HATI adalah tempat bersemayam segala perasaan; suka, duka, cinta, benci, marah, buruk sangka , ingin dipuji dan sebagainya. Perasaan-perasaan ini bergolak dan berubah sangat cepat di dalam hati. Jika hati dikuasai perasaan positif, amal yang lahir adalah kebaikan. Namun, jika ia dikuasai oleh perasaan negetif, amal yang lahir adalah keburukan. Kerana itu, Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya di dalam diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. Ketahuilah, ia adalah hati. (Hadis Riwayat: Ahmad)
Tujuh penyakit hati adalah:
1. Membanggakan diri (al-'ujub)
2. Terpedaya dengan perasaan sendiri (al-ghuruf)
3. Sombong dan bongkak (at-takabbur)
4. Suka menunjuk-nunjuk (al-riya')
5. Buruk sangka (su'al-zhann)
6. Kikir (al-syuhh)
7. Dendam (al-hiqd)
(sumber: Syed Mahazir Shariff Ahmad)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan