Salam Perjuangan

10 Februari 2013

GONG XI FA CAI

TB mengucapkan Selamat Tahub Baru Cina kepada semua pembaca blog TB khususnya pembaca keturunan Tionghua.Tahun Baru Cina pada tahun ini mengikut kalendar horoskop Cina ialah jatuh pada tahun ular. Tahun ular bagi kepercayaan masyarakat Cina ialah tahun yang membawa kemewahan yang berpanjangan.

Bagi TB yang dilahirkan di Kampung Serom 2 Hilir, Muar, Johor dan pernah membesar dan berjiran dengan masyarakat Cina semasa kecil dahulu, setiap tahun baru Cina TB turut juga merasakan kemeriahan kerana tutut serta juga diundang meraikannya. Teman-teman TB pada zaman persekolahan dahulu seperti Lim Chong Hai (Ah Tee), Lim Kim Fei (Kim Foi), Eng Hong dan lain-lain kini TB pun tidak pasti ke manakah mereka gerangan.Apapun TB ada juga kedengaran mereka kebanyakan terus berjaya membina empayar perniagaan;baik di Johor Baharu mahupun di Melaka.Pada zaman kecil kami; bagi kami 'musuh' kami bukan Melayu,Cina atau lndia tetapi musuh kami ialah kemiskinan! Justeru kami sejak kecil berazam mahu merubah hidup masa hadapan kami sama ada dalam bidang pelajaran mahupun keusahawanan.Kami mahu keluar dari kepompong kemiskinan.

Sekarang abad ke-21 masa-masa silam telah jauh meninggalkan kami. Sempena tahun baru kali ini TB tidak lupa (telah pun mengirimkan SMS ucap selamat) mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada Cikgu Loke di Segamat (bersara tetapi sambung kontrak), Cikgu Chew Hock Liong (teman sekelas semasa di MPB/LI 1976-77) kini bertugas di IAB cawangan selatan di Batu Pahat,Johor, Cikgu Chan di Kuala Lumpur (pesara guru yang pernah aktif dalam kesatuan guru), Tan di Muar (pemaju perumahan) dan lain-lain lagi.

GONG XI FA CAI!

Tiada ulasan: