BERDASARKAN statistik
yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa
mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada
tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga
sihat.
1.
Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda
berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2.
Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi
sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi
jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3.
Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan
banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa
lapar.
4.
Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan
ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3
jam sebelum masuk tidur.
5.
Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa
lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6.
Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan
tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan
metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7
hidangan sederhana sehari.
7.
Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan
lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan
sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein
shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan
dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses
menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak
mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya
400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di
padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori.
Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak
dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu
pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali
setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga
mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja
boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs
yang cantik berketul-ketul.(sumber: Info Kesihatan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan