Salam Perjuangan

20 Oktober 2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR)

TIUB BOCOR dimaklumkan bahawa transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan penambahbaikan  kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke -21.

Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penandaarasan  dengan kurikulum negara  maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan standing dengan pendidikan global.

Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah       (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR).

 Justeru TB bersetuju dengan berlandaskan Fasafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR.

TB juga memperoleh info daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM bahawa KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara. Dan harapan dan doa TB serta para ibu bapa dan warga KPM semua agar apa yang paling penting ialah aspek pelaksanaan dan pemantauan.

(Gambar Hiasan)
Guru-guru besar, para pegawai utama di PPD, JPN, Jemaah Nazir dan lain-lain lagi sedarilah bahawa zaman duduk enak-enak di kerusi empuk di bilik berhawa dingin, zaman hanya pandai mengarah, zaman hanya penilaian dibuat di atas kertas atau mendengar cerita orang dari jarak jauh telah lama berakhir. Kepada anda amanah ini wajib dikotakan. Kepada anda isilah dan kemaskinikanlah pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan terkini dengan penambahbaikan dengan sumber buku dan bahan-bahan bacaan pendidikan. Selamat turun ke gelanggang. Selamat maju jaya ke lapangan KSSR.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sama2 kita menyokong kssr