Salam Perjuangan

31 Mei 2011

BERJIMATLAH : TAKRIF BIL ELEKTRIK NAIK


 
Pengguna yang menggunakan kurang 300kW unit tenaga sebulan ataupun mereka yang jumlah bil di bawah RM77, tidak akan terjejas dengan kenaikan tarif elektrik pada 1 Jun ini.

Ini bermakna 4.4 juta atau 75 peratus pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Katanya bagi penggunaan industri yang bervoltage rendah di bawah 200 kW setiap jam atau kurang, kenaikan dalam bil elektrik mereka tidak sepatutnya melebihi 6.2 peratus.

azlan“Gerai-gerai, sebagai contoh, secara kasar bayar tambahan RM4.60. Jika kita bahagikan kepada 30 hari, ia cuma 15 sen sehari,” kata Che Khalib said.

Struktur tarif baru itu terpaksa dilaksankan katanya kerana kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menaikkan harga gas asli kepada pengeluar tenaga pada kadar RM3 bagi setiap mmBtu.

Ini bermakna bil gas TNB akan naik sebanyak RM1.5 bilion.

Meskipun kerajaan membenarkanTNB untuk menaikkan tarif sebanyak dua peratus, Che Khalib berkata syarikat itu terpaksa menanggung bebanan kos yang lebih tinggi bagi menampung operasinya.

TNB membeli arang batu pada harga purata US$80 setiap tan pada suku pertama tetapi membelanjakan purata USD$103.8 setiap tan pada suku kedua 2011.

“Harga arang batu kini mencecah lebih US$120 setiap tan... TNB tidak dapat menampung kos arang batunya buat masa ini.

“Pada 2004, terdapat permohonan untuk menyemak tarif tetapi kerajaan menangguhkannya. Pada 2006, kerajaan meluluskan kenaikan tarif sebayak 12 peratus.

“Pada Julai 2008 kerajaan melaksanakan penyelarasan 24 peratus kepada tarif berikutan kenaikan 123 peratus dalam harga gas asli,” katanya.(sumber: mkini,31/5/11)


23 Mei 2011

MENYELUSURI GEDUNG ILMU

Denai ilmu di tanah Seri Begawan kususuri
Jendela menghijau udara alam memagari
Mekar kelopak taman saujana lestari
Tersergam pesona dewan bagai sita dewi

Kampus kuliah pembangunan melakari
Siswa-siswi riang di kampus pagi
Ada gerak azam hasrat melatari
Setiap warga citra potret santun peribadi
lnstitut Teknologi Brunei kian mendepani hari
Brunei Darussalam UBD menara gading di jantung hati

Dan musim kian mendatang
Universiti Kolej Perguruan Ugama bertandang
Martabat dan harapan terus dijulang
Demi agama terbilang dan warisan gemilang
Bagai kampung air sejarah yang tidak menghilang

Gelojak waktu deras arus bergerak
Gedung ilmumu kian berentak pencak
Omar Ali Saifuddin universiti persada puncak
Sarjana ulama semenda bicara daulah lslamiah
Daulat Tuanku Ke Bawah Menjunjung Duli
Menyelusuri gedung ilmu persis segar mentari!


22 Mei 2011

Terkini : Tragedi Tanah Runtuh : 16 Maut, 9 cedera

Mangsa terakhir tanah runtuh dikeluarkan

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Azman berkata, lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), SMART, Tentera 4 Divisyen, dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya. - BERNAMA ( sumber : BH)

Terkini : Tanah Runtuh Batu 14, Hulu Langat

Kerajaan akan beri RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa tanah runtuh

Kerajaan akan memberi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh membabitkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, petang tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bantuan itu selepas melawat tempat kejadian malam tadi.
Katanya, pasukan penyelamat masih meneruskan operasi bagi mencari mangsa yang masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu.

“Malah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi yang menyedihkan ini,” katanya.( sumber : BH)



TB: TB sekeluarga turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi yang amat memilukan itu.

20 Mei 2011

Akibat 'kata-kata cinta' di Internet

Berbekalkan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta, dua lelaki warga Nigeria melalui Internet berjaya memperdaya seorang wanita Taiwan sehingga mengakibatkan kerugian RM380,000. Kegiatan suspek terbongkar selepas mangsa berusia 43 tahun datang ke negara ini setelah menyedari dirinya ditipu seterusnya membuat laporan di Kedutaan Taiwan, di sini Februari lalu.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, mangsa mengenali suspek yang menggunakan nama John Miller dari United Kingdom melalui laman sosial Facebook sebelum jatuh cinta.
Katanya, hasil perkenalan itu, suspek berjanji untuk memberikan 'hadiah' bernilai 950,000 pound sterling (RM4.65 juta) dan sejumlah barangan kemas, namun tersekat di sebuah ejen syarikat penghantaran di Malaysia.

"Berikutan itu, mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang. Mangsa menuruti kehendak suspek dan menyedari ditipu selepas melakukan transaksi ketiga berjumlah RM380,000," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.Tambah Mohd. Rodwan, hasil laporan mangsa, polis berjaya mengesan suspek menerusi akaun transaksi terbabit sehingga membawa kepada penahanan dua lelaki Nigeria itu, masing-masing berusia 26 dan 39 tahun di Serdang dan Seri Kembangan, Isnin lalu.
Katanya, siasatan mendapati salah seorang suspek ialah pelajar sebuah kolej swasta, manakala rakannya merupakan pelancong.

"Turut ditahan ialah seorang wanita tempatan yang juga isteri kepada salah seorang suspek. Dia turut menjadi dalang dan wanita beranak satu itu juga adalah pemilik sebenar akaun bank terbabit.
"Hasil serbuan di dua buah rumah itu, polis menemui sejumlah barang kemas bernilai hampir RM100,000, peralatan komputer, buku cek, kad kredit serta kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
"Selain itu, beberapa alat telekomunikasi dan wang tunai berjumlah AS$15,000 (RM45,458) dan RM14,000," katanya.

Mohd. Rodwan memberitahu, berikutan penipuan yang dilakukan, suspek telah membuka sebuah perniagaan menyewa kereta mewah di Serdang."Oleh itu, kita telah merampas empat buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM400,000," katanya sambil memberitahu sedang menyiasat lebih lanjut penipuan itu termasuk kemungkinan turut melibatkan warga tempatan.

Mohd. Rodwan mengingatkan warga tempatan supaya berhati-hati berkawan dengan warga asing dan tidak sewenang-wenangnya membuka akaun bank jika diminta sesiapa untuk membantu perniagaan mereka. ( sumber : Ilah Hafiz Aziz/ UM)

KPPK yakin kerajaan bantu guru kelas biasa

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) yakin kerajaan akan menangani rintihan serta masalah yang dihadapi oleh kira-kira 400,000 guru kelas biasa dan memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, guru-guru ini yang merupakan teras pendidik peringkat akar umbi, seharusnya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa, dan menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

Katanya, kenyataan beliau itu adalah sebagai menyuarakan rasa kecewa dan kebimbangan para guru ini dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang membawa berita gembira kepada lebih 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
Yim Pheng berkata, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan tonggak pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan mereka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.
Sementara itu tinjauan rambang mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.
Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.
"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.
Seorang lagi guru yang dikenali sebagai Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperoleh apa-apa manfaat daripadanya.
"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya. — BERNAMA-( sumber : UM)

18 Mei 2011

Harga barang naik ???

Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diminta mengemukakan usul membantah kenaikan harga petrol RON95 dan tarif elektrik pada persidangan perwakilan bahagian masing-masing.
Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak bersetuju kenaikan tersebut dibuat sekarang kerana ia akan membebankan rakyat yang sedang merasai kesan kenaikan harga barang makanan secara purata sebanyak enam peratus, lebih tinggi berbanding kadar inflasi sebanyak tiga peratus.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rem-bau berkata, kenaikan RON95 akan memberi kesan terhadap barangan lain juga kerana ia melibatkan rantaian nilai.

"Pergerakan Pemuda UMNO berpendapat rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol akan menyebabkan mereka terus terhimpit.
"Oleh kerana itu, saya meminta semua Pemuda UMNO bahagian mengemukakan usul membantah kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik pada masa ini," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Zakaria Nordin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Shahrul Ekhsan Othman.

Khairy berkata, beliau akan menyampaikan usul tersebut kepada kerajaan dan terpulang kepada kerajaan untuk memberi pertimbangan terhadap bantahan itu.
"Kalau nak struktur semula subsidi saya setuju tetapi saya tidak setuju ia dibuat sekarang kerana kita tengok harga makanan seperti daging, ayam dan sayur telah pun meningkat dan rakyat rasa terhimpit," katanya.( sumber : UM)

Dukacita Israel tembak kapal


NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty untuk lawatan dua hari ke Amerika Syarikat disambut perwakilan Malaysia di sebuah hotel di New York, semalam. – BERNAMA


OXFORD 17 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Israel menembak kapal bantuan kemanusiaan, MV Finch yang ditaja Malaysia pada awal pagi Isnin lalu sebagai tanda kezaliman rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.
Sambil melahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu, Perdana Menteri menegaskan, tembakan tidak boleh dilepaskan terhadap kumpulan yang membawa bantuan kemanusiaan daripada orang awam tambahan pula tidak bersenjata, walaupun untuk tujuan amaran.
Menurut beliau, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin meskipun menghadapi banyak halangan dan rintangan.

“Saya berasa amat dukacita dengan perbuatan yang begitu angkuh dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis minum teh dengan penuntut-penuntut Malaysia di sini semalam.
Najib mengulas insiden kapal itu yang dipintas dan diserang oleh tentera laut Israel semasa tiba di perairan berhampiran Rafah, Mesir.
MV Finch yang membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza, diserang pada pukul 6.54 pagi waktu Jordan (kira-kira pukul 11.54 pagi waktu Malaysia).

Menurut Najib, tindakan Israel itu menunjukkan bahawa rejim itu akan melakukan apa sahaja untuk terus menekan rakyat Palestin kerana mereka tidak mahu penduduk di Gaza mendapat bantuan.
Mengenai sama ada Malaysia akan menyuarakan bantahan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perkara itu, beliau berkata, negara telah banyak melakukan representasi dan lantang memperjuangkan isu Palestin kepada badan dunia itu, tetapi ia berlalu begitu sahaja.

Rakyat Malaysia jelasnya, begitu gigih dan bersemangat membantu rakyat Palestin yang sekian lama hidup dalam keadaan tertekan dan menderita akibat tindakan kejam dan zalim tentera Israel.
Perdana Menteri mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Britain semalam dan berlepas ke New York, Amerika Syarikat. Beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Britain pada Julai ini. ( sumber : UM)

17 Mei 2011

BERITA BAIK UNTUK SEMUA GURU

Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan."Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan."Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan," katanya.( sumber : UM )

Anwar diperintah membela diri


Anwar Ibrahim diiringi Wan Azizah Ismail keluar dari mahkamah selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berjaya membuktikan kes prima facie ke atas pertuduhan tersebut.

Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti kesemua keterangan saksi dan berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.
Selain itu, katanya, keterangan saksi utama tersebut disokong dengan keterangan doktor-doktor bahawa berlakunya penetrasi zakar serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kedua-duanya berada di kondominium berkenaan pada masa seperti dalam pertuduhan.
Anwar yang tekun mendengar penghakiman selama satu jam 45 minit mulai pukul 9.08 pagi, sesekali menoleh ke arah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang duduk bersama anaknya, Nurul Izzah serta penyokong-penyokongnya di galeri awam sambil tersenyum.
Raut wajahnya juga kurang ceria dan didengar seolah-olah mengeluh apabila keputusan selesai dibacakan oleh hakim tersebut.Mahkamah menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mula memberi keterangan membela diri.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata, Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang jujur dan boleh dipercayai yang memberi keterangan tanpa segan silu atau menokok tambah berhubung kejadian liwat tersebut.‘‘SP1 (Saksi pendakwa pertama - Mohd. Saiful Bukhari) telah disoal balas dengan panjang lebar, SP1 secara konsisten menggambarkan dengan terperinci bagaimana tertuduh memasukkan zakarnya ke dalam dubur pengadu dengan bantuan cecair pelincir.
‘‘Tiada apa yang datang daripada pemeriksaan balas SP1 atau saksi-saksi lain yang boleh mencadangkan bahawa apa yang diberitahu oleh SP1 adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Saya mendapati keterangan SP1 tidak terjejas.
‘‘Saya mendapati SP1 adalah saksi yang bercakap benar dan tanpa segan silu atau menokok tambah dalam keterangannya semasa menjelaskan bagaimana dia diliwat oleh tertuduh pada masa dan tempat sebagaimana dalam pertuduhan,’’ ujarnya.

Beliau sebelum itu berkata, pihak pembelaan cuba menggambarkan pengadu sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dengan mendakwa pemuda itu bukan penganut agama Islam yang baik, datang daripada keluarga yang berpecah-belah termasuk adik perempuannya yang telah kahwin lari selain pengkhianat kepada Barisan Nasional apabila mengundi PKR pada pilihan raya umum.
Hakim Mohamad Zabidin menegaskan fakta-fakta tersebut adalah tidak relevan dalam menentukan kredibiliti pengadu tetapi terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian.
Beliau berkata, mahkamah perlu meneliti hujahan peguam berhubung tingkah laku pengadu seperti tidak lari selepas diliwat sebaliknya makan dan minum bersama tertuduh, melakukan segala arahan tertuduh ketika kejadian, tidak membuat aduan kepada pengawal keselamatan dan tidak membuat laporan polis dengan serta-merta.
Menurutnya, pihak peguam mendakwa tingkah laku sedemikian menunjukkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan mencadangkan pihak pendakwaan menuduh pemuda itu di mahkamah mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu.
Hakim tersebut bagaimanapun berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk beliau menggunakan kegagalan Mohd. Saiful Bukhari melarikan diri, membuat aduan atau membuat laporan polis bagi menunjukkan bahawa kejadian liwat itu tidak berlaku.
Jelas beliau, tidak sukar untuk memahami kenapa pengadu berkelakuan sedemikian kerana dia ketika itu berusia 22 tahun, bukan pekerja biasa tetapi pembantu peribadi kepada tertuduh yang menjadi idola dan dianggap mempunyai karisma selain pengadu diberi layanan istimewa oleh tertuduh malah menghadiahkannya pakaian.

Selepas mendapati kredibiliti Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas dengan tingkah lakunya itu, menurut Hakim Mohamad Zabidin, soalan seterusnya adakah keterangan tertuduh yang mendakwa dia diliwat boleh diterima dan selamat untuk mahkamah memanggil tertuduh membela diri.( sumber : Amiruddin Harun/UM)

Trump tidak bertanding Presiden AS


Hartawan dan pemilik siri realiti televisyen terkenal, Donald Trump semalam mengumumkan dia tidak akan bertanding untuk Parti Republikan bagi mencabar Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tahun depan, sekali gus menghentikan spekulasi sebelum ini.Trump, 64, sejak beberapa bulan lepas secara terbuka menimbang kemungkinan untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden.

Hartawan itu juga turut mencetuskan kontroversi dengan mengatakan tuduhan mengenai tindakan meragukan Obama menyembunyikan sijil kelahiran yang menunjukkan Presiden AS itu lahir di luar negara dan tidak memenuhi syarat Rumah Putih."Saya memutuskan tidak akan bertanding jawatan Presiden selepas berfikir panjang dan mempertimbangkannya dengan teliti.

"Saya lebih ghairah dengan perniagaan dan tidak bersedia untuk meninggalkan sektor swasta," katanya dalam satu kenyataan. - AFP( sumber : UM 17/5/2011)

16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

DOA SEORANG GURU ( SEMPENA HARI GURU 2011)


Ya Allah ya Rahman ya Rahim
berikan rahmat-Mu taufik dan hidayah-Mu
kepada kami di kamar sepi ini
meneruskan bakti seorang mualim di mana jua
agar tidak diselaputi dendam dan sakit hati
hindari karat-karat benci saling memusuhi
sesama insan yang mengotori kasih sayang-Mu

Ya Allah ya Rabbulalamin
di sini kami nyatakan desah bisik kalbu
kepada-Mu Yang Maha Berkuasa
pancarkan sinar-Mu pada nurani kami
agar dalam tawa senda penutup keresahan cuma
tidak mengalpa kami menyebut zikrullah-Mu

Ya Allah ya Rabbulaljalil
dalam lena diselubungi selimut tidur
dalam asyik butir nasi yang kami suap
biarkanlah kami merasakan kesakitan ujian-Mu
merasai kemiskinan dan kelaparan
kegelapan dalam kebodohan dan kelalaian kami
agar menikmati nilai kesenangan dan kesyukuran

Ya Allah Tuhan Yang Maha Perkasa
turunkan kekuatan kesabaran berterusan
pada hati dan tangan yang menadah ke hadirat-Mu
biarkan bisa menghancurkan tembok angkara
agar kaki yang bersila dalam pasrah kepada-Mu
melangkah menegakkan kebenaran ke jalan-Mu
mendidik anak-anak ummah bangsa ke firdausi-Mu

Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengasihani
berikanlah cahaya-Mu di pinggir mata kami
berikanlah suara-Mu di rongga telinga kami
agar dapatlah kami melihat dan mendengar
dunia yang luka dunia yang penuh rona
kerana mutakhir usia ini ada bala bencana

Ya Allah Tuhan seru sekalian alam 
kami yang menunggu di kamar sepi ini
menanti undangan  kawat yang tidak ramah
sedarkanlah kami di penghujung waktu emas ini
mengutip baki permata hayat suatu perjuangan
kerana kami tidak dapat berhenti lagi
pada jalan yang kami pilih ini
di sebuah kerjaya ibadah menuju akhirulkalam. 


RAJIEE HADI
Malaysia.



 Guru Penjana transformasi pendidikan


Salah seorang urus setia Festival Hari Guru Kebangsaan 2011 memberi taklimat kepada beberapa pelajar sekolah menengah yang berkunjung ke pameran sempena festival tersebut di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.


Peranan guru dan pendidik amat diperlukan untuk menyemarakkan aspirasi negara dalam usaha melaksanakan transformasi negara ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi.
Pengarah Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam berkata, guru memainkan peranan amat penting untuk memastikan kejayaan proses transformasi itu tercapai.
Sejajar dengan tema Hari Guru tahun ini, Guru Penjana Transformasi Pendidikan, beliau berharap golongan guru bekerja dengan lebih keras dan bersama-sama membantu kerajaan dalam melaksanakan aspirasi negara kerana hubungan rapat para guru dengan pelajar sejak dari peringkat awal.

“Guru menggalas cabaran pendidikan pada masa kini melalui perubahan transformasi teknologi maklumat. Sikap dan perkembangan minda pelajar juga berubah seiring dengan peredaran masa.
“Semua ini memerlukan pergorbanan guru untuk turut sama bergerak dalam iringan perubahan global,” katanya ketika ditemui di Festival Hari Guru 2011, Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Festival di Tebingan Sungai Kuching itu dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.
Komponen aktiviti sepanjang tempoh festival adalah pameran Hari Guru, pelbagai bentuk pertandingan, jualan dan demonstrasi produk oleh para pempamer.

Turut dianjurkan ialah permainan berasaskan pendidikan, jualan buku dan majalah yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat setempat.
Menurut Abdillah, guru bertanggungjawab mengaplikasi dasar pendidikan negara dengan berkesan di samping menjana transformasi pendidikan negara.
“Festival kali ini diharapkan dijadikan ruang untuk mengetahui catatan pembangunan perguruan di negara ini dalam menghargai perjuangan dan pengorbanan guru dari zaman sebelum, semasa dan selepas era deklarasi kemerdekaan bagi membangkitkan rasa insaf khususnya di kalangan generasi muda,” katanya. (sumber :Mohd Saiful Ishak/ UM/16/5/2011)

15 Mei 2011

Berita gembira menanti guru esok




Para guru bakal menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beliau akan mengumumkan sesuatu untuk mereka sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman tersebut akan menyuntik semangat para guru yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa.
"Insya-Allah ada berita baik akan diumumkan kerana peranan guru amat penting bukan sahaja mendidik tetapi membangunkan negara dalam semua bidang.

"Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya pada sidang akhbar di majlis bersama warga pendidik, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk mukim Beserah di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Muhyiddin memberitahu, kerajaan telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang akan menyediakan peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.
Katanya, terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga kerja terlatih yang merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang dan menuntut komitmen padu daripada warga pendidik.

Tambahnya, tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar.Justeru katanya, dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran.( sumber : UM 15/5/2011)


TB: Kepada semua guru pendidik anak bangsa, TB sekeluarga turut mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.

14 Mei 2011

Orkid Abdullah meninggal dunia


Anak Allahyaham Orkid Abdullah, Nur Shafinaz Mokhtar menabur bunga di pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam AU1 Keramat, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 13 Mei – Penyanyi popular era 1960-an, Datin Orkid Abdullah meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pagi semalam.
Penyanyi berusia 64 tahun yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu berada dalam keadaan kritikal setelah tiga tahun menderita penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sebelum meninggal dunia.
Jenazah Orkid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat di sini selepas solat Asar.
Menurut anak ketiganya, Mohd. Noor Shafri, 35, ketika arwah menutup mata, keempat-empat anaknya berada di sisinya.
“Sejak dimasukkan ke hospital semalam, kami difahamkan ibu hanya mempunyai sekitar 20 peratus sahaja harapan untuk pulih. Doktor beritahu jika keadaannya masih sama, kami perlu bersedia dan ternyata Allah lebih menyayanginya,” jelas beliau ketika ditemui di pekarangan Masjid Al-Ansar, Taman Keramat di sini hari ini.
Tambahnya, ayahnya, Datuk Mokhtar Omar, 70, yang turut ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan sempat menziarah jenazah ibunya.
“Ayah sempat melihat wajah dan mencium dahi ibu buat kali terakhir. Ibu ada berpesan kepada kami agar menjaga ayah yang dimasukkan ke hospital sejak 4 Mei lalu,” katanya.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah rakan-rakan artis antaranya Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Yusni Hamid, Datin Umi Kalthum, Aspalela Abdullah, Nadiah Aqilah Bajuri dan Zalifah Ibrahim.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Fatimah Ahmad yang mewakili Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada bidang seni tanah air.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham. Selama ini beliau banyak memberi sumbangan kepada bidang seni dan saya berharap ahli keluarganya tabah,” katanya yang memberitahu kementerian turut memberi sumbangan RM5,000 kepada keluarga Allahyarham.
Sementara itu, Aspalela berkata, Orkid yang dikenalinya adalah seorang yang jujur.(sumber : UM/13/5/11)

Caj tinggi, pengguna jadi mangsa

 Isu pemandu trak tunda bersikap ganas serta mengenakan caj melampau ala mafia, bukan lagi rahsia. Seringkali, pengguna yang mengalami situasi itu tidak tahu kepada siapa mahu mengadu.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya terpaksa mengikut kemahuan pihak trak tunda yang hadir tiba-tiba adalah disebabkan tindak tanduk mereka yang ganas dan memaksa.

‘‘Pihak kami menerima pelbagai aduan melibatkan keganasan yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan trak tunda seperti seorang gangster apabila menolak tawaran mereka bagi menunda kereta kerana caj yang terlalu mahal.
‘‘Keganasan itu bukan sahaja kepada mangsa, malah ada kes melibatkan pergaduhan membabitkan dua pemilik trak tunda akibat merebut pengguna, menunjukkan mereka ini mempunyai sindiket jenayah ,” katanya kepada Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini.Tambah beliau, ada juga aduan pemilik kenderaan yang diterima mendakwa terlihat kesan minyak di lokasi kemalangan.

Lebih malang lagi, apabila mangsa ke balai polis untuk melaporkan kejadian kemalangan tersebut, mereka tidak mendapat layanan sewajarnya.
‘‘Sepatutnya pegawai polis menyiasat laporan itu dengan meneliti keadaan tempat kejadian terlebih dahulu dan bukannya segera membuat andaian.
‘‘Keadaan itu menyebabkan timbul persepsi akan hubung kait pegawai tertentu dengan pemilik kereta tunda sehinggakan pengadu hilang keyakinan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Sehubungan itu, Jacob menggesa pihak berkuasa meneliti isu itu dengan mendalam memandangkan jumlah kemalangan di negara ini amat tinggi.
Beliau turut mencadangkan kerajaan mewujudkan undang-undang khusus melindungi hak rakyat.( sumber : UM)

09 Mei 2011

CUEPACS harap pelarasan gaji disegerakan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempercepatkan pelarasan gaji 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, permohonan untuk pelarasan gaji itu telah dibuat dua tahun lalu bagi mengurangkan beban ahlinya ekoran kenaikan harga barang.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak bermaksud mendesak kerajaan untuk berbuat demikian kerana memahami kedudukan kewangan negara dan sedar ia akan turut memberikan kesan kepada pekerja swasta.
“Kita sedar kenaikan harga barang adalah di luar kawalan dan kalau gaji kakitangan awam naik, kita bimbang ada golongan akan turut menaikkan harga barang dan bagaimana pula dengan bukan kakitangan awam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Alternatif PTK oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di sini hari ini.Omar diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa kakitangan awam akan menerima pelarasan gaji dalam masa terdekat.

Beliau berkata, langkah itu juga untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam yang bekerja sambilan kerana rekod menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada 730,000 kakitangan awam kelas sederhana melakukan kerja sambilan.Katanya, CUEPACS tidak mahu kakitangan awam mengutamakan kerja sambilan sehingga menjejaskan produktiviti tugas hakiki mereka.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses terakhir untuk menyiapkan sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
“Kira-kira 90 peratus sistem penilaian baru itu telah siap dan kita akan berbincang buat kali terakhir dengan JPA Selasa ini bagi melengkapkan sistem penilaian baru itu,” katanya.(sumber :UM 9/5/2011)

07 Mei 2011

Kagum Kemala gigih berkarya

SASTERAWAN, penyair dan penulis esei Kemala atau nama penuhnya, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, 70, baru-baru ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemenang Anugerah Sasterawan Negara ke-11.

Kemala adalah penyair tersohor tanah air yang mengabdikan diri dalam dunia penulisan khususnya puisi lebih 40 tahun. Kemala anak kelahiran Gombak, Selangor, guru sekolah rendah hingga mencapai tahap pegawai penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka kerana kegigihannya menimba ilmu dari satu ijazah ke satu ijazah hingga memperoleh sarjana kedoktoran (Doktor Falsafah).

Beliau kini Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Jika tidak silap, saya pernah bertemu Kemala pada 1998 ketika kami sama-sama menuju ke dewan seminar pengajian siswazah di Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada waktu itu saya dan Kemala sebagai siswa calon PhD di UKM. Saya kagum dengan kegigihannya sebagai mahasiswa walaupun sebagai calon separuh masa dan senior.

Saya bangga dengan Kemala yang terus meniti dan menapak mengikut arus zaman.
Beliau juga terus berkarya di alam siber dan membentang kertas kerja tanpa mengenal usia.
Yang nyata, karya beliau baik dalam puisi atau genre lain bukan saja memiliki nilai estetika bahasa bahkan turut menyuarakan keluh-kesah dan suara hati golongan marhaen dan rakyat terbanyak.

Jika Kemala memiliki kriteria dan syarat dalam pencalonan tokoh guru negeri atau kebangsaan, maka saya tidak teragak-agak juga mahu mengesyorkan agar beliau dicalonkan sebagai Tokoh Guru; tidak kiralah sama ada peringkat negeri atau kebangsaan.

Syabas, Kemala. Saudara adalah contoh dan ikon sebuah kejayaan anak semua bangsa.

(sumber: DR RAJIEE HADI, Presiden Pendidik, Berita Harian 7/5/2011)

SINGAPORE VOTE DAY: TODAY BY ELECTION

PARTI-parti pembangkang di Singapura berharap dapat meluaskan lagi bilangan mereka dalam Parlimen  dengan memberi saingan paling hebat terhadap Parti Tindakan Rakyat PAP).

PAP yang mentadbir Singapura sejak 1959 dijangka akan mendapat undian majoriti selepas memenangi 82 daripada 84 kerusi pada pilihan raya 2006 namun ia bimbang dengan rasa tidak puas hati pengundi terhadap kos tinggi kehidupan, polisi imigresen dan sebagainya.

Hampir separuh daripada 2.2 juta pengundi akan mengundi buat pertama kali, disebabkan banyak kerusi dimenangi tanpa bertanding dalam pilihan raya selama ini.Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang memohon maaf semalam berhubung beberapa kesilapan dasar dan kekhilafan termasuk kes militan berjaya meloloskan diri dari penjara pada 2008, gagal membendung banjir tahun lalu, harga rumah yang tinggi dan kereta api metro yang sesak.

"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk anda dan sekiranya ia memberi masalah kepada anda, kami meminta maaf," kata Lee.PAP kini berhadapan dengan cabaran terbesar sejak 1960 apabila menyaksikan 82 daripada 87 kerusi yang dipertandingkan, ditentang oleh calon-calon parti pembangkang yang berpendidikan tinggi, usahawan, bekas pegawai kerajaan dan bekas aktivis PAP sendiri.

Inflasi, persaingan ekonomi dari imigran dan pekerja asing, serta jurang yang membesar antara kaya dan miskin, telah menjadi bahan utama kempen pilihan raya kali ini.
Menurut Menteri Luar Negaranya, George Yeo, terdapat 'kebencian' oleh sesetengah pihak terhadap kerajaan dan dasar politik yang dilaksanakan.

"PAP perlu melihat lebih jauh ke dalam mengenai parti itu sendiri dan bagaimana ia mentadbir kerajaan," kata Yeo dalam akhbar Straits Time yang disiarkan Jumaat lalu.
Sementara itu, seorang bekas penggubal undang-undang Singapura, Siew Kum Hong berkata, pihak pembangkang telah melakukan tugas mereka dan kini memberi fokus terhadap misi yang ingin dicapai di samping memberi saingan kepada PAP."PAP kini dilihat telah 'kehilangan' sentuhan pengundi," ujar Siew. -
(sumber : AFP)

06 Mei 2011

Lancang Yang Terapung



Lancang itu telah mengibarkan sauh dalam pelayarannya
beberapa kurun zaman yang telah hampir dilupakan
menjejaki pantai daratan nusa dan pangkalan
mengibarkan panji-panji kebesaran dan ketakwaan
meredah belantara lautan gelombang petualang
onak ragam duri menikam di setiap penjuru alam

Lancang itu telah membelah samudera membentang
beberapa kurun zaman yang telah hampir dilupakan
dari pulau ke pulau nusa menjunjung  mahkota daulat
setelah melimpah darah syahid para syuhada
kental menyebar syiar menewas dendam petualang


Lancang itu telah mengumpulkan ribuaan cetera
balada sengketa perang saudara dan ancamana penjajah
di pesisir tanah gembur sungai hijau hutan subur
bumi anugerah Ilahi melimpah-ruah junjungan duli
dan lancang itu yang berkurun zaman kembaranya
kini menuju ke rumah-Mu ya Rabbi, di dunia hakiki!



RAJIEE HADI
Bandar Seri Begawan
12 Jun 2008
(Bahana, Julai 2009)      


*sajak ini pertama kali disiarkan dalam majalah Bahana,DBP Brunei,Julai 2009*

DIA MEMUNGKINKAN SEGALA




Ada ketikanya laksana taufan
deru mendesah resah tanpa diduga
pepohon yang rimbun pesona aman
dia membuatkan tingkah menggila

Tanpa mengira warna suasana
membuatkan diri ini kerap waspada
walau kadangkala alpa jua sewaktu
dalam belai girang bersemenda keluarga
ada gula manis bagai cuka


Benarlah madah pujangga
hidup biar bermula penghujung sederhana
kerana lidah bicara tanpa diramal semesta
waktu detik berputar memungkinkan segala
ada badai bagai serigala

Sebenarnya dia telah diutuskan Rabbul-Jalil
menguji kesabaran pelayaran ini
ada pulau senandung di hadapan kita
yang membolehkan aku menulis puisi
bait-bait dia seribu misteri.


RAJIEE HADI
MPI, BANGI
15 Januari 2004 ( sajak ini disiarkan pertama kali dalam Tiub Bocor Dialy, 6 Mei 2011)




PULANG KE DESA,
MENJELANG PILIHAN RAYA

Masih ada
hutan dara di desaku
bukit gunung yang kebiruan
kabus pagi yang segar kedinginan
jalan berturap dan merah terbentang
saling bertentang dalam kedamaian

Ada nyaman
tersimpan segar
udara pesona idaman
nasi lemak kuih- muih asli kampungan
juadah pagi enak bersantai keluarga
jentera roda di jalan besar
sesekali mencuit degup kota

Pulang ke sebuah desa
di sebalik banjaran kecil
menghijau tatap tanah air
penghuni menjunjung rukun insani
matahari tersenyum dunia
ada indah bianglala di sebalik sana.


RAJIEE HADI
Tangkak-Muar, 2004
(puisi ini belum disiarkan di mana-mana media)

PUSPAKOM JANGAN BEBANKAN RAKYAT

BANK  Negara mengumumkan bahawa loading premium insurans yang dikenakan ke atas kereta yang berumur lebih daripada 10 tahun dimansuhkan. Ini sudah tentu merupakan berita gembira bagi rakyat kerana mereka kini bebas dari satu beban yang membelenggui mereka berikutan kos sara hidup yang makin meningkat.

