Salam Perjuangan

09 September 2010

ZAKAT FITRAH DAN FAJAR SYAWAL 10 SEPTEMBER 2010


Jumaat 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431 Hijrah, TIUB BOCOR bersama seluruh umat lslam khususnya di Malaysia menyambut 1 Syawal, bulan penyucian diri setelah kita sama-sama melipatgandakan ibadah pada bulan Ramadan yang terasa sayu berlalu pergi.

lni bukan bermakna ibadah dan setiap amalan kebaikan hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja. Bahkan kita diwajibkan menunaikan perintah Allah setiap saat, selagi hayat dikandung badan. Apabila kita pulang ke pangkuan-Nya, apa yang kita bawa ialah segala amalan/ibadah, sedekah jariah dan doa anak-anak yang soleh. Kita tidak bawa segala gelaran, pangkat dan harta kekayaan.

     Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri (waktu wajib) TB sukacitanya mengingatkan jika belum menunaikan zakat fitrah, sila tunaikan salah satu rukun lslam yang wajib ini. Kadar berbeza-beza mengikut negeri atau negara. Apabila menyentuh bab zakat fitrah/diri (tidak termasuk zakat harta, zakat pendapatan, zakat ternakan, zakat emas dll)lebih 20tahun lalu TB pernah terfikir begini: andainya kadar zakat fitrah RM2/per orang ketika itu dan andainya ada 10juta umat lslam Malaysia yang menunaikan zakat fitrah pada masa itu; ini bermakna kutipan pada zaman itu berjumlah RM20juta. Bayangkan berapakah jumlah fakir miskin,papa kedana yang ada pada waktu itu???  10ribu? 100ribu? 500ribu?

Persolannya apakah dengan RM20juta pada ketika itu GAGAL menyelesaikan masalah kemiskinan umat lslam? Bayangkan dan fikirkan baik-baik dengan waras dan rasional pada masa kini kadar fitrah rata-ratanya RM7/-per orang dengan umat lslam Malaysia dalam lingkungan 16-20juta!!! lnilah yang dikatakan betapa indah dan cantiknya sistem ekonomi dan muamalat lslam yang telah digariskan dalam Al-Quran dan Hadis. TB tidak mahu mengulas panjang.

Kepada para pembaca budiman, tanggungjawab TB  sebagai pencetus minda demi kebaikan ummah sejagat agar para pembaca sentiasa ditajamkan minda dan dianugerahkan Allah SWT buah fikiran yang cerdas dan sentiasa segar dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Di sinilah letaknya kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan hukum-hukum lslam.

Justeru, sama ada penggerak dan pelaksana yang mentadbirkan ekonomi lslam tidak berpandangan jauh dan patut dipersalahkan; usah diungkitkan. Tetapi persolannya; bagaimanakah kita mahu mengubah pemikiran kapitalisme agar kita semua kembali kepada sistem ekonomi lslam yang tulen dan jelas matlamatnya. 

Sempena fajar l  Syawal marilah bersama-sama kita beriltizam agar sentiasa diperbaharui bukan setakat jasad dan jiwa kita bahkan MINDA atau AKAL kita; selaras dengan bidalan Melayu; BERFIKIR ITU PELITA HATI. 

Kepada teman-teman bloger: UMMINESSA.BLOGSPOT.COM  / TUKARTIUB.BLOGSPOT.COM  / BAHAZAIN.BLOGSPOT.COM  / AMINlSKANDAR.BLOGSPOT.COM / KUDAKEPANG.BLOGSPOT.COM/  dll. walau ada berbeza cara dan pendekatan kita, tetapi kita semua ada misi dan visi tersendiri dan terserahlah.Dan kepada para pengikut dan para pelawat TB tidak lupa iringan doa dan  SALAM AIDILFITRI, maaf zahir dan batin.




Tiada ulasan: