Salam Perjuangan

18 September 2010

SABAH OH SABAH… JANJI PAKATAN KUASAI PUTRAJAYA

Impak ikrar Pakatan Rakyat untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hanya berkesan jika mereka meletakkan calon berwibawa mewakili mereka.

Penganalis politik James Chin percaya faktor calon amat penting, khususnya bagi PKR kerana sejarah silam yang dikongsi oleh rakyat negeri itu dengan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa menjadi timbalan perdana menteri ketika pentadbiran Tun Dr Mahthir Mohamad, Anwar dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan negeri pembangkang pimpinan PBS pada 1994.

Meskipun memenangi pilihan raya negeri Sabah buat kali ketiga berturut-turut, walaupun dengan majoriti mudah, kerajaan PBS terus tumbang apabila pemimpin dan ADUNnya berpaling tadah ke BN.

"Rakyat mempunyai perasan berbelah-bahagi terhadap Anwar tetapi jika PKR boleh mengemukakan calon berwibawa, saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu,” kata Chin ketika dihubungi hari ini.

Ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu pada malam Rabu lalu, Anwar bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berikrar bahawa Sabah akan diberikan autonomi penuh jika Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh Sabah,” kata Anwar yang dipetik The Borneo Post hari ini.

Pemimpin nasional dan negeri Pakatan daripada ketiga-tiga parti - PKR, PAS dan DAP - menghadiri majlis itu tetapi parti bebas SAPP tidak hadir.

Menurut Chin yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Monash, ketidak-hadiran SAPP tidak memberi kesan asalkan semua mereka sepakat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya akan datang.

Katanya, ikrar autonomi itu agak signifikan di Sabah kerana sentimen tersebut masih kuat berhubung perjanjian 20 perkara yang dimeterai semasa pembentukan Malaysia antara Malaya, Sarawak dan Singapura pada 1963 yang terus diketepikan oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun perkara itu kurang berkesan di Sarawak kerana ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya mengurangkan campur tangan persekutuan di negeri itu pada tahap minimum.

"Terdapat lebih banyak campur tangan persekutuan di Sabah kerana kerajaan pembangkang,” katanya yang merujuk kepada PBS.(baca berita penuh Malaysiakini,18 September 2010)

TIUB BOCOR SUDAH BANYAK KALI MENGINGATKAN BAIK APA JUA PARTI PEMERINTAH ATAU PEMBANGKANG USAH BANYAK BERJANJI YANG HEBAT-HEBAT…APA GUNA BERJANJI JIKALAU TIDAK DITEPATI? RAKYAT SEKARANG BUKANLAH DUNGU,BUKANLAH JAHIL.MEREKA MELIHAT PERKARA YANG NYATA DI DEPAN MATA. MEREKA SUDAH MUAK DENGAN PEMBANGUNAN  KOSONG, PEMBANGUNAN HAMPAS YANG MENYEBABKAN RAKYAT JUGA YANG MERANA.INFLASI KIAN MENINGKAT, HARGA SARA HIDUP MELAMBUNG TINGGI, HARGA RUMAH TAK MASUK AKAL, KAPITALIS,LINTAH DARAT MAKIN BERLELUASA, MASALAH MORAL KIAN PARAH, BUANG BAYI,HAMIL LUAR NIKAH, SEKS BEBAS,PENDATANG HARAM DAN TIDAK HARAM, PELANCONG DAN PELENCONG KIAN BERTAMBAH JUTAAN RAMAI SEHINGGA ADA DI PELOSOK PEDALAMAN BUKIT KEPONG JOHOR ATAU DI HULU TERENGGANU ADA DI MANA-MANA JUA  TERMASUK DI BITANGGOR,LUBUK HANTU SARAWAK HINGGA KE KALABAKAN,TAWAU SABAH YANG MENGGUSARKAN RAKYAT RASUAH BUKAN SETAKAT DILAKUKAN PAK PREBET ATAU PAK KOSTABEL JIKA ZAMAN DAHULU TAPI HINGGA YANG SUDAH MENJANGKAU KE GRED JUSA PUN BOLEH RASUAH,PECAH AMANAH DAN PENYELEWENGAN…INI BAHANANYA TENDER DAN PROJEK PEMBANGUNAN  UNTUK TEMBOLOK PARA KORONIS DAN KONCO-KONCO MALAON. RAKYAT JUGA MENDERITA. WAHAI B.N…WAHAI P.R BERHENTILAH POLITIKING…JANGAN MENAMBAH MASALAH…JIKA SABAH DIBERI AUTONOMI…HAHAHA…P.PINANG,PERLIS, JOHOR,MELAKA DAN SEMUA NEGERI PUN MAHU AUTONOMI…BERHATI-HATI MENABUR JANJI JANGAN MEMAKAN DIRI KELAK RAKYAT YANG MENDERITA…FOKUSLAH KEBAJIKAN RAKYAT.ITULAH YANG DIUTAMAKAN!!!!!


Tiada ulasan: