TIUB BOCOR mendengar suatu wawancara di radio yang mana tetamu undangannya ialah seorang profesor sosiologi dari sebuah IPTA. lsu yang diketengahkan antara lainnya tentang semangat orang-orang Melayu terutamanya anak-anak muda Melayu.Profesor tersebut ada menyebut bahawa bukannya orang Melayu tidak mempunyai semangat atau tidak bersemangat (hahaha bukan obesiti) tetapi semangat orang Melayu seperti suhu radiator' ada naik turunnya;perlu dijaga dipantau.Maksudnya semangat orang Melayu tidak konsisten.Apakah benar?
Kata semangat menurut Kamus Dewan (2010:1433)bermaksudnya antaranya perasaan,hati,jiwa yang membawa kepada pengertian kemahuan untuk melakukan sesuatu.Berdasarkan definisi ini maka kontra bagi maksud semangat tentulah seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam, hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih, tidak tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah dan banyak lagi.Namun di samping sikap pasif dan negatif bagi menyokong hujah bahawa orang Melayu tidak mempunyai semangat tinggi; ada juga peribahasa yang menyuguhkan kehebatan orang Melayu seperti; alang-alang mandi biar basah, genggam bara api biar sampai jadi arang,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,alang-alang berdakwat biar nampak hitam dan lain-lain lagi.Sayugia dingatkan peribahasa dan orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Daripada peribahasa Melayu, kita boleh mengenali corak pemikiran,budaya dan resam hidupnnya.
Dari titik tolak itu, Najib Razak sewaktu ucapan perasmian dan penggulungan penutup PAT UMNO baru-baru ini , beliau ada menekanan betapa Melayu dan Ketuanan Melayu (apakah mereka faham frasa ini?)tentang jati diri,daya tahan dan perjuangan. TB hendak bertanya: berapakah bilangan para perwakilan yang sudah membaca dan mengenali buku SEJARAH MELAYU? Buku-buku lain seperti Hukum Kanun Melaka, Bustanul-Salatin, Hikayat Abdullah tidak payahlah TB sebut.Gembirakah anda mengaku Melayu bagai gempita dan halilintar tetapi tidak pernah pun ambil tahu,apatah lagi membaca buku Sejarah Melayu? Sendiri tanya,sendiri jawab lagi baik!
Lihatlah filem-filem Mandarin (Cina), Hindi dan Tamil...sejak dahulu kejatidirian tidak pernah luntur. Filem Mandarin/Cina; baik konstum,dialog/skrip,ada falsafah yang tersirat.Dalam filem aksi seperti lakonan Bruce Lee,Jackie Chan,Jet Li dan sebagainya; kita sendiri tahu ada semngat dan elemen yang diserapkan. Baik filem moden, periodisasi dan klasik,kita tetap merasakan adanya kecinaan dalam banyak aspek.Begitu juga filem Hindi dan Tamil tetap wujud komponen komedi,aksi,percintaan,lagu dan muzik;watak baik-jahat yang biasanya sinonim dengan filem-filem Melayu P.Ramlee Jalan Ampas.Kita menyukai filem-filem P.Ramlee hingga kini tanpa jemu; tetapi di mana semangat penggiat-penggiat filem Melayu sekarang? Filem-filem ,sendiri tanya,sendiri jawab lagi baik!
Anak-anak Melayu (baca juga: Orang Melayu)apabila belajar dan raih ijazah daripada USA,UK dan sebagainya agak mudah menukarkan kulit bangsanya.Bukan setakat tidak betah bertutur bahasa Melayu, bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan negaranya apabila menjawat CEO tetapi tidak bersemangat mahu membantu,menyumbang atau menderma perkara-perkara yang berkaitan perkembangan dan pengembangan agama,bahasa,budaya dan pendidikan yang berkaitan orang Melayu.Kita lihat orang Cina dengan Dewan Perniagaan Cina, persatuan-persatuan cina (para taukeh dan cendiakiawan Cina)tidak akan teragak-agak menyokong dan membantu apa jua perkara yang berkaitan untuk meningkatkan semangat orang Cina.Bahkan mereka tidak malu meminta daripada kerajaan;bahkan beruntung besar setiap kali pilihan raya kecil mendapat bantuan peruntukan kerajaan. Sendiri tanya,sendiri jawab lagi baik!
Paling minimum pun, apa salahnya kredit dalam drama atau filem Melayu ditulis/dicatat dalam tulisan jawi dan rumi dalam Bahasa Melayu...apakah orang Melayu dapat merasakan apabila ada tulisan jawi dan rumi dalam Bahasa Melayu; orang Melayu tetap wujud semangat. Jika tidak percaya cubalah. Tanyalah orang Terengganu,Kelantan dan orang Brunei apakah perasaan mereka melihatkan papan tanda di kota/bandar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan