KAMPUNG Air di Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam telah wujud ratus tahun yang silam.Kampung air ada cerita kisah dan warisan yang tidak kunjung padam; antara tradisi,tragis, kasih sayang dan ikatan persaudaraan.Kampung air di Brunei kini telah menjadi warisan yang dipelihara dan dipulihara serta tersusun menjadi aset tarikan pelancongan.Walaupun pernah berlaku kebakaran, tetapi kini kampung air telah digazetkan pemerintah dan tidak dibenarkan dengan pembinaan rumah-rumah baru.Bahkan kini yang sedia ada diperkemaskan termasuk kini telah ada balai polis, balai bomba, sekolah menengah,sekolah rendah dan masjid.(SILA KLIK DALAM KOTAK TERTERA DI BAWAH UNTUK MELIHAT FOTO-FOTO BERKAITAN)
Penulis Bersama Pemandu Bot Awang Mohamad Sedang Menyusuri Sungai Damuan
|
Dan antara kampung air yang terkenal ialah Kampung Burung Pingai, Kampung Sungai Kedayan, Kampung Pandai Besi dan Kampung Tamoi.Manakala masjid yang terkenal yang terletak di atas air ialah Masjid Pehin Dato'lmam Haji Mokhti,Masjid Jame Kampung Tamoi dan ada beberapa masjid kecil yang lain.
Apabila penulis menyusuri Sungai Damuan yang kaya dengan udang,ketam dan berbagai-bagai jenis ikan air masin begitu mempesona.Alangkah bertuahnya jika sungai yang kaya dengan ikan,udang dan ketam ini dapat dikomersialkan oleh penduduk tempatan dengan lebih aktif.Sepanjang penulis bermudik arah ke hulu sungai ini ini tidak kedapatan pun sesiapa memancingl atau menjala.Tentang mengapa air sungai Damuan ini masin ada cerita legendanya.
Apabila memudiki arah ke hulu sungai ini (penulis menaiki bot laju yang begitu selesa) kelihatan di tengah-tengah sungai yang lebar ini tersergam sebuah pulau kecil berbatu yang dikenali jong batu .Kononnya jong batu wujud akibat kapal Nakhoda Manis yang dimakan sumpah menjadi batu kerana menderhaka terhadap ibunya.Kisah ini seperti kisah si Tanggang di Malaysia atau Malim Kundang di lndonesia.Kapal Nakhoda Manis membawa sarat dengan garam.Dengan sebab sumpahan itu garam tumpah ke dalam sungai.Dan sungai Damuan menjadi masin hingga kini.lni adalah cerita rakyat.Benar atau tidak, wallahualam.
Sepanjang menyusuri di hulunya penulis menemui Makam Diluba iaitu makam Sultan Abdul Karim, salah seorang Sultan Brunei. Kita juga akan melewati lstana Nurul lman,istana bersemayam Sultan Hasanal Bolkiah yang memerintah Negara Brunei sekarang. Yang menarik di hutan bakau yang asli kelihatan monyet-monyet yang berbulu merah yang mana hanya memakan buah-buah hutan sahaja.Terasa sungguh pesona melihatkan telatah sang monyet hingga kian jauh kian terserlah hutan-hutan bakau yang masih dibaluti keasliannya.
Manakala Pasar Kianggeh bukan sahaja terdapat pelbagai jenis hasil pertanian,sayur-mayur,barangan keperluan dapur,berbagai-bagai jenis makanan tradisional bahkan bermacam-macam cita rasa yang menjadi idaman termasuk herba tempatan dan ubatan tradisional. Yang menariknya purata harganya sederhana,tidak mahal bahkan harganya semurah sehingga 50sen dan satu ringgit wang Brunei bagi selonggok ikan atau sayur-sayuran
Penulis berada di Pasar Tamu Kianggeh
Pemandangan penumpang bot singgah di Pasar Tamu Kianggeh
Kesibukannya kian terasa sewal pagi dengan pemandangan hilir-mudik bot-bot laju yang melalui terusan bagai terusan Kota Venice ltaly.Terusan ini terus menuju ke muara sungai yang luas terbentang ke beberapa buah kampung air yang menghadap Laut China Selatan.
Suasana waktu pagi di Pasar Tamu Kianggeh Bandar Seri Begawan
Pasar Tamu Kianggeh yang berada di persisian degup jantung Bandar Seri Begawan,Negara Brunei Darussalam terus hidup segar meniti setiap pagi yang mana setiap pengunjung tidak jemu bertandang untuk membeli-belah barangan keperluan yang dingini dan diidamkan.Penulis yang kini berada di Negara Brunei Darussalam setiap Ahad akan merasakan Pasar Kianggeh bagai pengubat rindu di kejauhan sang perantau (foto & tulisan oleh TB)
1 ulasan:
Alisha suka pergi brunei wlp barangan mahal tapi famili lisa suka melancong ke Brunei
Catat Ulasan