BANK Negara mengumumkan bahawa loading premium insurans yang
dikenakan ke atas kereta yang berumur lebih daripada 10 tahun
dimansuhkan. Ini sudah tentu merupakan berita gembira bagi rakyat kerana
mereka kini bebas dari satu beban yang membelenggui mereka berikutan
kos sara hidup yang makin meningkat.
Malangnya, beban tersebut digantikan pula dengan beban yang baru,
iaitu pemilik kereta berkenaan perlu membawa kereta mereka bagi
menjalani pemeriksaan di Puspakom. Jika tidak, mereka tidak akan dapat
memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta masing-masing.
Objektif langkah ini adalah bagi memastikan keselamatan di jalan
raya. Jika itu matlamatnya, maka tiada salahnya para pengguna dibenarkan
membuat pemeriksaan di mana-mana bengkel yang terletak berdekatan rumah
mereka dan bukannya diwajibkan menjalankan pemeriksaan itu di Puspakom.
Umum mengetahui bahawa apabila sesebuah entiti diberikan hak monopoli
dalam mana-mana sektor sekalipun, maka buruklah akibatnya, terutama
sekali kepada para pengguna. Kewujudan monopoli akhirnya akan
menyebabkan ketidakadilan berlaku terhadap pengguna, termasuk dari segi
harga dan syarat-syarat yang dikenakan ke atas mereka.
Maka saya menyeru kerajaan agar mencari jalan lain bagi mencapai
matlamat mengurangkan kemalangan jalan raya dan bukan melalui cara yang
membebankan rakyat. Kalau pun pemeriksaan perlu dilakukan, ia sepatutnya
boleh dilakukan di mana-mana bengkel yang terletak berdekatan rumah
masing-masing.(sumber: Hayati Sidek)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan