DATUK Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.
Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.“Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.
“Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,’’ katanya.Beliau bercakap pemberita selepas melancarkan rumah terbuka Hari Vaisakhi di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Najib mengulas laporan bahawa pemimpin al-Qaeda, Osama maut dalam satu pertempuran dengan tentera AS di Pakistan dan jenazahnya kini dilapor berada dalam simpanan AS seperti yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama hari ini.Dalam pada itu Najib berkata, selama ini Osama telah menggunakan Islam yang akhirnya memberi gambaran yang buruk terhadap agama suci itu.
“Sebab itulah sebagai negara di mana majoritinya umat Islam kita kena menunjukkan pendirian kita bahawa dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya kita wajib memegang kepada prinsip-prinsip yang dibenarkan oleh agama kita,’’ katanya lagi.Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan telah mengambil sikap menentang segala bentuk keganasan dan kefahaman keterlaluan atau ekstrem seperti mana yang dibawa oleh al-Qaeda.
Ujarnya, pendirian kerajaan itu adalah selaras dengan prinsip Islam terutama dalam isu membunuh orang awam atas apa jua alasan termasuk mahu menentang ketidakadilan kerana perbuatan itu dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam.(sumber:UM,3/5/11)
TB seperti seluruh umat lslam yang lain apabila menerima perkhabaran saudara seagama yang meninggal dunia; sama-sama sedekahkan surah al Fatihah dan doakan agar rohnya ditempatkan ke dalam golongan para salihin. Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali. Baik Osama bin Laden masih hidup atau telah mati semuanya dalam ketentuan Allah jua. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui baik yang nyata atau tersebunyi. Allah mengambil semula nyawa Osama tentu ada sebab musababnya.
Sekiranya Osama dikatakan antara punca kedamaian dunia tergugat dan nama baik agama lslam tercalar maka kita bermohon agar kedamaian dunia dapat dipulihkan kembali.dan kita berdoa agar ditamatkan permusuhan dan dendam yang berlarutan.TB berharap agar kerajaan Malaysia pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat mencemuh atau apa jua tanggapan negatif kerana kita tidak mahu negara kita Malaysia yang aman damai, harmoni dan tenteram ini menjadi sasaran api amarah daripada mana-mana pihak. PEACE NOT WAR (TB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan