Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dengan hanya membayar kos sewa rumah minimum kira-kira RM1,000 sebulan, sindiket mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda ditambah lagi dengan sewa harian yang perlu dibayar pelacur sebagai syarat mendiami rumah berkenaan.
Kegiatan dijalankan di premis kediaman lebih murah berbanding rumah kedai yang menelan kos sewa bulanan dari RM2,000 dan ke atas dan kebiasaannya rumah jenis banglo, teres dan kondominium menjadi sarang baharu dalam masa sama untuk mengaburi pihak berkuasa.
Pelacur ini juga perlu membayar sewa harian kira-kira RM50 memandangkan mereka menetap di rumah terbabit dan bayangkan kalau sesebuah rumah itu ada lima hingga 10 orang," katanya di sini hari ini.
Katanya, kebiasaan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pelacur di rumah kediaman seperti itu adalah mereka merupakan pelanggan tetap dan mengetahui kod keselamatan sebelum memasuki premis.
Dalam kegiatan pelacuran sedemikian, Abdul Jalil berkata, pelanggan akan pergi ke premis bagi mendapatkan perkhidmatan tetapi tidak dibenarkan membawa pelacur keluar dari premis kerana ia dianggap terlalu berisiko dan sindiket tidak mahu menanggung sebarang kemungkinan sekiranya pelacur disamun dan sebagainya.
Bilik-bilik tertentu di dalam rumah berkenaan dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti seksual dan ada juga bilik yang diubah suai dan dibahagikan kepada beberapa bahagian sebagai bilik kecil dan dilengkapi penghawa dingin.
Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan bermula dari RM250 hingga RM300 mengikut paras rupa dan jenis layanan," katanya. Beliau berkata, dalam serbuan terbaharu yang dijalankan unitnya mendapati ada premis kediaman didiami pelacur dari negara sama kerana sindiket tidak mahu berlaku sebarang perselisihan faham dalam kalangan pelacur disebabkan perbezaan bahasa dan budaya.
Dalam serbuan yang kita jalankan ke atas sebuah rumah banglo di Petaling Jaya mendapati, pelacur adalah warga Cina manakala serbuan di Cheras iaitu rumah teres pula menempatkan pelacur warga Vietnam," katanya.
Difahamkan, ada di antara pelacur itu menjalankan kegiatannya di siang hari di premis berkenaan dan akan dihantar ke pusat hiburan untuk melayan pelanggan pada sebelah malam.Abdul Jalil berkata, didapati kegiatan yang menggunakan premis kediaman seperti ini biasanya bukan hanya didalangi oleh sindiket tetapi turut melibatkan pemilik rumah berkenaan.
Mereka yang didapati bersekongkol dengan kegiatan ini sama ada sindiket mahupun pemilik rumah berkenaan boleh ditahan di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya.
Berdasarkan statistik terkini polis D7 menunjukkan tangkapan wanita warga China merekodkan yang tertinggi iaitu 5,165 orang pada tahun lepas diikuti warga Vietnam (3,456), Thailand (2,009), Indonesia (1,418), Filipina (845), India (139), Myanmar (114), Uzbekistan dan Kemboja (70), Bangladesh (48), Laos (30), Uganda (19), Nigeria (10), Mongolia (lapan orang), Tajikistan (tujuh orang), Sri Lanka dan Kenya (enam orang).
Morocco (empat orang), Kyrgyz (tiga orang), Iran dan Singapura (dua orang) dan masing-masing seorang dari Hong Kong, Rusia dan Kanada.
Sebanyak 42,788 serbuan dijalankan pada tahun lepas dengan serbuan tertinggi dijalankan di Johor Bahru iaitu sebanyak 8,749 serbuan berbanding 2011 sebanyak 7,288 serbuan.Ia diikuti dengan serbuan kedua tertinggi di Kuala Lumpur sebanyak 8,620, Selangor (6,663) dan Perak (5,426). (Sumber : BERNAMA 12/2/2013 ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan