TIUB BOCOR mengucapkan tahziah yang tidak terhingga ke atas keluarga semua mangsa nahas bas ekspress,dua buah kereta,van dan sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat di Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat,Alor Gajah,Melaka pada 10-10--2010 jam 6.45petang.Tragedi Oktober yang amat tragis dan menyayat hati itu menyentuh banyak pihak dan seperti biasa di sana sini kedengaran suara demi suara cadangan daripada banyak individu termasuk para pemimpin politik. Adakah ini tidak klise? Adakah isu ini seperti mengulang tayang cerita lama? Kita sedar faktor kemalangan berpunya daripada pelbagai faktor. Di samping faktor pengguna atau manusia, faktor kenderaan, infrastruktur, persekitaran dan cuaca tidak kurang pentingnya menyebabkan berlakunya kemalangan. Ya, takdir tetap tetap takdir. Tetapi kita juga dingatkan oleh Allah SWT agar sentiasa berikhtiar, berfikir,berilmu,berusaha untuk mengubah nasib dan kehidupan kita.Beberapa minggu yang lalu TB telah berkesempatan mengembara ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan menaiki jalan udara, laut, sungai dan darat.Sepanjang kembara TB, berksempatan juga menggunakan perkhidmatan bas ekspress dari Tawau ke Sandakan dan seterusnya dari Bandar Seri Begawan,Brunei ke Miri,Sarawak kemudian ke Bintulu-Sibu dan ke Kuching.TB dapati walaupun lebuh raya dua hala tidak begitu baik di Sarawak namun pemandu bas ekspress sangat berhati-hati. Bahkan ditampalnya poster di dalam bas notis pemberitahuan bahawa bas tersebut hanya dipandu tidak melebihi 80kmj.Jika didapati bas tersebut dipandu laju, para penumpang boleh membuat aduan segera ke nombor telefon yang tertera diiklankan di dalam bas. Sungguhpun pergerakan bas bagai semut namun TB dan para penumpang berasa cukup selamat dan boleh melihat alam persekitaran perjalanan dengan tenang dan selamat.Menurut pemandu bas, sama ada laju atau perlahan beza waktu pun antara 10-15 minit sahaja. Bayangkan kerana mengejar masa yang tidak seberapa maka seperti tragedi Oktober 10,10.10 di PLUS Semenanjung Malaysia,kita telah kehilangan nyawa ramai anak muda yang amat berharga untuk keluarga, agama, bangsa dan negara! Begitu juga perjalanan TB dengan bas ekspress dari Ipoh ke Alor Setar, dari Alor Setar ke Kota Bharu,Kelantan melalui lebuh raya Jeli yang banyak selekoh dan keluk. Namun sikap pemandu yang sentiasa sabar dan memandu tidak laju maka selamatlah perjalanan. Begitu juga dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu dan dari Kuala Terengganu ke Kuantan dan terus ke Kuala Lumpur dan kembali ke Putrajaya. TB tidak lupa mengucapkan sekalumg penghargaan kepada syarikat bas ekspress yang pemandu-pemandunya memandu tidak laju dan bukannya kerana takutkan penguatkuasaan. Kepada syarikat Sri Maju, Shamishar,Transnasional, Mutiara dan lain-lain lagi teruskan cara pemanduan berhemah, paling maksimum antara 80-90kmj sudah amat memadai. Semoga kita semua selamat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan