Permuafakatan NGO Melayu Pahang Bersatu (Muafakat) yang terdiri 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri, hari ini membuat laporan polis terhadap Wee Meng Chee atau lebih dikenali 'Namewee'.
Laporan dibuat ekoran tindakan pemuda dari Muar, Johor, mengulangi perbuatan biadapnya dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Antara 15 NGO terbabit adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Wira Perkasa Pahang dan Alumni Graduan Muda Pahang.
Selain itu, Majlis Belia Daerah, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Majlis Guru Pahang dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).
Pengerusi GPMS Negeri, Wan Emril Nizam Wan Embong yang mewakili 15 NGO terbabit berkata, klip video Namewee itu menyentuh isu perkauman.
"Ia juga telah mendatangkan keresahan di kalangan rakyat berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.
Klip video terbaru berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya, Johor, yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.
Tegas Wan Emril, apa yang dilakukan Namewee merupakan provokasi selain menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.
Oleh itu, Wan Emril mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat perkara itu di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tambahnya, jika kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Namewee, pihaknya bercadang menyaman pemuda itu supaya menjadi pengajaran kepadanya. (baca penuh UM 01/09/2010)
TB: Ada-ada aje…hahaha…Satu Malaysia Menjana Transformasi? Bukan setakat menghafal tema Hari Kemerdekaan sahaja yang kita mahu. Yang kita mahu ialah suatu tranformasi yang lebih ke arah anjakan paradidma dari aspek perubahan… budaya ke arah penambahbaikan, budaya ke arah kesempurnaan dan budaya ke arah ketakwaan. Seringkali kita dengar,sedia maklum, jika ada isu-isu kontroversi, laporan demi laporan polis dibuat. Apapun dari aspek penguatkuasaan undang-undang adakah pelaksanaannya mengikut piawaian lSO?lnilah persoalannya. Negara telah banyak menggubal dan memperkenalkan pelbagai akta dan enakmen bagi menjamin kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan tetapi persoalannya ialah sejauh manakah pelaksanaannya yang menepati cita-cita dan matlamat peraturan-peraturan itu diciptakan. Contoh mudah; bagaimanakah pelaksanaan undang-undang “Membuang Sampah Merata-rata Denda RM500” , “Merokok Di Tempat Awam Denda Rm1000/-“, Pelaksanaan dan pematuhan Perkara 152, Perkara 153(pembaca yang tidak tahu,sila buat rujukan lanjut) dalam Perlembagaan Persekutuan dan banyak lagi. Walau banyak mana pun laporan yang dibuat oleh orang awam kepada pihak berkuasa sama ada PDRM, lmigresen,Kastam, Penguatkuasa PBT seringkali sikap memilih kes yang ada berkepentingan menjadi duri dalam daging dalam sesebuah organisasi dan memberi impak atau kesan kepada kesejahteraan rakyat dan negara pada masa kini dan mendatang. Bahkan yang paling mengecewakan ada pegawai atasan yang telah dinilai mencapai tahap prestasi yang cemerlang dalam kerajaya dan telah dinaikkan pangkat gred tertinggi dalam hiraki jawatannya tetapi mengkhianati amanah yang telah diberikan kepadanya. Alangkah malangnya jika pegawai atasan seperti ini yang dipercayai dan melangkaui pula, pegawai lain yang amanah dan jujur tetapi tidak pandai bermain sandiwara , wujud dalam masyarakat kita yang telah kali ke-53 menyambut hari sorakan kemerdekaan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan