BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.
03 September 2011
PEJUANG: USAH DIBURUKKAN
SEJAK akhir-akhir ini wujud trend membimbangkan membabitkan pihak-pihak tertentu yang cuba memburukkan-burukkan imej pejuang kemerdekaan negara.
Bagi mereka tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein dan Datuk Onn Jaafar adalah pengkhianat negara kerana membantu British memerangi komunis.
Walaupun trend seperti ini telah lama wujud khususnya di kalangan segelintir pihak yang memuja perjuangan orang Melayu yang menyertai komunis, tetapi kini golongan berkenaan sudah berani untuk memperkatakan pendirian mereka secara terbuka.
Pihak berkenaan juga seolah-olah mendapat semangat baru berikutan pemimpin parti pembangkang seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sanggup bersekongkol dengan golongan ini.
Kita cukup terkejut dan terkilan kerana Pas yang mengakui sebuah parti Islam turut terperangkap dengan dakyah golongan berkenaan. (sumber:UM, 3/9/11)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan