Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar. "Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan," katanya. Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran di Banting hari ini beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berketurunan Cina. Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.(berita penuh, Malaysiakini,15 September 2010) TB: Dalam suasana umat lslam menyambut Hari Raya Aidilfitri seluruh rakyat Malaysia, bahkan tersebar seluruh dunia berita yang menyayatkan, jutawan kosmetik Datuk Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh kejam. Dikhabarkan bahawa mereka dibunuh dengan cara sadis dan amat tragis;dipukul, ditikam, dibelasah hingga mati, dibakar rentung menjadi abu. Abu mayat pula dibuangkan ke dalam sungai. Terfikir kita, apakah ke tahap ini sekarang terdapat segelintir rakyat Malaysia yang bertuhankan wang dan kebendaan sanggup melakukan jenayah kejam yang kurang kita mendengarnya hatta walau dilakukan oleh samseng mafia di Eropah mahupun di USA. Apa sudah jadi dengan semangat SATU MALAYSIA yang sering diucapkan saban waktu oleh para pemimpin utama negara? Apa sudah jadi dengan semangat Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang mana kebetulan jenayah itu dilaporkan berlaku pada 30 Ogos kira-kira jam 10 malam yang kebetulan malam menyambut tanggal 31 0gos hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia@Persekutuan Tanah Melayu yang ke-53? Sayugia diingatikan bahawa pada malam kemerdekaan tersebut kita semua meraikan hari kemenangan negara daripada cengkaman belenggu penjajah termasuk meninggalkan kenangan pahit zaman penyeksaan tentera Jepun menakluki Tanah Melayu yang terkenal sikap ganas Jepun yang mendera termasuk memancung kepala dan sikap kejam pengganas komunis PKM yang menyeksa dan menakut-nakutkan rakyat ketika itu. Dan kini pada malam menyambut ke-53 kemerdekaan negara di sebuah lokasi dalam daerah Kuala Langat tidak jauh dari pekan Banting dalam negeri Selangor Darul Ehsan tanpa kita duga seperti mana yang dilaporkan di semua media tanah air ada berlaku siri penyeksaan kejam yang membawa kematian yang hanya layak dilakukan oleh orang-orang yang tidak waras. Para pelaku yang berwajah binatang berhati haiwan ini sewajarnya segera didakwa dan dihukum setimpalnya jika bersabit kesalahan jenayah kejam dilakukan. Jikalaulah ada undang-undang yang boleh dikenakan bukan setakat digantung sampai mati tentu orang ramai mahukan mereka ini direbus dalam kawah panas atau disula dengan buluh runcing sampai mati. Biarlah mereka tahu betapa azabnya kematian tragis setiap mangsa yang dianiayainya. Walau bagaimanapun di sisi lain, banyak pendapat yang menyarankan agar: 1. Dikaji semula gelaran “Datuk” atau sebagainya kepada individu pemakai gelaran yang terlibat dalam apa jua kesalahan atau perilaku jenayah. 2. Dikaji bahkan diharamkan mana-mana elemen jenayah melampau dalam filem, khususnya dalam FILEM-FILEM TAMIL. 3. Bersetuju dengan saranan Timbalan Menteri di JPM, Datuk T.Murugiah agar kuil-kuil hindu lebih berperanan memberi nasihat dan tunjuk ajar berhubung dengan pendidikan moral di kalangan belia-belia Tamil (lndia). 4. Majlis Peguam/Bar Council wajib memantau setiap masa mana-mana ahli/peguam yang ada didapati cenderung melakukan jenayah dan melanggar etika amalan guaman. 5. Dibendung dan dihapuskan segera elemen gengsterisme di kalangan belia Tamil yang agak tinggi peratusannya walaupun penduduk Malaysia keturunan lndia cuma 8% sahaja. 6. Penjenayah wajib dikenakan hukuman semaksimum yang ada. Tiub Bocor menyerahkan kepada pembaca budiman sekiranya ada cadangan-cadangan. Sebenarnya perbuatan jenayah tidak mengenal ras, kaum atau latar. Sesiapapun boleh melakukannya tidak kira sama ada keturunan lndia, Melayu atau Cina atau kaum-kaum lain. Selagi manusia tidak bertakwa dan beriman maka iblis syaitan menerusi arak, judi, tamak, dendam, kejam dan lain-lain akan terus mempergunakan manusia untuk terus melakukan kejahatan dan kekejaman sesama mereka! |
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.
16 September 2010
KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI: TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan