BAGI seorang lslam sejati; apatah lagi berilmu dan berterusan mendalami ilmu khususnya berkaitan pengajian lslam dan terus mengamalkan demi untuk berbakti kepada agama dan beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keberanian bukanlah mudah pada zaman ini.Namun jika personaliti atau individu itu faham apa itu lslam dan sirah perjuangan dan cabaran yang telah ditempuhi oleh Nabi Muhammad SAW dan para anbia yang terdahulu maka tidak ada yang mustahil dalam perjuangan ini.
Begitulah apa yang TB perhatikan dari jauh dan dari dekat hasil-hasil tulisan Dr Ridhuan (Riduan?) Tee pada masa lalu atau terkini di media-media cetak arus perdana. Dengan bakat menulis yang beliau miliki anugerah Yang Maha Berkuasa maka beliau telah menulis 'apa itu kebenaran, walaupun kebenaran itu pahit'. Beliau menulis berdasarkan fakta dan realti. Beliau menulis berdasarkan wawasan dan fikrah semulajadi anugerah-Nya jua.
Beliau menulis bukan semborono. Beliau berilmu dan berkelayakan sebagai seorang ahli akademik. Jikalau sarjana-sarjana bukan Melayu yang mendalami ilmu pengajian Melayu boleh mengkritik bangsa Melayu dan 'ragam politik orang Melayu' tanpa prejudis orang Melayu pun maka tidak ada sebab jika Dr Ridhuan Tee menulis perkara-perkara yang berkaitan sosiobudaya dan agama masyarakat Malaysia dari kaca mata seorang sarjana.Anehnya sama ada jumud atau dalam bahasa melampau 'tidak berpelajaran' kita dapati ada pihak lain yang tidak boleh menerimanya dengan pandangan terbuka.
Dr Ridhuan Tee jangan patah semangat. Nyatakan kebenaran dan kenyataan fakta tulisan anda. Anda sewajarnya tegas dan tetap pendirian.Tetap pendirian adalah antara ajaran Rasulullah SAW.Beristiqamah dan bertawakallah kepada Allah SWT. Usah gentar kerana Rasulullah dan para sahabat baginda lebih dasyat menerima cabaran dan ugutan dalam menyebarkan dakwah lslamiah.
Semoga kita akan terus melahirkan bukan satu bahkan ratusan mujahid penulis dan ilmuwan seperti Dr Ridhnuan Tee Abdullah demi menyatakan kebenaran. Janganlah jadi penulis yang hipokrit dan berkepentingan dalam perjuangan. Salam perjuangan! (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan