Salam Perjuangan

12 Februari 2013

PAKAR MOTIVASI TERKENAL?

SEKARANG amat aneh ramai yang muncul mengaku atau diwarwarkan sebagai pakar motivasi terkenal.Dan orang ramai yang kini ramai yang 'berpenyakit' tiba-tiba boleh menelan apa jua yang diheba-hebahkan sebagai 'pakar motivasi terkenal'.

TB suka sarankan para pembaca rujuk Kamus Dewan apakah definisi 'pakar' dan motivasi' itu. Jika di hospital ukuran seseorang doktor perubatan bertauliah (setelah memperoleh MBBS atau MD) disandarkan pengalamannya berkecimpung dalam bidang perubatan serta kursus pengkhususan lanjutan yang diikuti dengan menjalani praktikum dan penyelidikan lanjutan. Pada kebiasaannya pakar ini dalam bidang O&G (sakit puan), dermatologi (kulit), ortopedik, E&T dan sebagainya.Maksudnya doktor perubatan ini tidak lari daripada bidangnya yang hakiki; bidang perubatan.

lsunya kini ada individu atau mereka yang berstatus profesor pakar dalam bidang khusus kerjayanya tetapi bercakap seolah-olah pakar dalam bidang yang tidak dipelajari secara rasmi. Ada juga mereka ada kelulusan PhD dalam bidang bukan pengajian lslam tetapi seolah-olah lebih hebat daripada 'ustaz dan ustazah yang sebenar'.TB faham baik bidang agama, motivasi diri dan kerjaya lain bukan hak milik individu seseorang sahaja layak bercakap. Tetapi isunya apakah ukuran KPI (Key Perfomance lndicator) untuk melayakkan mereka diiktirafkan bertauliah?

Apa yang kita tidak mahu; kita tidak berkehendakkan masyarakat yang cacamarba dan haru-biru kerana 'semua orang mahu bercakap bukan bidang yang mereka layak bercakap'. Kita sedia maklum, mahu menjadi penceramah agama di jabatan-jabatan agama seperti di JAIS atau JAWI juga memerlukan surat tauliah kelayakan; bukan semborono.Justeru kepada orang ramai; berhati-hatilah.Kita tidak mahu kelak nilai  pakar yang mencurah-curahkan kini yang diiklankan di pemidang (banner/bunting), akhbar dan majalah, tv dan radio tarafnya umpama tong sampah buruk di hujung bangunan tandas usang! Wallahualam. (TB)

Tiada ulasan: