Gerakan 'Ganyang Malaysia' merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar, Ahad lalu, manakala dua kumpulan baru menyertai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di sini, semalam. Kumpulan yang digelar Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) turut memulakan kempen memboikot produk Malaysia dengan memasukkan anak tikus ke dalam plastik mengandungi anak patung siri kartun popular, Upin dan Ipin.
Kira-kira 50 penunjuk perasaan berbaju merah putih sebelum itu berkumpul di depan bangunan pejabat Menara Rajawali yang menempatkan pejabat Petronas dan melaung-laungkan perkataan ‘Ganyang Malaysia’ sambil menaikkan sepanduk anti-Malaysia.
Kumpulan itu kemudian berjalan dan menunggang motosikal ke pejabat Kedutaan Malaysia pada jam 2.30 petang dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman. Bagaimanapun, tiada kekacauan atau kejadian membaling najis seperti yang berlaku dalam tunjuk perasaan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA), baru-baru ini.
Kira-kira 170 pegawai dan anggota Polis Indonesia turut membuat kawalan ketat di luar pintu masuk Pejabat Kedutaan Malaysia sejak jam 10 pagi.(baca penuh BH, 01/09/2010)
TB: Berapakah bayaran upahnya yang diterima demonstrator ini Pak?Hahaha…gara-gara kelaparankah atau demi isme yang mahu diperjuangkan?Usah ribut-ribut…kapan-kapan waktu tsunami bisa melanda wilayah lndonesia lagi bagaimanakah pak? Apakah saudaramu Malaysia yang lebih prihatin atau bagaimana sih? Apakah ini yang disebut dalam peribahasa Melayu..’Diberi susu,tuba yang dibalas’. Jika Laksamana Hang Tuah masih wujud pada hari ini, tentulah dengan kebijaksanaan dan ketangkasan Hang Tuah akan dapat menumpaskan walau sejuta Taming Sari. Sabar Pak..Sabar Pak…usah emosi. lni hanya analogi sahaja. Akal itu pelita hati. Tiub Bocor masih ingat pada tahun 1964 , ketika zaman kanak-kanak bersama almarhum bapa menjalani tugasan rutin mengikut giliran meronda dan berkawal pada malam hari ketika konfrontasi Malaysia-lndonesia dan riuh rendah kempen Ganyang Malaysia rejim Sukarno. Apakah kita tidak memperoleh natijah akan peristiwa lampau? Siapakah yang untung, siapakah yang rugi? Ya, silakan jika anda berkeras tidak mahu datang atau mampir ke Malaysia. Silakan…Bagaimanakah kesannya jika rakyat Malaysia tidak mahu melancong ke lndonesia atau berurus niaga. Apa yang TB tahu rata-ratanya rakyat lndonesia yang berdagang dan merantau mencari sesuap nasi di Malaysia dapat merasakan betapa limpahan rezeki di bumi Malaysia yang dinikmati bagaikan berada dalam negaranya sendiri.Dalam erti kata lain, Malaysia bagaikan rumah mereka sendiri yang mahu dinikmati sehingga akhir hayat. Percayalah Pak….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan