Menurut sejarah yang terukir, sekolah ini telah dibuka pada 1 Disember 1915 dengan nama Sekolah Melayu Sungai Ramal. Pengasas sekolah ini ialah Encik Arshad Bin. Talib, PJK, selaku Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru ( mungkin nama persatuan ketika itu berlainan tetapi seakan-akan PIBG) pada masa itu. Guru Besar yang pertama Encik Dacap Bin Zainal. Jumlah murid pada waktu itu ialah seramai 26 orang sahaja.
Pada tahun 1982, Sekolah Melayu Sungai Ramal telah ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, sempena nama seorang murid sekolah ini yang gugur sebagai seorang wira. Beliau adalah Leftenan Adnan Bin Saidi, anak jati Kajang. Beliau telah terkorban di Bukit Candu, Singapura pada 14 Februari 1942, sehari sebelum Tentera Bersekutu di bawah pimpinan Jeneral Percival menyerah diri kepada tentera Jepun dibawah pimpinan Jeneral Yamashita.
Pada penghujung tahun 1982, bilangan murid sekolah ini meningkat kepada 300 orang. Pada tahun 1994, Bangunan baru 8 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung pertambahan murid. Dalam tahun 1995, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai sekolah gred A dengan bilangan murid melebihi 700 orang.
Seterusnya sekitar tahun 1999, bangunan blok C pula didirikan. Bangunan ini mempunyai 10 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah pusat sumber dan makmal komputer. Pada tahun 2002, sebuah surau telah didirikan bagi menampung keperluan semua warga lslam SKLA. Sehingga sekarang SK Leftenan Adnan semakin berkembang maju menuju kecemerlangan pendidikan.
TB: Tiub Bocor berpeluang melawat sekolah ini pada tahun 2000 (jika tidak silap) kerana menyelia guru pelatih yang menjalani pratikum di sekolah ini. TB sempat beramah mesra dengan Guru Besar ketika itu yang tampak ceria dan bersikap terbuka.
Kesempatan yang terluang TB mencuri-curi pandang keadaan persekitaran sekolah tersebut termasuk kemudahan prasarana,pembudayaan dan iklim sekolah. Jauh di lubuk hati TB sejak itu tertanya-tanya dan berasa amat sayu terkenangkan jasa dan semangat juang seorang anak muda Melayu yang tidak luput dek zaman untuk dikenang, Leftenan Adnan Saidi, pewira bangsa, Askar Melayu DiRaja. Beliau pernah belajar di sekolah ini. Kata-kata hikmat ‘Biar putih tulang, jangan berputih mata’ yang TB baca kisah beliau semasa di bangku sekolah rendah dahulu masih terngiang-ngiang membara di pelipis cuping TB. Namun apabila TB berkesempatan bertanya kepada salah seorang murid di bangku Tahun 5 siapakah Leftenan Adnan, tetapi pelajar tersebut hanya mampu tersengih menggelengkan kepala. Ketika itu, apa yang TB lihat (tidak tahulah sekarang, semangat Satu Malaysia Menjana Tranformasi telah merubah situasi dahulu) tidak ada info yang boleh dan mudah dibaca oleh para pelajar atau para pelawat yang berkunjung ke sekolah tersebut tentang pejuang tulen anak bangsa yang menjadi idola dan legenda tanah air kita. lni yang amat menyedihkan TB hingga terbawa-bawa dan terpanggil-panggil di alam mimpi.Di sini TB sukacita mencadangkan:
1. Warga sekolah sepatutnya berbangga kerana seorang putera watan telah lahir dari sekolah ini dan nama sekolah digazetkan sempena nama beliau. Justeru, pihak sekolah,PIBG dan komuniti masyarakat dengan kerjasama PPD/JPNS dan ATM hendaklah mengadakan aktiviti sempena Hari/Minggu Leftenan Adnan Saidi di sekolah ini dengan mengadakan kegiatan kerohanian(tahlil,bacaan Yassin,doa selamat), pengkisahan tentang perjuangan Leftenan Adnan,pertandingan bercerita, menulis sajak patriotisme tentang Leftenan Adnan, menayangkan filem fiksyen Melayu LEFTENAN ADNAN dan lain-lain lagi.
2. Membangunkan/membina plak platinum yang terpahat catatan bersejarah tentang Leftenan Adnan yang boleh diletakkan/dipamer secara kekal di mana-mana sudut yang sesuai dalam perkarangan sekolah. Dengan ini murid-murid dan pelawat akan berasa semangat patriotisme dan nasionalisme sentiasa wujud apabila berada dalam kawasan perkarangan sekolah.
3. Mempamerkan foto-foto yang berkaitan Leftenan Adnan,keluarga dan sejarah peristiwa pertempuran di Bukit Candu,Singapura (ingat, Singapura adalah sebahagian daripada Tanah Melayu ketika itu).
4. Walaupun sekolah ini telah dibina kembali dengan penambahan bangunan-bangunan baru tetapi lantaran ada nilai sejarah buat warisan dan ingatan generasi kemudian maka adalah WAJIB dan WAJAR pihak pentadbiran sekolah ini mendirikan gerbang atau mencatatkan tahun 1915 di pintu masuk sekolah ini.lni adalah fakta sejarah!Lihatlah SJK (Cina) yang sentiasa mengekalkan tarikh atau tahun sesebuah sekolah mereka mula dibina.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan