APAKAH pendirian UMNO dalam memperjuangkan orang Melayu sudah berubah selepas tsunami politik 2008?
Inilah persoalan yang bermakna di fikiran banyak pihak memandangkan sejarah sudah membuktikan bahawa UMNO turut memerlukan undi bukan Melayu untuk menang dalam pilihan raya.
Bagi menjawab persoalan ini, wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan dan MOHD. ASRON MUSTAPHA menemubual Naib Presiden UMNO, DATUK SERI MOHD. SHAFIE APDAL bagi mengupas pendirian parti itu dalam memelihara kepentingan Melayu meskipun ketika berhadapan dengan persekitaran politik baru ini.
Inilah persoalan yang bermakna di fikiran banyak pihak memandangkan sejarah sudah membuktikan bahawa UMNO turut memerlukan undi bukan Melayu untuk menang dalam pilihan raya.
Bagi menjawab persoalan ini, wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan dan MOHD. ASRON MUSTAPHA menemubual Naib Presiden UMNO, DATUK SERI MOHD. SHAFIE APDAL bagi mengupas pendirian parti itu dalam memelihara kepentingan Melayu meskipun ketika berhadapan dengan persekitaran politik baru ini.
UTUSAN: Bagaimana Datuk Seri melihat kedudukan UMNO hari ini selepas tiga tahun dikejut tsunami politik?
SHAFIE: UMNO sebenarnya banyak berjasa kepada negara kita. Walaupun sekarang ini terdapat usaha untuk menganggu-gugat kesatuan serta perpaduan orang Melayu, UMNO tetap dengan perjuangan terasnya dan kita tidak pernah lari daripada mempertahan kepentingan Melayu.
Malangnya, dalam usaha pihak tertentu untuk menganggu-gugat kesatuan ini, ia bukan hanya datang daripada orang bukan Melayu tetapi turut tumpang sekaki bagi menghancurkan perpaduan bangsa kita ialah segelintir orang Melayu itu sendiri.
UMNO cuba dilumpuhkan oleh parti yang berteraskan pelbagai kaum terutama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Namun jati diri dan prinsip kita tetap tidak berubah, walaupun Pas sudah bersalin kulit apabila membuka parti itu kepada bukan Melayu, UMNO tetap di situ.
Selagi ada Melayu, kita tidak galakkan kaum lain bertapak dalam UMNO. Melayu teras parti ini kerana konsep perkongsian kuasa kita adalah melalui Barisan Nasional (BN) dan terbukti formula itu berjaya membangunkan negara ini.
Secara realistiknya di mana UMNO sekarang? Adakah sudah di landasan tepat untuk terus dianggap relevan membela rakyat dan seterusnya memenangi pilihan raya umum akan datang?
Saya yakin kalau kesedaran di kalangan orang Melayu dapat dipertingkatkan, UMNO sentiasa berupaya memerintah negara kerana kita jangan memandang ringan sokongan akar umbi terhadap parti keramat ini.
Kita mempunyai jutaan ahli yang tidak semudah itu untuk membunuh UMNO. Pada saya UMNO sudah berada di landasan sepatutnya tetapi perjuangan kita sudah tentu memerlukan penyelarasan politik secara berterusan kerana persekitaran politik berubah.
Buktinya kita sudah lihat apabila tujuh siri pilihan raya kecil terakhir semuanya dimenangi UMNO dan BN, termasuk di negeri pembangkang sendiri dan ia bukan diperolehi hasil penipuan sebagaimana didakwa pembangkang.
Ia hasil pertimbangan yang dibuat pengundi selepas membandingkan corak dan kemampuan pemerintahan kita berbanding pembangkang yang diberi peluang mentadbir beberapa negeri selepas 2008 lalu.
Lihat saja apa sudah jadi dengan orang Melayu di Pulau Pinang selepas ditadbir DAP? Kedudukan Islam di Pulau Pinang apa jadi? Keadaan di Kedah dan Selangor macam mana?
Sejauh mana UMNO dapat memberi jaminan bahawa parti ini tidak akan menari mengikut rentak Pas sehingga sanggup melukakan hati orang Melayu?
Pegangan UMNO tidak akan berubah apatah lagi bila ia membabitkan soal kepentingan orang Melayu dan akidah. UMNO sentiasa konsisten dan tidak ralat sedikit pun untuk mendaulatkan perjuangan Melayu.
Kalau ada tuntutan daripada komponen BN sekalipun, kita katakan jangan sampai menjejaskan kepentingan Melayu. Pendirian ini tidak pernah terhakis, maknanya kita jaga segala kepentingan yang terjamin di bawah Perlembagaan.
Soal Pas, saya sendiri sedih dengan perkembangan terkini parti itu sehinggakan dalam isu akidah pun mereka masih nak berpolitik dengan menyalahkan UMNO. Sedangkan isu akidah ini timbul akibat perbuatan musuh Islam.
Sepatutnya, kita sebagai parti Melayu bersatu dalam isu teras seperti ini. Begitu juga dalam isu terbaru yang melanda Pulau Pinang, yang membangkitkan perkara sensitif ialah DAP tetapi yang bertelagah siapa? Sesama Melayu.
Komponen BN khususnya situasi MCA dan Gerakan begitu kritikal, sejauh mana komponen ini dapat membantu BN mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum akan datang?
Parti komponen kena terima hakikat bahawa mereka berhadapan dengan cabaran getir. Belum pernah dalam sejarah sokongan pengundi pudar kepada parti komponen tetapi dalam pada itu, ada juga yang meningkat.
Sokongan masyarakat India kepada MIC meningkat berbanding dengan dahulu tetapi dalam senario sekarang, semua parti komponen termasuk UMNO sendiri harus berpegang pada kenyataan bahawa kalau kita nak terus memerintah selepas pilihan raya umum nanti, kita harus letak calon yang dikehendaki oleh pengundi.
Kita tidak boleh menegakkan benang yang basah dengan mendakwa ini kawasan tradisi parti kami sedangkan rakyat mahu calon yang baru. Semua pihak dalam komponen BN kena terbuka dan kita mesti meletakkan calon yang boleh menang.
Maknanya Datuk Seri setuju perlu ada pertukaran kawasan?
Ya. Semua parti kena melihat dari kerangka realistik. Apa juga kita lakukan perlu ada fleksibiliti bagi membolehkan BN menang di kawasan itu sama ada melalui pendekatan pertukaran kerusi atau sebagainya.
Setiap parti komponen perlu meredakan sesuatu kerusi itu ditandingi oleh mana-mana pihak yang boleh memenangi pilihan raya. Kalau kita berterusan cuba menegak benang yang basah, tidak akan menang kita dalam pertarungan selepas ini.
Kesatuan antara masyarakat hari ini berada pada tahap cukup lemah selepas berlakunya tsunami politik pada 2008. Bagaimana Datuk Seri melihat pembangkang dalam konteks ini?Namun, usaha ini perlu berteraskan semangat perkongsian kuasa. Kalau semua kerusi UMNO bolot mana boleh. Kita mesti ber timbang rasa.
Parti yang dulu mendakwa parti Islam pun hari ini kita lihat sanggup melonggarkan soal akidah bila timbul isu murtad, bantahan terhadap azan dan banyak lagi. Saya melihat pembangkang itu sudah tiada batasan lagi dalam berpolitik. Sepatutnya pembangkang melontarkan idea apa yang mereka boleh lakukan lebih baik daripada apa yang sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan.
Saya bimbang mainan politik pembangkang. Mereka bukan berpolitik berlandaskan perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara. Mereka sanggup memperalatkan agama dan sebagainya.
Jadi, apa mesej Datuk Seri kepada seluruh rakyat dan parti politik terutamanya ketika kita berada dalam bulan kemerdekaan ini.
Jangan terlalu asyik berpolitik. Kalau banyak sangat politik tidak akan ada masa untuk kita mencapai sebuah negara maju menjelang 2020.Saya berharap rakyat dan seluruh parti politik mengambil pengajaran daripada pergolakan di beberapa negara khususnya di Asia Barat dan rusuhan di London baru-baru ini. Kita kena bersatu dan bukannya didorong oleh hasutan dalam konteks agama, kaum dan harta kerana akhirnya ia akan memundurkan negara kita sendiri. Bersatulah untuk memajukan negara dan menghadapi cabaran ekonomi global.(sumber: HDaily, 3/9/11)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan