Salam Perjuangan

20 September 2010

DAP gesa Umno henti salah guna Perkara 153….Perkara 152 bagaimana?



DAP mendakwa bahawa Umno telah menyalahgunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk keuntungan kroninya,  dan mendawa tindakan itu melanggar Perkara 8 perlembagaan.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham  berkata Perkara 153 menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong melindungi peruntukan kepada orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak dalam institusi pendidikan dan perkhidmatan awal, untuk biasiswa, dan pemberian permit.

Bagaimanapun, dakwanya, Umno telah memperluaskan skop kedudukan istimewa itu, merangkumi hak-hak lain termasuk perumahan dan kedai untuk dijual dengan diskaun, dan mewujudkan ekuiti korporat, iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan sistem.

Ngeh yang juga ahli parlimen Bruas dan ADUN Sitiawan berkata, tindakan itu bertentangan dengan apa yang telah ditentukan mengikut Perkara 153 dan melanggar Pasal 8 perlembagaan persekutuan, yang menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia adalah sama di segi undang-undang.

Bagaimanapun, tegasnya, majoriti orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak tidak mendapat manfaat daripada perluasan kontrak sosial tersebut.(baca  penuh Malaysiakini,20 September 2010)

TIUB BOCOR tabik kepada Ngeh yang tidak lupa membela nasib orang-orang Melayu yang masih jauh ketinggalan bahkan dalam kemiskinan  dan dalam kemelaratan. ltulah realiti. Namun sudah menjadi resam orang Melayu tidak mahu kemiskinan itu dijaja ke sana sini. Bahkan sikap orang Melayu lebih suka berseloka “biar papa asalkan bergaya”…orang Melayu gemar menunjukkan gah dan hebatnya walau hutang penuh berdaki di tengkuk. 0rang Melayu rela berhutang daripada mengaku papa kedana di pejabat Baitul Mal atau di pejabat Pusat Pungutan Zakat. Dengar khabar mereka nak mengadu pun buat habis air liur sahaja. Namun TB sukalah mengingatkan Ngeh jika nak bercakap atau berceramah jujur pasal perlembagaan Persekutuan bukan sahaja Perkara 153 yang mahu dikupaskan bagi tujuan politik tetapi biarlah 183 perkara dan 13 jadual itu lebih baik….paling kurang pun Ngeh boleh mengulas Perkara 152 yang menyentuh tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan termasuk kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, sebagai bahasa  pengantar dalam sisstem pendidikan kebangsaan dan sebagainya. Ada baiknya Ngeh juga mengkritik betapa tidak hormatnya agensi swasta bahkan ada juga di sektor kerajaan termasuk PBT di sesetengah negeri yang tidak meletakkan bahasa Melayu di kedudukan yang lebih bermaruah dan bermartabat tinggi. Apa guna jika kita tidak mengenali  bandar-bandar di Malaysia  yang menyebabkan kita keliru sama ada berada di Hong Kong, Beijing, Singapura, Manila, Zimbawe atau Nigeria????

Tiada ulasan: