Salam Perjuangan

01 Mei 2011

MELAYU MAHAWANGSA & SELAMAT HARI PEKERJA

TB bersetuju gagasan Melayu Mahawangsa yang didukung oleh Kembara Bahasa, Prof Dr Awang Sariyan yang kini penyandang Kursi BFU di Beijing,China.Apa yang dikatakan Melayu, apa yang dikatakan Mahawangsa dan apa yang dikatakan Melayu Mahawawangsa; para pembaca sekalian bolehlah merujuk dan menelaah antaranya buku 'Sejarah Bahasa Melayu' DBP tulisan Asmah Haji Omar, 'Sejarah Melayu' (edisi Shellabear)terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, Perlembagaan Persekutuan, dan lain-lain lagi.

Sehubungan ini, Melayu itu bukanlah satu bangsa atau kaum atau sukuan kecil. Bahkan Melayu itu satu bangsa besar (Mahawangsa) yang antara lain disebut rumpun Melayu yang terdiri daripada kelompok kaum,puak, subetnik, dan sukuan seperti Jawa, Banjar,Bugis,Melanau, Melayu Johor, Melayu Riau, Melayu Brunei, Melayu Sarawak, Melayu Kedah, Melayu kacukan (DKA,DKK dsb) lban, Dayak, Dusun, Kelabit, Kedayan, Semang, Sakai, Temiar dan lain-lain lagi.

Pokoknya segala kaum,puak,sukuan yang merupakan penduduk asal di Kepulauan Melayu (Nusantara) ini adalah merupakan rumpun Melayu- pollynesia.Bagi mereka yang tidak faham antrolopologi budaya bangsa ini akan sewenang-wenangnya memecah belahkan agar kesatuan mahawangsa tidak bersatu dan berkonflik. Justeru berhati-hatilah.

Hari ini, 1 Mei dalam pejam celik kita sekali lagi menyambut Hari Pekerja. Kepada teman-teman yang sedia ada dan yang masih lagi berjuang dan 'bertarung idealisme' dalam kesatuan-kesatuan guru di Malaysia dan juga teman-teman dalam kesatuan-kesatuan pekerja dalam perkhidmatan awam (CUEPACS) dan MTUC, TB ucapkan salam perjuangan. Harapan TB agar semua pekerja di sektor awam dan swasta tahu mengenai hak-hak mereka selaku penjawat awam atau pekerja agar tidak terus dianiaya,dibuli, diperlekehkan atau dianaktirikan. Kita juga tidak mahu nasib pekerja tempatan seperti 'kera di hutan disusui tetapi anak di rumah mati kelaparan'

Selamat Hari Pekerja dan salam perjuangan!.




Tiada ulasan: