Pada cuti tahun ular
kebetulan kita bersantai
di pojok tiang capsquare
berkongsi cerita usia
berbisik tenang dan damai
Katamu, sihat diri dijaga
berat badan diungguli
usiamu melepasi lapan puluh
kini terus juang membara
Aku tersenyum mengagumi
mahu kau tonton
'Anybody Can Dance'
begitulah jiwa seniman di mana-mana
tanpa sekatan bahasa budaya
Ah,pak samad lipurkan hatimu
lemparkan kancah dusta nista
dunia luar seketika
kemelut liar merajalela
akan kau bawa cerita gembira
ke dunia luar di jalan raya.
RAJIEE HADI
11.2.2013
Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan