Salam Perjuangan

17 Oktober 2010



AL FATIHA


(Allahyarham Yalal Chin)

PERGINYA YALAL CHIN KE RAHMATULLAH

SECEBIS KENANGAN TIUB BOCOR

 “Kehilangannya memang mengejutkan kerana tiada sebarang pesanan, cuma arwah ada menepuk-nepuk bahu saya beberapa kali sebagai isyarat yang mungkin membawa maksud supaya menjaga diri (dengan baik) jika dia pergi buat selama-lamanya.”



     Sebelum itu, Allahyarham Yalal Chin (Yalal bin Mohd Achin) 67 tahun diletakkan di bawah pengawasan rapi Unit Rawatan Jantung (CCU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKUM) Kuala Lumpur terbabit selepas mengadu sakit dada ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh di rumahnya pada 3 Oktober lalu. Suriani,37 yang menetap di Bandar Enstek, Sepang, berkata dia tidak memikirkan sebarang perkara sejak arwah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung disebabkan doktor memberikan suaminya ubat hingga menyebabkannya berada dalam keadaan separa sedar.

     Menurutnya, arwah bukan koma cuma doktor berbuat demikian supaya dia dapat menenangkan diri sekali gus menurunkan tekanan darah tingginya, selain percakapannya juga tidak lancar.

       "Dia (arwah Yalal) adalah seorang suami yang baik kerana kami banyak kenangan indah sepanjang hayatnya. Dia juga diibaratkan sebagai tok guru atau cikgu kerana banyak memberi tunjuk ajar terutama mereka yang aktif dalam bidang teater," katanya ketika ditemui di Taman Paya Rumput Indah, Bertam, di sini. 
Jenazah arwah yang mempunyai 12 anak berusia antara 16 hingga 46 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, di sini, kira-kira 11 pagi,Sabtu 16 Oktober 2010.

        Sepanjang menerima rawatan, Yalal yang juga anak seni kelahiran Melaka, bergilir-gilir dijaga Suriani serta anaknya. 
Yalal baru selesai menjalani penggambaran filem cereka genre drama keluarga, Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki. Dalam filem cereka terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd ini, Yalal memegang watak pelakon pembantu (pemilik gerai).

TIUB BOCOR: Walaupun  pada awalnya TB hanya mengenali Yalal Chin secara jauh sebagai seorang penggiat teater yang gigih,komited dan berwibawa sejak sekian lama; sama ada menerusi pentas teater mahupun penglibatan aktifnya dalam drama TV dan radio serta  lakon filem cereka namun di penghujung kehidupannya TB berkesempatan mendekatinya sebagai penggiat dan anak seni serta sebagai seorang insan yang memahami erti kemanusiaan.


        Seingat TB, pada tahun 2006 TB dan Yalal Chin bersama rakan-rakan lain telah dilantik oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara(JLKN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur sebagai Fasilatator dan juru tunjuk teater bagi para pelatih JLKN yang mengikuti PLKN pada tahun tersebut iaitu sebelum TB berangkat ke Negara Brunei Darussalam dan kemudian berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di IPTA sana pada tahun-tahun berikutnya.Suatu ketika pernah Yalal Chin bertindak sebagai Ketua Fasilator manakala TB sebagai Fasilatator di bawah seliannya dan kemudian TB sebagai Ketua Fasilatator manakala Yalal sebagai fasilatator di bawah selian TB.


   Walaupun Yalal Chin lebih senior dari segi usia dan pengalaman pembabitannya dalam teater namun beliau memiliki sikap terbuka, humanistik, ramah,humor dan tidak lokek berkongsi ilmu.0leh kerana kami juga disediakan asrama untuk berehat kerana tugas kami kadangkala dari pagi sampai ke petang hingga ke malam maka berehat dalam asramalah kami dapat mengenali dengan lebih erat. 


       Banyak cerita lucu,kelakar terutamanya tentang kisah rumahtangga yang ditempuhi masa lalu yang penuh asam garam,pahit manis,bara dan lara. Lucunya, TB banyak mendengar dan sesekali bertindak bagai Perunding Psikologi Keluarga walaupun kehidupan TB juga punya rencah onak dan duri.


         TB masih ingat, sesekali Allahyarham agak vokal apabila bercerita tentang pengalamman birokrasi yang ditempuhinya masa lalu.TB kagum kerana walaupun jauh di lubuk nurani kehidupanya yang penuh rona, Allahyarham sentiasa cuba menggembirakan hati orang lain dan menghidupkan suasana yang sepi di kem JLKN tersebut yang terletak di Tanjung Sepat dalam negeri Selangor Darul Ehsan.

        Kini Yalal Chin telah pergi selama-lamanya, padam sebuah pelita anak seni bangsa.Sebagai seorang penggiat teater,pengarah dan pelakon teater  yang telah lama dikenali sejak di USM,Pulau Pinang, TB mendoakan agar Alllah SWT menempatkan roh beliau ke dalam golongan ahli syurga.Semoga keluarga beliau khususnya isteri dan anak-anaknya tetap tabah menghadapi pemergiannya.Kepada teman-teman penggiat teater TB dari Muar,Johor iaitu Allahyarham Saparman Bakri, Jufri Sitam, Aris Tahir dan Mahfar Tahir yang diberitakan telah kembali ke rahmatullah jua, TB sedekahkan alfatiha untuk mereka semua. Daripada Allah kita datang kepada-Nya kita kembali.Alfatiha……

NASIB BAHASA MELAYU DI BUMI MELAYU

SAYA amat musykil kenapa kita perlu menyambut bulan bahasa kebangsaan peringkat kebangsaan, satu bahasa yang sedia termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan yang mesti dikuasai oleh setiap rakyat Malaysia tanpa berkecuali.

          Kenapa perlu kita mengadakan program sebegini setelah 53 tahun merdeka? Tidakkah tanggungjawab asas ini mesti difahami dan perlu dipikul oleh setiap rakyat Malaysia? Kenapa baru hari ini kita mahu kuatkuasakan iklan dan papan tanda dalam bahasa Melayu? Tidakkah kita merasa jelek selama ini melihat papan-papan tanda menggunakan bahasa yang pelik-pelik? Sebenarnya, kita tidak sensitif dengan identiti atau jati diri kita sendiri. Kita rasa lebih berlagak kerana dapat memahami bahasa (budaya) orang lain daripada bahasa (budaya) bangsa sendiri.

'IKON MELAYU'
(Za'ba)
Sejak dahulu lagi isu ini telah dibangkitkan oleh pejuang-pejuang bahasa, tetapi ia tidak diendahkan, baharu sekarang kita mahu mengambil berat. Apakah sudah terlambat? Yang selalu kedengaran adalah kelantangan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong dalam mempertahankan bermatian-matian akan bahasa ibunda mereka. Kita baru mula insaf setelah nasi menjadi bubur. Orang lain bukan sahaja sudah insaf lama, tetapi mereka langsung tidak pernah mengenal erti putus asa. Namun, saya tetap bersangka baik, daripada tiada langsung, lebih baik ada.
Kadangkala saya tidak menyalah bangsa lain, kerana tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Kita sahaja yang tidak mahu menggunakan peruntukan dan kuasa yang ada untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan ini. Saya tidak pasti sejauh manakah kita mengimplementasikan syarat wajib lulus dalam bahasa Melayu mendapatkan kerja di sektor swasta? Apa yang saya tahu, langsung tidak ada pengawalan. Sama ada mereka lulus atau gagal bahasa Melayu, atau mungkin langsung tidak tahu berbahasa Melayu, sudah tidak menjadi ukuran. Yang penting adalah Malaysia boleh! Kenapakah kepentingan masa depan ini tidak dilihat secara serius?

          Sebelum inipun, Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah membangkitkan dan membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan. Baginda menyifatkan golongan tersebut sebagai cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan. Kebimbangan tentang nasib dan masa depan orang Melayu akibat berpecah-belah di negara ini pernah diutarakan oleh raja-raja Melayu yang lain seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dalam ucapan-ucapan baginda.
Menguatkuasakan

           Sehingga hari ini, saya amat tertanya-tanya, apa yang menjadi masalah kepada kita untuk menguatkuasakan bahasa Melayu sebagai bahasa negara? Negaranya berasal dari Tanah Melayu, Raja-rajanya adalah Melayu, mempunyai kuasa ke atas Islam dan Melayu, Tanah rezab Melayu, majoriti rakyatnya orang Melayu, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Melayu yang sudah sedia termaktub dalam perlembagaan. Sudah terang lagi bersuluh. Persoalannya, kenapa semua ini seolah-olah ianya boleh ‘terlepas’ ataupun sudahpun ‘terlepas’. Sepanjang pengamatan saya, negara-negara lain di dunia ini, tidak ada masalah langsung untuk memperkasakan perkara-perkara asas berkaitan dengan pembinaan masa depan dalam sebuah negara bangsa, kerana mereka tahu perlembagaan asas kepada hidup mati sesebuah negara? Rosak perlembagaan, rosaklah negara dan rakyatnya.

          Perlu diingat, jika kitab suci itu adalah pegangan hidup beragama, maka perlembagaan adalah asas pegangan hidup bernegara. Dalam konteks yang lebih kecil, perlembagaan adalah asas kepada penubuhan sesebuah persatuan atau organisasi. Tanpa perlembagaan, persatuan atau organisasi tidak boleh ditubuh secara sah. Jika kita tidak setuju dengan perlembagaan tersebut, kita mesti kita mengambil jalan untuk keluar daripada pertubuhan tersebut. Begitulah dalam konteks bernegara, jika perlembagaan tidak dipatuhi, kita mesti mengambil jalan untuk keluar. Carilah tempat-tempat yang mana perlembagaannya dapat memenuhi selera dan nafsu kita.

'IKON MELAYU'
P. RAMLEE
          Ini asas-asas bernegara dan berpersatuan yang mesti difahami. Saya berasa amat pelik kenapa ada segelintir daripada kita tidak langsung mengendahkan arahan kerajaan supaya kurikulum sekolah jenis kebangsaan dan sijil sekolah jenis persendirian dirombak mengikut kurikulum atau silibus kenegaraan, agar penguasaan bahasa Melayu menjadi lebih mantap. Namun, sudahlah arahan tersebut tidak diikuti, mereka lebih sibuk dan takut jika kurikulum dan silibus tersebut tidak diikhtraf oleh negara lain yang menjadi kiblat mereka selama ini?

         Semua ini berlaku disebabkan oleh kita terlalu banyak berpolitik daripada memikirkan agenda membina negara berasaskan identiti nasional. Kita terlalu takut kalah pilihan raya, kita terlalu takut hilang kuasa. Tidak pernah berlaku dalam dunia lain, satu bahasa yang menjadi bahasa negara tetapi merempat di bumi sendiri.
Kebiasaannya, kempen bulan bahasa tidak dilakukan ke atas bahasa kebangsaan kerana rakyat Malaysia wajib menguasai bahasa ini sama ada suka atau tidak. Kempen bahasa kebangsaan sepatutnya giat dijalankan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil atau di tempat-tempat bahasa Melayu tidak didaulatkan. Begitu juga dengan kempen ke atas bahasa-bahasa sampingan yang lain bagi menyemarakkan penguasaan bahasa-bahasa sampingan tersebut, seperti bahasa Inggeris.

         Lihat sahaja negeri China, Jepun, Perancis, Amerika, Australia, Thailand, Vietnam dan sebagainya, bahasa mereka begitu mendominasi negara tanpa berkecuali. Kenapa negara kita tidak bersifat sedemikian? Baru-baru ini saya dikunjungi oleh seorang guru senior India yang mengajar bahasa Inggeris, di Kuala Lumpur, menggelarkan dirinya Cikgu Siva Malaysia. Beliau amat terkenal di sekolahnya disebabkan cara hidup beliau yang amat berjiwa Malaysia berakarkan semangat kebangsaan kenegaraan yang begitu kuat. Bahasa Melayunya amat fasih mengalah orang Melayu sendiri. Saya fikir cara dan akhlak beliau seperti orang Islam, walaupun hakikatnya beliau masih belum Islam.
          
'IKON MELAYU'
DR. SHEIKH MUZAFAR
        Beliau melahirkan kebimbangannya mengenai politik Malaysia yang amat bersifat perkauman. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak didaulatkan, apatah lagi dikuasai. Selaku seorang Kristian yang selalu ke gereja, katanya, sesetengah gereja turut bersifat perkauman. Menyindir dan mengutuk bangsa dan agama lain adalah perkara biasa. Isu video klip mengenai ceramah seorang Cina Muslim, mengenai agama Buddha dengan ‘King Kong’, sengaja diperbesar-besarkan oleh laman web Malaysian Insider, begitu jelas berniat hajat. Pergilah juga sama buat siasatan di tempat- tempat lain seperti gereja, apakah mereka tidak mengutuk agama dan bangsa lain?
Bersyukur.
         Apapun, Cikgu Siva amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana dapat menjaga negeri bertuah ini dengan aman damai. Dengan adanya pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara, orang bukan Islam berasa aman untuk menunaikan ibadat di rumah ibadat masing-masing.
Beliau turut memuji ceramah-ceramah oleh para agamawan Islam yang memberi ceramah dan kuliah-kuliah, yang mana mereka jarang mengutuk atau menghentam orang bukan Islam. Yang selalu diajar adalah untuk bagaimana caranya untuk menyeru bukan Islam supaya kembali memeluk Islam. Pendekatan yang kasar sedemikian, amat jarang sekali diajar di rumah Allah itu, kecuali beberapa kes terpencil.
Beliau amat menghargai toleransi umat Islam. Katanya lagi, kes pembunuhan Datuk Sosilawati adalah satu contoh jelas toleransi tersebut. Umat Islam dapat menerimanya secara terbuka tanpa menyalahkan mana-mana kaum. Pihak keselamatan pula, awal-awal telah membuat kenyataan bahawa ia tidak ada kaitan dengan isu perkauman. Begitulah seterusnya dengan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan supaya kita bertenang dan bertenang. Umat Islam menerima ketentuan takdir ini, tanpa rasa permusuhan dan benci terhadap orang India.


          Bayangkan, andai kata peristiwa ini berlaku sebaliknya, menimpa orang bukan Melayu, yang melakukannya adalah orang Melayu. Apakah bukan Melayu akan menerimanya sebagaimana penerimaan orang Melayu? Apakah berita seperti ini tidak akan disensasikan dalam akhbar-akhbar mereka atau internet? Namun, bila kena pada orang lain, bagaimana kesudahannya? Selama kes ini disiasat pun, ada suara-suara sumbang yang menyalahkan kerajaan dan pihak polis. Persoalannya, kenapa kita tidak menghormati toleransi seperti ini? Apakah lagi jenis toleransi yang kita harapkan lagi?


         Apakah tidak ada langsung kredit patut diberikan kepada kedudukan orang Melayu dan bahasa Melayu? Hari ini, tidak ada cara berlembut lagi untuk menguatkuasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, melainkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti dikuatkuasakan mengikut peruntukan yang terdapat dalam undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
 (Sumber  daripada Dr. Mohd Ridhuan Tee)


14 Oktober 2010

TERENGGANUKU YANG PESONA






TIUB BOCOR meneruskan kembara rindu dan kasih sayang; kali ini menyusuri pesisir pantainya yang indah memukau.Alunan ombak dan desir angin yang menampar manja pepohon ru dan nyiur masih terasa.Di kejauhan pulan redang, pulau perhentian dan pulau kapas yang pernah TB jejaki pada tahun 1978 masih terasa nostalgik hingga kini.Banyak perubahan; antara pembangunan dan kemajuan telah dialami kota Kuala Terengganu yang kini telah bertaraf bandar raya.

Ketika TB berada di Dataran Syahbandar dan  di Tebing (Waterfront) TB seakan-akan merasakan Seberang Takir yang terletak di seberang kuala bagaikan bertukar wajah. Walhal Seberang Takir adalah kampung nelayan miskin yang daif suatu waktu dahulu. Teringat TB,teman-teman penulis seperti A.Rashid Ngah (Datuk,mantan Yang Berhormat), penyair J.M Aziz (Allahyarham), T.Alias Taib (Allahyarham) yang telah menjadikan Seberang Takir sumber inspirasi dalam karya mereka.Pasar Payang masih segar dengan jualan aneka kuih dan makanan tradisi yang enak; dan juga songket dan batik.

Apabila TB melewati  Gong Badak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu, TB sedih kerana stadium yang gagah dibina dengan keringat dan wang rakyat runtuh menyembah bumi kira-kira lebih tiga tahun lalu!Namun masih terbengkalai!!! Di manakah rasa tanggungjawab pihak yang dipertanggungjawabkan; khususnya kontraktor yang terbabit?Justeru,  tidaklah hairan di sana sini ada suara-suara sinis melabelkan dengan gelaran  stadium cap ayam, suatu gelaran yang memalukan.

Tidak berapa jauh dari Gong Badak, KUSZA kini yang telah dinaikkan taraf menjadi sebuah universiti awam yang dikenali dengan nama Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza…dahulu dikenali Universiti Darul  lman Malaysia-UDM) tersergam indah. Seorang putera TB kini sedang melanjutkan pengajian ijazah pertama dalam bidang Usuluddin dan Kaunseling lslam di universiti tersebut.

 Sama-samalah kita berdoa agar putera TB berjaya dan sejahtera dalam setiap saat kehidupan yang dilaluinya. Apapun dengan kerinduan dan kasih sayang, TB mencoretkan kembara ini dengan pantun-pantun untuk santapan nurani pembaca budiman:


Kota Baharu ke Pasir Putih,
Pasir Putih ke Kuala Besut,
Tidaklah penat tidaklah letih,
Membawa oleh-oleh sepasang kasut.

Jertih Besut ke Kuala Terengganu,
Negeri bergelar Darul Iman,
Segala juadah aneka menu,
Ketika bertemu santap berteman.


Gong Badak Seberang Takir,
Unisza menara ilmuan bertandang,
Pelita hati sumbernya berfikir,
Segala yang kabur jelas dipandang.

Rantau Abang singgah di Dungun,
Nyiur melambai indah pantainya,
Mimpi syahdu terjaga bangun,
Terkenang adinda tanpa beritanya.

Pantai Cendering menuju Maran,
Dalam Terengganu Darul Iman,
Warkah kutulis puisi kukarang,
Pengubat sukma zaman berzaman

Singgah menjamu di hentian Cendur,
Pantai Cerating hampir berdekatan,
Deru Kuantan kenangan diundur,
Mahu kubawa sarat muatan.




12 Oktober 2010

BAS EKSPRES HAD MAKSIMUM 80 KMJ!!!!

TIUB BOCOR mengucapkan tahziah yang tidak terhingga ke atas keluarga semua mangsa nahas bas ekspress,dua buah kereta,van dan sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat di Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat,Alor Gajah,Melaka pada 10-10--2010 jam 6.45petang.Tragedi Oktober yang amat tragis dan menyayat hati itu menyentuh banyak pihak dan seperti biasa di sana sini kedengaran suara demi suara cadangan daripada banyak individu termasuk para pemimpin politik. Adakah ini tidak klise? Adakah isu ini seperti mengulang tayang cerita lama? Kita sedar faktor kemalangan berpunya daripada pelbagai faktor. Di samping faktor pengguna atau manusia, faktor kenderaan, infrastruktur, persekitaran dan cuaca tidak kurang pentingnya menyebabkan berlakunya kemalangan. Ya, takdir tetap tetap takdir. Tetapi kita juga dingatkan oleh Allah SWT agar sentiasa berikhtiar, berfikir,berilmu,berusaha untuk mengubah nasib dan kehidupan kita.Beberapa minggu yang lalu TB telah berkesempatan mengembara ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan menaiki jalan udara,  laut,  sungai dan darat.Sepanjang kembara TB, berksempatan juga menggunakan perkhidmatan bas ekspress dari Tawau ke Sandakan dan seterusnya dari Bandar Seri Begawan,Brunei ke Miri,Sarawak kemudian ke Bintulu-Sibu dan ke Kuching.TB dapati walaupun lebuh raya dua hala tidak begitu baik di Sarawak namun pemandu bas ekspress sangat berhati-hati. Bahkan ditampalnya poster di dalam bas notis pemberitahuan bahawa bas tersebut hanya dipandu tidak melebihi 80kmj.Jika didapati bas tersebut dipandu laju, para penumpang boleh membuat aduan segera ke nombor telefon yang tertera diiklankan di dalam bas.  Sungguhpun pergerakan bas bagai semut namun TB dan para penumpang berasa cukup selamat dan boleh melihat alam persekitaran perjalanan dengan tenang dan selamat.Menurut pemandu bas, sama ada laju atau perlahan beza waktu pun antara 10-15 minit sahaja. Bayangkan kerana mengejar masa yang tidak seberapa maka seperti tragedi Oktober 10,10.10 di PLUS Semenanjung Malaysia,kita telah kehilangan nyawa ramai  anak muda yang amat berharga untuk keluarga, agama, bangsa dan negara! Begitu juga perjalanan TB dengan bas ekspress dari Ipoh ke Alor Setar, dari Alor Setar ke Kota Bharu,Kelantan melalui lebuh raya Jeli yang banyak selekoh dan keluk. Namun sikap pemandu yang sentiasa sabar dan memandu tidak laju maka selamatlah perjalanan. Begitu juga dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu dan dari Kuala Terengganu ke Kuantan dan terus ke Kuala Lumpur dan kembali ke Putrajaya. TB tidak lupa mengucapkan sekalumg penghargaan kepada syarikat bas ekspress yang pemandu-pemandunya memandu tidak laju dan bukannya kerana takutkan penguatkuasaan. Kepada syarikat Sri Maju, Shamishar,Transnasional, Mutiara dan lain-lain lagi teruskan cara pemanduan berhemah, paling maksimum antara 80-90kmj sudah amat memadai. Semoga kita semua selamat!

05 Oktober 2010

BAGAIMANAKAH LELAKI MENJADI DAYUS?

Lelaki akan menjadi dayus apabila:-

1.      Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh badan isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2.      Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya.
3.      Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4.      Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnnya.
5.      Membiarkan anak-anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di dalam rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ dan memahami.
6.      Menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian seksi di luar rumah.
7.      Membiarkan isteri atau anak perempuannya memasuki tempat-tempat yang mendatangkan maksiat serta menyertai program-program yang mendedahkan aurat mereka untuk tontonan jutaan manusia.
8.      Membiarkan isteri atau anak perempuannya berpelukan dengan lelaki lain, walaupun atas dasar seni dan lakonan semata-mata.
9.      Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10.  Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf Islam seperti darurat ketika cuba menyelamatkannya daripada lemas.
11.  Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12.  Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawat doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13.  Membiarkan isteri pergi kerja  menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14.  Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

04 Oktober 2010

MASUK SYURGA KERANA SURAH AL-IKHLAS

Seorang sahabat bertugas menjadi imam solat di Masjid Quba.  Setiap kali solat, dia akan membacara dua surah selepasa al-Fatihah.  Surah wajib baginya  pula ialah al-Ikhlas.  Selepas itu barulah dia membaca surah yang lain.  Perbuatan itu ditergur oleh sahabat Nabi SAW yang lain.  Dia kemudian diberi pilihan sama ada terus menjadi imam atau berhenti.  Hal ini diadukan kepada Rasulullah.  Apabila Rasulullah bertanya kepada imam  tersebut., dia menjawab bahawa suarh al-Ikhlas.  Maka Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Kasihmu kepada surah al-Ikhlas memasukjjan kamu ke dalam syurga”.

24 September 2010

MELAYU HILANG KUASA?

 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.
“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.
Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas dipetik daripada laman web www.umno-online.com yang disiarkan hari ini.
Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.( baca penuh di UM 24/09/2010).

TIUBBOCOR: TB nak bertanya…berapa lamakah kerajaan BN (dahulu Perikatan) berkuasa selepas 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan?Kerajaan pimpinan siapakah yang memacu negara dengan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan  dan sekian banyak Rancangan Malaysia untuk pembangunan dan infrasturuktur rakyat luar Bandar yang khusus majoriti didiami masyarakat pribumi?Apakah kerajaan sudah tidak berminat membuka tanah-tanah rancangan baru untuk memajukan bidang komoditi  pertanian bagi memberi  peluang berterusan kepada bumiputera? Tidakkah kerana dengan wujudnya FELDA maka telah merubah nasib bumiputera  dan anak-anak menjadi golongan berpelajaran ? Jika ya, maka mengapa tidak diteruskan usaha pembukaan baru tanah-tanah rancangan? Maka adakah mahu dibiarkan anak-anak generasi baru yang tidak berupaya maju dalam bidang pendidikan dibiarkan sebagai penganggur yang mana kelak mereka akan terjebak ke kancah gejala-gejala sosial yang lebih buruk? Apakah tidak terfikir para pemimpin hari ini bahawa kuasa boleh hilang bukan hanya melalui pilihan raya sahaja?

Bahasa jiwa bangsa, slogan hikmat yang telah kita dengari sejak zaman berzaman. Namun pernahkah para pemimpin hari ini berfikir jauh di sisi di sudut lain, adakah kita ada kuasa jika bahasa Melayu sendiri diperlekehkan ketika orang Melayu sendiri berkuasa…dan apakah akan  terjadi jika orang bukan Melayu yang berkuasa di puncak utama? Begitu juga dengan perkara-perkara yang berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan…berkaitan hak-hak istimewa Melayu/bumiputera. Apalah gunanya ketika orang Melayu berkuasa tetapi pemimpin Melayu  sendiri yang memperlekehkan perkara itu khususnya pemberian biasiswa kepada anak-anak Melayu dan sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah agama rakyat yang sepenuhnya menjayakan dasar pendidikan kebangsaan? Apalah gunanya sekiranya dasar-dasar kerajaan yang memerintah selama ini tidak konsisten,tidak bertegas semata-mata demi survival politik masing-masing.



Justeru, janganlah dimomok-momokkan Melayu hilang kuasa, jika semasa kerajaan yang memerintahlah yang  makin bertambahnya ayam di kepuk mati kelaparan, itik di kolam mati kehausan. Sebagai contoh antara ribuan contoh di Malaysia….sesiapa yang pernah melalui Jalan Bakri, Jalan Khalidi, Jalan Abdul Rahman, Jalan Tengku Bendahara di Bandar Muar dalam negeri Johor dan sepanjang Jalan Cheras, Jalan Sungai Chua,Jalan Semenyih di Bandar Kajang dalam negeri Selangor, tentu banyak perbezaannya antara tahun 1980-an,1990-an dan sekarang 2010!  Apakah Melayu masih ada kuasa? Sebenarnya TB sukalah memberitahu pembaca bahawa KUASA itu bukan sahaja terletak kepada politik dan kepemimpinannya  sahaja tetapi terletak juga kepada minda, taraf pendidikan dan profesionalisme, sikap, budaya dan segala aset hartanah. Marilah kita renung-renungkan dengan kewarasan akal dengan melihat dan berfikir sekeliling kita perkara yang realiti dan nyata..apakah Melayu itu berkuasa?



22 September 2010

MENYAMAR TIUB BOCOR?

KAH...KAH....KAH...HA...HA...HA....HE...HE....HE....janganlah nak rosakkan reputasi TB. Ada si polan bin si polan buat 'uploaded' guna nama TIUBBOCOR pada tarikh 14 0gos 2010 siarkan dalam YOUTUBE klip video lagu irama dangdut dengan penari yang beraksi penuh ghairah dan lucah. Masya-Allah..Nahuzubillah minzaliq..0leh kerana TB telah mendaftar blog lebih awal daripada tarikh klip video itu maka TB beranggapan ada pihak cuba sabotaj atau cuba mencemar nama baik Tiub Bocor. Walau bagaimanapun jika isu silap faham ini suatu kebetulan maka tidak keberatan TB sedia memaafkan.TB sekadar memaklumkan kepada para pelawat agar tidak timbul sebarang kekeliruan. TB ada visi dan misi dalam setiap perjuangan. Terima kasih.Selamat melawat dan membaca tiubbocor.blogspot.com/

20 September 2010

DAP gesa Umno henti salah guna Perkara 153….Perkara 152 bagaimana?



DAP mendakwa bahawa Umno telah menyalahgunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk keuntungan kroninya,  dan mendawa tindakan itu melanggar Perkara 8 perlembagaan.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham  berkata Perkara 153 menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong melindungi peruntukan kepada orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak dalam institusi pendidikan dan perkhidmatan awal, untuk biasiswa, dan pemberian permit.

Bagaimanapun, dakwanya, Umno telah memperluaskan skop kedudukan istimewa itu, merangkumi hak-hak lain termasuk perumahan dan kedai untuk dijual dengan diskaun, dan mewujudkan ekuiti korporat, iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan sistem.

Ngeh yang juga ahli parlimen Bruas dan ADUN Sitiawan berkata, tindakan itu bertentangan dengan apa yang telah ditentukan mengikut Perkara 153 dan melanggar Pasal 8 perlembagaan persekutuan, yang menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia adalah sama di segi undang-undang.

Bagaimanapun, tegasnya, majoriti orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak tidak mendapat manfaat daripada perluasan kontrak sosial tersebut.(baca  penuh Malaysiakini,20 September 2010)

TIUB BOCOR tabik kepada Ngeh yang tidak lupa membela nasib orang-orang Melayu yang masih jauh ketinggalan bahkan dalam kemiskinan  dan dalam kemelaratan. ltulah realiti. Namun sudah menjadi resam orang Melayu tidak mahu kemiskinan itu dijaja ke sana sini. Bahkan sikap orang Melayu lebih suka berseloka “biar papa asalkan bergaya”…orang Melayu gemar menunjukkan gah dan hebatnya walau hutang penuh berdaki di tengkuk. 0rang Melayu rela berhutang daripada mengaku papa kedana di pejabat Baitul Mal atau di pejabat Pusat Pungutan Zakat. Dengar khabar mereka nak mengadu pun buat habis air liur sahaja. Namun TB sukalah mengingatkan Ngeh jika nak bercakap atau berceramah jujur pasal perlembagaan Persekutuan bukan sahaja Perkara 153 yang mahu dikupaskan bagi tujuan politik tetapi biarlah 183 perkara dan 13 jadual itu lebih baik….paling kurang pun Ngeh boleh mengulas Perkara 152 yang menyentuh tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan termasuk kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, sebagai bahasa  pengantar dalam sisstem pendidikan kebangsaan dan sebagainya. Ada baiknya Ngeh juga mengkritik betapa tidak hormatnya agensi swasta bahkan ada juga di sektor kerajaan termasuk PBT di sesetengah negeri yang tidak meletakkan bahasa Melayu di kedudukan yang lebih bermaruah dan bermartabat tinggi. Apa guna jika kita tidak mengenali  bandar-bandar di Malaysia  yang menyebabkan kita keliru sama ada berada di Hong Kong, Beijing, Singapura, Manila, Zimbawe atau Nigeria????

18 September 2010

SABAH OH SABAH… JANJI PAKATAN KUASAI PUTRAJAYA

Impak ikrar Pakatan Rakyat untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hanya berkesan jika mereka meletakkan calon berwibawa mewakili mereka.

Penganalis politik James Chin percaya faktor calon amat penting, khususnya bagi PKR kerana sejarah silam yang dikongsi oleh rakyat negeri itu dengan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa menjadi timbalan perdana menteri ketika pentadbiran Tun Dr Mahthir Mohamad, Anwar dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan negeri pembangkang pimpinan PBS pada 1994.

Meskipun memenangi pilihan raya negeri Sabah buat kali ketiga berturut-turut, walaupun dengan majoriti mudah, kerajaan PBS terus tumbang apabila pemimpin dan ADUNnya berpaling tadah ke BN.

"Rakyat mempunyai perasan berbelah-bahagi terhadap Anwar tetapi jika PKR boleh mengemukakan calon berwibawa, saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu,” kata Chin ketika dihubungi hari ini.

Ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu pada malam Rabu lalu, Anwar bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berikrar bahawa Sabah akan diberikan autonomi penuh jika Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh Sabah,” kata Anwar yang dipetik The Borneo Post hari ini.

Pemimpin nasional dan negeri Pakatan daripada ketiga-tiga parti - PKR, PAS dan DAP - menghadiri majlis itu tetapi parti bebas SAPP tidak hadir.

Menurut Chin yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Monash, ketidak-hadiran SAPP tidak memberi kesan asalkan semua mereka sepakat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya akan datang.

Katanya, ikrar autonomi itu agak signifikan di Sabah kerana sentimen tersebut masih kuat berhubung perjanjian 20 perkara yang dimeterai semasa pembentukan Malaysia antara Malaya, Sarawak dan Singapura pada 1963 yang terus diketepikan oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun perkara itu kurang berkesan di Sarawak kerana ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya mengurangkan campur tangan persekutuan di negeri itu pada tahap minimum.

"Terdapat lebih banyak campur tangan persekutuan di Sabah kerana kerajaan pembangkang,” katanya yang merujuk kepada PBS.(baca berita penuh Malaysiakini,18 September 2010)

TIUB BOCOR SUDAH BANYAK KALI MENGINGATKAN BAIK APA JUA PARTI PEMERINTAH ATAU PEMBANGKANG USAH BANYAK BERJANJI YANG HEBAT-HEBAT…APA GUNA BERJANJI JIKALAU TIDAK DITEPATI? RAKYAT SEKARANG BUKANLAH DUNGU,BUKANLAH JAHIL.MEREKA MELIHAT PERKARA YANG NYATA DI DEPAN MATA. MEREKA SUDAH MUAK DENGAN PEMBANGUNAN  KOSONG, PEMBANGUNAN HAMPAS YANG MENYEBABKAN RAKYAT JUGA YANG MERANA.INFLASI KIAN MENINGKAT, HARGA SARA HIDUP MELAMBUNG TINGGI, HARGA RUMAH TAK MASUK AKAL, KAPITALIS,LINTAH DARAT MAKIN BERLELUASA, MASALAH MORAL KIAN PARAH, BUANG BAYI,HAMIL LUAR NIKAH, SEKS BEBAS,PENDATANG HARAM DAN TIDAK HARAM, PELANCONG DAN PELENCONG KIAN BERTAMBAH JUTAAN RAMAI SEHINGGA ADA DI PELOSOK PEDALAMAN BUKIT KEPONG JOHOR ATAU DI HULU TERENGGANU ADA DI MANA-MANA JUA  TERMASUK DI BITANGGOR,LUBUK HANTU SARAWAK HINGGA KE KALABAKAN,TAWAU SABAH YANG MENGGUSARKAN RAKYAT RASUAH BUKAN SETAKAT DILAKUKAN PAK PREBET ATAU PAK KOSTABEL JIKA ZAMAN DAHULU TAPI HINGGA YANG SUDAH MENJANGKAU KE GRED JUSA PUN BOLEH RASUAH,PECAH AMANAH DAN PENYELEWENGAN…INI BAHANANYA TENDER DAN PROJEK PEMBANGUNAN  UNTUK TEMBOLOK PARA KORONIS DAN KONCO-KONCO MALAON. RAKYAT JUGA MENDERITA. WAHAI B.N…WAHAI P.R BERHENTILAH POLITIKING…JANGAN MENAMBAH MASALAH…JIKA SABAH DIBERI AUTONOMI…HAHAHA…P.PINANG,PERLIS, JOHOR,MELAKA DAN SEMUA NEGERI PUN MAHU AUTONOMI…BERHATI-HATI MENABUR JANJI JANGAN MEMAKAN DIRI KELAK RAKYAT YANG MENDERITA…FOKUSLAH KEBAJIKAN RAKYAT.ITULAH YANG DIUTAMAKAN!!!!!


16 September 2010

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI: TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA


        (Dua anggota polis marin sedang mencari barang bukti kes)

Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati  Lawiya  dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran di Banting hari ini beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berketurunan  Cina.

Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.(berita penuh, Malaysiakini,15 September 2010)

TB: Dalam suasana umat lslam menyambut Hari Raya Aidilfitri seluruh rakyat Malaysia, bahkan tersebar seluruh dunia berita yang menyayatkan, jutawan kosmetik Datuk Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh kejam. Dikhabarkan bahawa mereka dibunuh dengan cara sadis dan amat tragis;dipukul, ditikam, dibelasah  hingga mati, dibakar rentung menjadi abu. Abu mayat pula dibuangkan ke dalam sungai. Terfikir kita, apakah ke tahap ini sekarang terdapat segelintir rakyat Malaysia yang bertuhankan wang dan kebendaan sanggup melakukan jenayah kejam yang kurang kita mendengarnya hatta walau dilakukan oleh samseng mafia di Eropah mahupun di USA. Apa sudah jadi dengan semangat SATU MALAYSIA yang sering diucapkan saban waktu oleh para pemimpin utama negara? Apa sudah jadi dengan semangat Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang mana kebetulan jenayah itu dilaporkan berlaku pada 30 Ogos kira-kira jam 10 malam yang kebetulan malam menyambut tanggal 31 0gos hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia@Persekutuan Tanah Melayu yang ke-53? Sayugia diingatikan bahawa pada malam kemerdekaan tersebut kita semua meraikan hari kemenangan negara daripada cengkaman belenggu penjajah termasuk meninggalkan  kenangan pahit zaman penyeksaan tentera Jepun menakluki Tanah Melayu yang terkenal sikap ganas Jepun yang mendera termasuk  memancung kepala  dan sikap kejam pengganas komunis PKM yang menyeksa dan menakut-nakutkan rakyat ketika itu. Dan kini pada malam menyambut ke-53 kemerdekaan negara di sebuah lokasi dalam daerah Kuala Langat tidak jauh dari pekan Banting dalam negeri Selangor Darul Ehsan tanpa kita duga seperti mana yang dilaporkan di semua media tanah air ada berlaku siri penyeksaan kejam yang membawa kematian yang hanya layak dilakukan oleh orang-orang yang tidak waras. Para pelaku yang berwajah binatang berhati haiwan ini sewajarnya segera didakwa dan dihukum setimpalnya jika bersabit kesalahan jenayah kejam dilakukan. Jikalaulah ada undang-undang yang boleh dikenakan bukan setakat digantung sampai mati tentu orang ramai mahukan mereka ini direbus dalam kawah panas atau disula dengan buluh runcing sampai mati. Biarlah mereka tahu betapa azabnya kematian tragis setiap mangsa yang dianiayainya. Walau bagaimanapun di sisi lain, banyak pendapat yang menyarankan agar:

1.      Dikaji semula gelaran “Datuk” atau sebagainya kepada individu pemakai gelaran yang terlibat dalam apa jua kesalahan atau perilaku jenayah.

2.      Dikaji bahkan diharamkan mana-mana elemen jenayah melampau dalam filem, khususnya dalam FILEM-FILEM TAMIL.

3.   Bersetuju dengan saranan Timbalan Menteri di JPM, Datuk T.Murugiah agar kuil-kuil hindu lebih berperanan memberi nasihat dan tunjuk ajar berhubung dengan pendidikan moral di kalangan belia-belia Tamil (lndia).

4.      Majlis Peguam/Bar Council wajib memantau  setiap masa mana-mana ahli/peguam yang ada didapati cenderung melakukan jenayah dan melanggar etika amalan guaman.

5.    Dibendung dan dihapuskan segera elemen gengsterisme di kalangan belia Tamil yang agak tinggi peratusannya walaupun penduduk Malaysia keturunan lndia cuma 8% sahaja.

6.      Penjenayah wajib dikenakan hukuman semaksimum yang ada.


Tiub Bocor menyerahkan kepada pembaca budiman sekiranya ada cadangan-cadangan. Sebenarnya perbuatan jenayah tidak mengenal ras, kaum atau latar. Sesiapapun boleh melakukannya tidak kira sama ada keturunan lndia, Melayu atau Cina atau kaum-kaum lain. Selagi manusia tidak bertakwa dan beriman maka iblis syaitan menerusi arak, judi, tamak, dendam, kejam  dan lain-lain akan terus mempergunakan manusia untuk terus melakukan kejahatan dan kekejaman sesama mereka!

09 September 2010

ZAKAT FITRAH DAN FAJAR SYAWAL 10 SEPTEMBER 2010


Jumaat 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431 Hijrah, TIUB BOCOR bersama seluruh umat lslam khususnya di Malaysia menyambut 1 Syawal, bulan penyucian diri setelah kita sama-sama melipatgandakan ibadah pada bulan Ramadan yang terasa sayu berlalu pergi.

lni bukan bermakna ibadah dan setiap amalan kebaikan hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja. Bahkan kita diwajibkan menunaikan perintah Allah setiap saat, selagi hayat dikandung badan. Apabila kita pulang ke pangkuan-Nya, apa yang kita bawa ialah segala amalan/ibadah, sedekah jariah dan doa anak-anak yang soleh. Kita tidak bawa segala gelaran, pangkat dan harta kekayaan.

     Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri (waktu wajib) TB sukacitanya mengingatkan jika belum menunaikan zakat fitrah, sila tunaikan salah satu rukun lslam yang wajib ini. Kadar berbeza-beza mengikut negeri atau negara. Apabila menyentuh bab zakat fitrah/diri (tidak termasuk zakat harta, zakat pendapatan, zakat ternakan, zakat emas dll)lebih 20tahun lalu TB pernah terfikir begini: andainya kadar zakat fitrah RM2/per orang ketika itu dan andainya ada 10juta umat lslam Malaysia yang menunaikan zakat fitrah pada masa itu; ini bermakna kutipan pada zaman itu berjumlah RM20juta. Bayangkan berapakah jumlah fakir miskin,papa kedana yang ada pada waktu itu???  10ribu? 100ribu? 500ribu?

Persolannya apakah dengan RM20juta pada ketika itu GAGAL menyelesaikan masalah kemiskinan umat lslam? Bayangkan dan fikirkan baik-baik dengan waras dan rasional pada masa kini kadar fitrah rata-ratanya RM7/-per orang dengan umat lslam Malaysia dalam lingkungan 16-20juta!!! lnilah yang dikatakan betapa indah dan cantiknya sistem ekonomi dan muamalat lslam yang telah digariskan dalam Al-Quran dan Hadis. TB tidak mahu mengulas panjang.

Kepada para pembaca budiman, tanggungjawab TB  sebagai pencetus minda demi kebaikan ummah sejagat agar para pembaca sentiasa ditajamkan minda dan dianugerahkan Allah SWT buah fikiran yang cerdas dan sentiasa segar dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Di sinilah letaknya kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan hukum-hukum lslam.

Justeru, sama ada penggerak dan pelaksana yang mentadbirkan ekonomi lslam tidak berpandangan jauh dan patut dipersalahkan; usah diungkitkan. Tetapi persolannya; bagaimanakah kita mahu mengubah pemikiran kapitalisme agar kita semua kembali kepada sistem ekonomi lslam yang tulen dan jelas matlamatnya. 

Sempena fajar l  Syawal marilah bersama-sama kita beriltizam agar sentiasa diperbaharui bukan setakat jasad dan jiwa kita bahkan MINDA atau AKAL kita; selaras dengan bidalan Melayu; BERFIKIR ITU PELITA HATI. 

Kepada teman-teman bloger: UMMINESSA.BLOGSPOT.COM  / TUKARTIUB.BLOGSPOT.COM  / BAHAZAIN.BLOGSPOT.COM  / AMINlSKANDAR.BLOGSPOT.COM / KUDAKEPANG.BLOGSPOT.COM/  dll. walau ada berbeza cara dan pendekatan kita, tetapi kita semua ada misi dan visi tersendiri dan terserahlah.Dan kepada para pengikut dan para pelawat TB tidak lupa iringan doa dan  SALAM AIDILFITRI, maaf zahir dan batin.




07 September 2010

SALAM AIDILFIRTI

Di titik kembara sabar ini
kita dicumbui syurga syahdu Ilahi
takbir dan tahmid memuji-Nya
meraikan kemenangan mutakhir
menangisi getir lara duka
pada setiap kemaafan  dihulurkan
pada setiap  riak ketulusan diberi
salam Aidilfitri  datang lagi

Kitapun menyambut kehadiran Aidilfitri
bersilih ganti mengepung gerbang usia
dan pasrah merelakan pemergian Ramadan
entah kapan gerangan ditemukan lagi
segala keagungan dan ketakjuban
bisa dikecapi pada sekian kali

Dan laungan kebesaran bergema lagi
di setiap pesisir pantai kehidupan
di gubuk nelayan dan petani lara
di puncak bukit elitis bersemenda
adalah mulia di sisi Maha Kuasa

Dan marilah kita ke pangkuan jati
iman amalan neraca penilai tara
bersama gemuruh Allah-hu-Akbar
 Allah-hu-Akbar Allah-hu-Akbar
kembali muhasabah munajat keinsafan
Aidilfitri melebarkan lebuh sahsiah diri!


TB:  TIUB BOCOR mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua pembaca budiman TB dan seluruh sahabat- handai TB yang berada di Malaysia, Singapura, lndonesia dan Negara Brunei Darussalam.Dan tidak lupa seluruh saudara mara dan ahli keluarga di mana-mana jua berada. TB mohon kemaafan jika ada tersilap kata sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dan halalkan mana-mana yang termakan dan terminum.Kepada para pemandu di jalan raya berhati-hati memandu jangan tergopoh-gapah, tidak lari gunung yang dikejar.Sebagai individu, TB juga suka mengingatkan diri TB dan pembaca semua agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati walau di mana jua.Salam Aidilfitri! 

02 September 2010

PM NAJIB: TARIK SUBSIDI BERI BONUS…APA CERITA?

Langkah Najib Razak membelanjakan RM934.65 juta dengan memberi RM500 bonus kepada setiap kakitangan kerajaan wajar dipersoal secara rasional.


Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, langkah Najib itu seakan tidak selari dengan langkah rasionalisasi subsidi dengan menarik semula subsidi lima komoditi asasi yang bernilai RM750 juta demi mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan.

"Bukan saya tidak setuju dengan pemberian ini, saya sokong rakyat diberi bonus, tetapi apa rasional Najib menarik RM750 juta subsidi dan berbelanja RM900 juta untuk bonus," ujarnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, petang ini(baca penuh Harakah Daily)


TB: Tiub Bocor pun tertanya-tanya apa rasionalnya PM Najib tarik subsidi beri bonus kepada kakitangan kerajaan(jika hendak beri eloklah tetapi biarlah ikhlas) yang amaunnya lebih besar daripada subsidi yang ditarik balik. Subsidi yang ditarik balik memberi  implikasi yang besar dan bahana malapetaka  yang mana rakyat  menderita dan menanggung beban sengsara! Harga petrol, diesel, gas,  gula naik kesan daripada subsidi ditarik termasuk kadar zakat fitrah pun naik melonjak. Walaupun kenaikannya tidak tinggi tetapi bagi si LINTAH DARAT, masa inilah secara senyap dan terang-terangan menaikkan harga barangan lain sama ada yang berkaitan atau tidak berkaitan sesuka hati. lni penderitaan jangka panjang. Pergi jalanlah dengan si Penguatkuasa yang hangat-hangat tahi ayam, komen orang ramai. Bagi kapitalis dan konco-konco yang bersengkongkol dengan  dasar kapitalismenya masa inilah mereka terus membuncitkan perut, menimbunkan wang dan harta menghisap darah rakyat. Hahaha siapakah yang buruk siku?

01 September 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN LEFTENAN ADNAN,KAJANG, SELANGOR D.E (nilai rasa, nostalgia dan harapan).


Menurut sejarah yang terukir, sekolah ini telah dibuka pada 1 Disember 1915 dengan nama Sekolah Melayu Sungai Ramal. Pengasas sekolah ini ialah Encik Arshad Bin. Talib, PJK, selaku Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru ( mungkin nama persatuan ketika itu berlainan tetapi seakan-akan PIBG) pada masa itu. Guru Besar yang pertama Encik Dacap Bin Zainal. Jumlah murid pada waktu itu ialah seramai 26 orang sahaja.

           Pada tahun 1982, Sekolah Melayu Sungai Ramal telah ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, sempena nama seorang murid sekolah ini yang gugur sebagai seorang wira. Beliau adalah Leftenan Adnan Bin Saidi, anak jati Kajang. Beliau telah terkorban di Bukit Candu, Singapura pada 14 Februari 1942, sehari sebelum Tentera Bersekutu di bawah pimpinan Jeneral Percival menyerah diri kepada tentera Jepun dibawah pimpinan Jeneral Yamashita.
Pada penghujung tahun 1982, bilangan murid sekolah ini meningkat kepada 300 orang. Pada tahun 1994, Bangunan baru 8 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung pertambahan murid. Dalam tahun 1995, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai sekolah gred A dengan bilangan murid melebihi 700 orang.

Seterusnya sekitar tahun 1999, bangunan blok C pula didirikan. Bangunan ini mempunyai 10 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah pusat sumber dan makmal komputer. Pada tahun 2002, sebuah surau telah didirikan bagi menampung keperluan semua warga lslam SKLA. Sehingga sekarang SK Leftenan Adnan semakin berkembang maju menuju kecemerlangan pendidikan.

TB: Tiub Bocor berpeluang melawat sekolah ini pada tahun 2000 (jika tidak silap) kerana menyelia guru pelatih yang menjalani pratikum di sekolah ini. TB sempat beramah mesra dengan Guru Besar ketika itu yang tampak ceria dan bersikap terbuka.



Kesempatan yang terluang TB mencuri-curi pandang keadaan persekitaran sekolah tersebut termasuk kemudahan prasarana,pembudayaan dan iklim sekolah. Jauh di lubuk hati TB sejak itu tertanya-tanya dan berasa amat sayu terkenangkan jasa dan semangat juang seorang anak muda Melayu yang tidak luput dek zaman untuk dikenang, Leftenan Adnan Saidi, pewira bangsa, Askar Melayu DiRaja. Beliau pernah belajar di sekolah ini. Kata-kata hikmat ‘Biar putih tulang, jangan berputih mata’ yang TB baca kisah beliau semasa di bangku sekolah rendah dahulu masih terngiang-ngiang membara di pelipis cuping TB. Namun apabila TB berkesempatan bertanya kepada salah seorang murid di bangku Tahun 5 siapakah Leftenan Adnan, tetapi pelajar tersebut hanya mampu tersengih menggelengkan kepala. Ketika itu, apa yang TB lihat (tidak tahulah sekarang, semangat Satu Malaysia Menjana Tranformasi telah merubah situasi dahulu) tidak ada info yang boleh dan mudah dibaca oleh para pelajar atau para pelawat yang berkunjung ke sekolah tersebut tentang pejuang tulen anak bangsa yang menjadi idola dan legenda tanah air kita. lni yang amat menyedihkan TB hingga terbawa-bawa dan terpanggil-panggil di alam mimpi.Di sini TB sukacita mencadangkan:

1. Warga sekolah sepatutnya berbangga kerana seorang putera watan telah lahir dari sekolah ini dan nama sekolah digazetkan sempena nama beliau. Justeru, pihak sekolah,PIBG dan komuniti masyarakat dengan kerjasama PPD/JPNS dan ATM hendaklah mengadakan aktiviti sempena Hari/Minggu Leftenan Adnan Saidi di sekolah ini dengan mengadakan kegiatan kerohanian(tahlil,bacaan Yassin,doa selamat), pengkisahan tentang perjuangan Leftenan Adnan,pertandingan bercerita, menulis sajak patriotisme tentang Leftenan Adnan, menayangkan filem fiksyen Melayu LEFTENAN ADNAN dan lain-lain lagi.


2. Membangunkan/membina plak platinum yang terpahat catatan bersejarah tentang Leftenan Adnan yang boleh diletakkan/dipamer secara kekal di mana-mana sudut yang sesuai dalam perkarangan sekolah. Dengan ini murid-murid dan pelawat akan berasa semangat patriotisme dan nasionalisme sentiasa wujud apabila berada dalam kawasan perkarangan sekolah.


3. Mempamerkan foto-foto yang berkaitan Leftenan Adnan,keluarga dan sejarah peristiwa pertempuran di Bukit Candu,Singapura (ingat, Singapura adalah sebahagian daripada Tanah Melayu ketika itu).


4. Walaupun sekolah ini telah dibina kembali dengan penambahan bangunan-bangunan baru tetapi lantaran ada nilai sejarah buat warisan dan ingatan generasi kemudian maka adalah WAJIB dan WAJAR pihak pentadbiran sekolah ini mendirikan gerbang atau mencatatkan tahun 1915 di pintu masuk sekolah ini.lni adalah fakta sejarah!Lihatlah SJK (Cina) yang sentiasa mengekalkan tarikh atau tahun sesebuah sekolah mereka mula dibina.





GANYANG MALAYSIA: BISAKAH?

Gerakan 'Ganyang Malaysia' merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar, Ahad lalu, manakala dua kumpulan baru menyertai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di sini, semalam. Kumpulan yang digelar Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) turut memulakan kempen memboikot produk Malaysia dengan memasukkan anak tikus ke dalam plastik mengandungi anak patung siri kartun popular, Upin dan Ipin.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan berbaju merah putih sebelum itu berkumpul di depan bangunan pejabat Menara Rajawali yang menempatkan pejabat Petronas dan melaung-laungkan perkataan ‘Ganyang Malaysia’ sambil menaikkan sepanduk anti-Malaysia.

Kumpulan itu kemudian berjalan dan menunggang motosikal ke pejabat Kedutaan Malaysia pada jam 2.30 petang dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman. Bagaimanapun, tiada kekacauan atau kejadian membaling najis seperti yang berlaku dalam tunjuk perasaan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA), baru-baru ini.

Kira-kira 170 pegawai dan anggota Polis Indonesia turut membuat kawalan ketat di luar pintu masuk Pejabat Kedutaan Malaysia sejak jam 10 pagi.(baca penuh BH, 01/09/2010)

TB: Berapakah bayaran upahnya yang diterima demonstrator ini Pak?Hahaha…gara-gara kelaparankah atau demi isme yang mahu diperjuangkan?Usah ribut-ribut…kapan-kapan waktu tsunami bisa melanda wilayah lndonesia lagi bagaimanakah pak? Apakah saudaramu Malaysia yang lebih prihatin atau bagaimana sih? Apakah ini yang disebut dalam peribahasa Melayu..’Diberi susu,tuba yang dibalas’. Jika Laksamana Hang Tuah masih wujud pada hari ini, tentulah dengan kebijaksanaan dan ketangkasan Hang Tuah akan dapat menumpaskan walau sejuta Taming Sari. Sabar Pak..Sabar Pak…usah emosi. lni hanya analogi sahaja. Akal itu pelita hati. Tiub Bocor masih ingat pada tahun 1964 , ketika zaman kanak-kanak bersama almarhum bapa menjalani tugasan rutin mengikut giliran meronda dan berkawal pada malam hari ketika konfrontasi Malaysia-lndonesia dan riuh rendah kempen Ganyang Malaysia rejim Sukarno. Apakah kita tidak memperoleh natijah akan peristiwa lampau? Siapakah yang untung, siapakah yang rugi? Ya, silakan jika anda berkeras tidak mahu datang atau mampir ke Malaysia. Silakan…Bagaimanakah kesannya jika rakyat Malaysia tidak mahu melancong ke lndonesia atau berurus niaga. Apa yang TB tahu rata-ratanya rakyat lndonesia yang berdagang dan merantau mencari sesuap nasi di Malaysia dapat merasakan betapa limpahan rezeki di bumi Malaysia yang dinikmati bagaikan berada dalam negaranya sendiri.Dalam erti kata lain, Malaysia bagaikan rumah mereka sendiri yang mahu dinikmati sehingga akhir hayat. Percayalah Pak….

15 NGO Pahang buat laporan

Permuafakatan NGO Melayu Pahang Bersatu (Muafakat) yang terdiri 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri, hari ini membuat laporan polis terhadap Wee Meng Chee atau lebih dikenali 'Namewee'.

Laporan dibuat ekoran tindakan pemuda dari Muar, Johor, mengulangi perbuatan biadapnya dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Antara 15 NGO terbabit adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Wira Perkasa Pahang dan Alumni Graduan Muda Pahang.

Selain itu, Majlis Belia Daerah, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Majlis Guru Pahang dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Pengerusi GPMS Negeri, Wan Emril Nizam Wan Embong yang mewakili 15 NGO terbabit berkata, klip video Namewee itu menyentuh isu perkauman.

"Ia juga telah mendatangkan keresahan di kalangan rakyat berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.
Klip video terbaru berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya, Johor, yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.

Tegas Wan Emril, apa yang dilakukan Namewee merupakan provokasi selain menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.

Oleh itu, Wan Emril mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat perkara itu di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambahnya, jika kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Namewee, pihaknya bercadang menyaman pemuda itu supaya menjadi pengajaran kepadanya. (baca penuh UM 01/09/2010)

TB: Ada-ada aje…hahaha…Satu Malaysia Menjana Transformasi? Bukan setakat menghafal tema Hari Kemerdekaan sahaja yang kita mahu. Yang kita mahu ialah suatu tranformasi yang lebih ke arah anjakan paradidma dari aspek perubahan… budaya ke arah penambahbaikan, budaya ke arah kesempurnaan dan budaya ke arah ketakwaan. Seringkali kita dengar,sedia maklum, jika ada isu-isu kontroversi, laporan demi laporan polis dibuat. Apapun dari aspek penguatkuasaan undang-undang adakah pelaksanaannya mengikut piawaian lSO?lnilah persoalannya. Negara telah banyak menggubal dan memperkenalkan pelbagai akta dan enakmen bagi menjamin kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan tetapi persoalannya ialah sejauh manakah pelaksanaannya yang menepati cita-cita dan matlamat peraturan-peraturan itu diciptakan. Contoh mudah; bagaimanakah pelaksanaan undang-undang “Membuang Sampah Merata-rata Denda RM500” , “Merokok Di Tempat Awam Denda Rm1000/-“, Pelaksanaan dan pematuhan Perkara 152, Perkara 153(pembaca yang tidak tahu,sila buat rujukan lanjut) dalam Perlembagaan Persekutuan dan banyak lagi. Walau banyak mana pun laporan yang dibuat oleh orang awam kepada pihak berkuasa sama ada PDRM, lmigresen,Kastam, Penguatkuasa PBT seringkali sikap memilih kes yang ada berkepentingan menjadi duri dalam daging dalam sesebuah organisasi dan memberi impak atau kesan kepada kesejahteraan rakyat dan negara pada masa kini dan mendatang. Bahkan yang paling mengecewakan ada pegawai atasan yang telah dinilai mencapai tahap prestasi yang cemerlang dalam kerajaya dan telah dinaikkan pangkat gred tertinggi dalam hiraki jawatannya tetapi mengkhianati amanah yang telah diberikan kepadanya. Alangkah malangnya jika pegawai atasan seperti ini yang dipercayai dan melangkaui pula, pegawai lain yang amanah dan jujur tetapi tidak pandai bermain sandiwara , wujud dalam masyarakat kita yang telah kali ke-53 menyambut hari sorakan kemerdekaan!