(Gambar Hiasan) |
Bajet 201l yang diumumkan baru-baru ini, tidak pula menampakkan kerajaan mengamalkan jimat cermat.Sebagai contoh kadar cukai jualan telefon bimbit dihapuskan atau dikurangkan(?). Tetapi pelaksanaan di peringkat bawahan tidaklah menggambarkan rakyat gembira. Tanyalah di mana-mana kedai atau kios menjual telefon bimbit...harga tetap sama, tidak berubah. Yang dapat laba daripada bajet ini ialah golongan kapitalis dan peniaga lintah darat. Siapakah yang memantau? Bahkan ada jutaan dan bilion telah diperuntukkan sekian banyak projek sama ada yang mega mahupun semi mega.
Sipakah yang dapat nikmat kekenyangannya? Sendiri fikir,sendiri boleh jawab!Bahkan juga telah diakui ada petanda aras yang baik aspek pemulihan ekonomi yang bertambah baik dan peningkatan pertumbuhannya. Jadi, apa alasannya? Apakah kerana mahu menantikan PILIHAN RAYA UMUM? Adakah setelah kalah dalam PRU maka barulah tahu rupa-rupanya nasi sudah menjadi bubur? Maka selepas itu barulah bagai anjing menyalak bukit, barulah tahu langit tinggi rendah.
Kakitangan kerajaan kita ketahui hampir 75% terdiri daripada Melayu/bumiputera. Lihatlah di sektor swasta yang rata-ratanya dimonopoli bukan Melayu lebih 80%. Bagi sektor swasta memberi bonus tahunan dua bulan gaji bukanlah sesuatu yang aneh. Bukan sesuatu yang baru. Bahkan setakat bonus tahunan satu bulan gaji sudah menjadi suatu kemestian dan kebiasaan.Walaupun untung berlipat kali ganda, sektor swasta tidak riuh rendah. Di mata masyarakat, biarlah untung yang berbilion-bilion tidak diwawarkan.
Lihatlah syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan (GLC)seperti TNB,Telekom, syarikat bekalan air; dan syarikat-syarikat perniagaan ekspot import runcit borong, perkapalan, perbankan dan sebagainya; tanyalah mereka berapa banyak bonus tahunan kakitangan yang mereka perolehi? Dan tanyalah kakitangan sektor kerajaan mereka bagaikan mengemis dan ada kalanya menitis air mata kesyukuran walau sekadar menerima RM500; termasuk para pesara kerajaan. Apa yang mereka harapkan pemberian bonus itu ada kewajaran diberikan memandangkan peruntukan besar yang disalurkan kepada projek juga melibatkan peruntukan wang yang besar juga.
Ketahuilah majoriti kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan adalah orang-orang Melayu yang sebilangan besar mendukung dan menyokong kerajaan. Janganlah UNDI MEREKA beralih arah maka buruklah padahnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan