Salam Perjuangan

18 Oktober 2010

EMPAT LELAKI YANG DIHERET WANITA KE NERAKA


1.      AYAH

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia seperti  tidak memberikan segala keperluan mengajar solat, mengaji dan sebagainya dan membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.  Tanggungjawab ayah tidak lengkap jikalau sekadar memberikan kemewahan dunia sahaja.  Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

2.      SUAMINYA

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak -tanduk isterinya yang   bergaul bebas di pejabat, menghiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.  Apabila suami mendiamkan diri walaupun ia seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak ditinggalkan maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3.      ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.  Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong darpada  ajaran Islam, tunggulah  adiknya  akan mengheretnya ke dalam neraka kelak.


4.      ANAK-ANAK LELAKINYA

Apabila seseorang anak tidak menasihati ibunya yang berterusan  berkelakuan yang haram di sisi Islam seperti  kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan ke akhirat kelak.  Maka nantikanlah heretan ibunya ke  neraka kelak.


Tiada ulasan: