Salam Perjuangan

26 Oktober 2010

CITIBANK ANTIPEKERJA MALAYSIA ?

SEWAKTU  Tiub Bocor meninjau setiap aras PWTC Kuala Lumpur  ketika perhimpunan agung sebuah parti politik baru-baru ini, TB bertemu dengan seorang pemuda yang dari raut wajahnya bagaikan mohon empati dan simpati. Daripada pemuda tersebutlah TB memperoleh info bagi meraih sokongan perjuangan para pekerja yang diwakilinya.

Sebagai seorang yang pernah terbabit dalam aktiviti kesatuan sekerja dalam sektor pendidikan suatu masa dahulu, TB memahami dan mengerti erti sebuah perjuangan. Berdasarkan maklumat daripada risalah edarannya yang kemungkinan mendapat dukungan daripada Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia dinyatakan ketidakpuasan para pekerja  Citibank Malaysia peringkat bawahan sebagaimana berikut:

  •      Tindakan ‘outsourcing’ pekerjaan kepada Filipina mengakibatkan pekerja Malaysia kehilangan pekerjaan  tetapi peluang pekerjaan  pula diwujudkan di Filipina. Bank mendakwa Bank Negara meluluskannya.
  •       Bayaran kerja lebih masa (OT) selama 4 bulan tidak dibayar,
  •       Pekerja bahagian  perkeranian dipaksa mencapai sasaran prestasi tanpa ganjaran yang sewajarnya sedangkan staf pengurusan pertengahan dan atasan menikmati ganjaran yang lumayan manakala keuntungan  pula disalur keluar dari Malaysia,
  •       Memberi cuti bersalin 90 hari dan cuti paternity 5 hari hanya kepada staf bertaraf pegawai dan ke atas,
  •      Perbezaan amaun subsidi penjagaan anak yang mana sesetengah staf dibayar RM 100 setiap anak manakala sesetengahnya pula menerima RM50 setiap keluarga,
  •      Pekerja-pekerja diugut agar menarik balik aduan yang telah difailkan,
  •      Bank memanggil pekerja-pekerja Malaysia sebagai ‘bodoh dan tolol”,
  •     Tidak menghormati Perjanjian Kolektif dan undang-undang negara.
  •      Bertindak menghancurkan kesatuan dan menafikan  hak perwakilan; supaya dapat terus menganiaya, menipu  dan mengeksploitasi pekerja-pekerja Malaysia.

Bagi TB jika sudah terang lagi bersuluh, maka sudah sewajarnya Kementerian Sumber Manusia  bertindak lebih proaktif agar keadilan dapat ditegakkan, penindasan dapat disisihkan.Semoga mereka yang berjuang demi keadilan,lambat-laun akan menempah kejayaan jua.Percaya dan yakinlah!

Tiada ulasan: