Salam Perjuangan

22 Oktober 2010

Perhimpunan Agung UMNO,Pak Habib, Jualan Kain dan Cerita lama

TIUB BOCOR berkesempatan menjengok,melawat,bertanya khabar dan bertanya sambil menguji kemahiran berfikir beberapa PRO di beberapa gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan.Sedih juga, petugas-petugas yang diamanahkan menjaga kioas beberapa kementerian seolah-olah hanya senyum-senyum mempersilakan pelawat mengambil pamplet,risalah,brosur dsb.Apabila bertanya; hal-hal serius yang berkaitan maka maka tidak dapat menjelaskan. Di manakah pegawai yang berautoriti? 

Walaupun perhimpunan kali ini agak hambar dan mendatar; tidak sehebat zaman lampau namun acara tetap berjalan sama ada di dalam dan di luar dewan.Orang-orang kampung baik yang berkopiah,bertongkat masih kelihatan mundar-mandir tetapi tidak seramai zaman lalu.Agaknya inilah fitrah...kian pupus,kian menghilang.Jikalau ada yang masih bersemangat pun ialah di kalangan guru-guru pencen dan pemerhati-pemerhati yang diangkut dari jauh untuk setahun sekali makan angin ke Kuala Lumpur.Pada kali ini, TB kedengaran banyak loghat dari Sabah.Maklumlah Sabah merupakan salah sebuah negeri yang banyak bahagian dan perwakilan.

(S.H. ALATTAS)

Pak Habib SHAlattas, masih berada di sudut Riverside menjual buku politiknya huhahuha yang ke-60 (?).Hebat3 mengalahkan Sasterawan Negara menewaskan Wartawan Negara,kah9. Jika TB mahu ulas,biarlah pada waktu lain.Cuma TB hendak beritahu bahawa DBP sudah terbitkan lebih 10kali edisi baru (jika tidak silap), Kamus Dewan tapi masih kedapatan ejaan salah/silap di sana sini dalam buku beliau. Steadylah Pak Habib...TB pun bukan dapat free buku, TB pengguna, ada hak komplen kerana TB membelinya.


Isu utama perhimpunan berkisar tentang sejarah Melayu dan ketuanan Melayu.lni isu yang klise,mual tetapi bukan tidak penting.Apa yang orang Melayu mahukan ialah SEMUA PERWAKILAN sewajarnya SERIUS membincangkan statistik dan data terkini penglibatan orang Melayu dalam bidang profesional seperti kejuteraan,perubatan,guaman,pendidikan,dan sebagainya.lni lebih relevan..termasuk hartanah orang Melayu terkini.

Janganlah pi mai pi mai tang tu juga...lagu lama..cerita lama...OLD STORY!!!!

Tiada ulasan: