Ziarah lbu: Gambar Hiasan Sebuah Keluarga |
SINDROM ‘Empty Nest’
iaitu rasa kesunyian dan sedih di kalangan warga emas akibat tinggal
bersendirian di kawasan luar bandar dan berjauhan daripada anak dengan Perak
menjadi negeri paling banyak berdepan masalah itu seperti dilaporkan cukup
menarik perhatian.
Penemuan itu berdasarkan hasil Kajian Penduduk Keluarga Malaysia (KPKM) ke-4 oleh LPPKN serta dipadankan dengan hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Anjli Doshi-Gandhi dilaporkan berkata kira-kira 23 peratus atau 538,000 daripada 2.4 juta warga emas di negara ini mengalami sindrom ‘Empty Nest’ dengan Perak mencatatkan 68,437 orang berdepan masalah itu, diikuti Johor 68,087 dan Sarawak 62,804.

Sindrom itu berlaku
apabila anak berhijrah ke tempat yang lebih membangun sama ada untuk mencari
pekerjaan selari dengan kepesatan ekonomi, melanjutkan pelajaran ataupun sudah
berkahwin hingga ibu bapa rasa kekosongan dan seperti tidak diperlukan hingga
mendorong mereka mengalami kesan sampingan seperti kemurungan dengan kajian
menunjukkan 41.2 peratus daripada mereka mengalami gangguan kepada kesihatan
fizikal dan mental.
Kesimpulan yang dapat dibuat melalui statistik itu adalah
kecenderungan anak di Perak untuk tinggal berasingan daripada ibu bapa termasuk
kerana berhijrah ke tempat lain untuk mencari pekerjaan atau membina hidup baru
amat tinggi selain saiz negeri itu sendiri antara terbesar di negara ini sekali
gus menyumbang kepada banyaknya masalah itu di negeri itu. Pendedahan itu turut
menimbulkan persoalan adakah anak Perak jarang pulang menjenguk ibu bapa mereka
di kampung hingga masalah itu paling serius di negeri itu?
Dalam kes di Perak, berdasarkan pemerhatian, memang benar kadar penghijrahan keluar khususnya golongan muda dari kawasan luar bandar ke kawasan pekan atau bandar lain termasuk ke negeri lain agak serius. Mengambil contoh kawasan utara Perak, kadar penghijrahan golongan muda dari kawasan berkenaan ke Pulau Pinang tinggi kerana mencari pekerjaan di Pulau Mutiara itu yang jauh lebih pesat aktiviti ekonominya hingga menjadi lubuk peluang pekerjaan khususnya di kawasan perindustrian dan perkilangan.
Mereka yang berhijrah terpaksa meninggalkan ibu bapa yang sudah berusia di kampung halaman. Ada juga kes di mana warga emas sendiri keberatan tinggal bersama anak kerana mungkin tidak mahu menyusahkan anak mereka atau sukar membiasakan diri dengan persekitaran hidup di bandar besar.
Penghijrahan seperti ini mungkin satu perkara yang sukar dielakkan, namun sikap segelintir anak yang jarang pulang menjenguk ibu bapa atau sekurang-kurangnya menghubungi mereka melalui telefon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku ketika ibu bapa berasa sepi dan amat merindui anak-anak.
Bagi warga emas yang ditinggalkan, sindrom ‘Empty Nest’ mungkin terubat atau reda apabila anak, cucu dan cicit masing-masing pulang ketika cuti panjang seperti sambutan Aidilfitri lalu atau musim cuti sekolah namun sindrom bersedih, termenung, bermuram dan tertekan kembali mencengkam dan menebal apabila orang dirindui pulang ke rumah masing-masing.(sumber:BH, 23/9/11)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan