteruskan, keampunan dari Allah perlu terus dipohon.

Nabi Musa a.s. kemudia diberitahu oleh Allah bahawa orang alim itu akan  mati sebagai ahli syurga kerana beliau reda dengan ketentuan Allah dan masih terus mengerjakan ibadah dan menjauhi segala maksiat dan kemungkaran walaupun diketahui namanya tersenarai sebagai ahli neraka.  Keredaan dan tidak putus asa memohon keampunan tetap diteruskan dan akhirnya dipilih sebagai ahli syurga. .(sumber: Majalah Milenia Muslim,November,2010)

TIUB BOCOR insaf bahawa menjadi ahli syurga atau neraka adalah hak Allah SWT. Hak kita beribadat dan bertaubat kepada-Nya. 




2 ulasan:

syura berkata...

amat menarik semoga kita saling ingat mengigati

TIUB BOCOR berkata...

t.kasih syura...