Malangnya, beban tersebut digantikan pula dengan beban yang baru, iaitu pemilik kereta berkenaan perlu membawa kereta mereka bagi menjalani pemeriksaan di Puspakom. Jika tidak, mereka tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta masing-masing.

Objektif langkah ini adalah bagi memastikan keselamatan di jalan raya. Jika itu matlamatnya, maka tiada salahnya para pengguna dibenarkan membuat pemeriksaan di mana-mana bengkel yang terletak berdekatan rumah mereka dan bukannya diwajibkan menjalankan pemeriksaan itu di Puspakom.

Umum mengetahui bahawa apabila sesebuah entiti diberikan hak monopoli dalam mana-mana sektor sekalipun, maka buruklah akibatnya, terutama sekali kepada para pengguna. Kewujudan monopoli akhirnya akan menyebabkan ketidakadilan berlaku terhadap pengguna, termasuk dari segi harga dan syarat-syarat yang dikenakan ke atas mereka.

Maka saya menyeru kerajaan agar mencari jalan lain bagi mencapai matlamat mengurangkan kemalangan jalan raya dan bukan melalui cara yang membebankan rakyat. Kalau pun pemeriksaan perlu dilakukan, ia sepatutnya boleh dilakukan di mana-mana bengkel yang terletak berdekatan rumah masing-masing.(sumber: Hayati Sidek)

KPT: PENSYARAH MESTI ADA PhD....

SEMUA institusi pengajian tinggi awam (IPTA) disaran menetapkan kelulusan doktor falsafah (PhD) sebagai kelayakan asas untuk menjadi pensyarah.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia bagi memastikan sasaran 75 peratus pensyarah berkelulusan PhD mengajar di universiti penyelidikan dan 40 peratus di universiti lain tercapai."Peningkatan jumlah tenaga pengajar berkualiti merupakan salah satu elemen dalam usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi (IPT).

"Oleh itu kementerian akan terus membantu IPT meningkatkan kelayakan ahli akademiknya ke peringkat PhD," katanya menjawab soalan Senator Dr. Syed Husin Ali pada sidang Dewan Negara.
.
Saifuddin berkata, Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan IPT menarik tenaga pengajar yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran khusus dari luar negara.

"Kementerian telah mewujudkan insentif untuk menarik pakar luar menjalankan penyelidikan di IPT dengan menyediakan pakej yang menarik melalui kontrak perkhidmatan.

"IPT juga boleh menarik bakat-bakat dari industri tempatan untuk menyumbang sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan bagi mengurangkan kos membiayai tenaga akademik luar yang kebiasaannya mengenakan bayaran tinggi," katanya.(sumber:3/5/11)

TB sokong! Sayugia dimaklumkan pensyarah KPT yang bertugas di IPTA ini bukan hanya bertugas di universiti-universiti awam sahaja tetapi ada juga yang bertugas di politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti.Soalnya apakah politeknik dan kolej komuniti bukan dikategorikan IPTA walau sebumbung di bawah KPT? Atapun mereka mempunyai mimpi yang lain-lain walaupun sebantal?

lnilah  persoalannya  dan dilema serta isu ke manakah hala tuju nasib pensyarah di Politeknik dan Kolej Komuniti yang dikatakan  berstatuskan IPTA juga kerana sebumbung di bawah KPT.Elaun dan kebajikan skim pensyarah mereka tidak sama bahkan bagaikan dianaktirikan jika dibandingkan yang bertugas di universiti.

Namun ada juga para pensyarah yang berkelayakan akademik Master dan PhD tetapi 'perpindahan' dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengusung bersama gred 41,44,48 dan seterusnya.Pengambilan pensyarah baru/muda pula rata-ratanya cuma memiliki ijazah pertama dengan menerima gred 41. Namun masih ada juga 'PENGARAH' di politeknik yang cuma hanya memiliki ijazah pertama tetapi meraih gred 54 dan Jusa C ke atas. Begitu juga pengarah di kolej komuniti yang premisnya di celahan deretan kedai berstatuskan Pengarah gred 48 atau mungkin ada yang gred 52.

Apa yang TB persoalkan, dalam keghairahan KPT mensasarkan hanya pemegang PhD untuk jawatan pensyarah di IPTA/KPT sesekali jengok-jengoklah senario di politeknik/kolej komuniti tenaga pensyarah dan ketua jabatannya dari segi kelayakan akademik, skim gred pangkat, skim tangga gaji,elaun dan kebajikan serta galakan dan sokongan para pensyarahnya untuk terus meraih ijazah PhD.

Apakah para pensyarah politeknik dan kolej komuniti KPT seluruh Malaysia tidak bercadang bergabung dan bersatu hati menubuhkan kesatuan sekerja untuk staf akademik mereka bagi memperjuangkan hak-hak ikhtisas dan kebajikan mereka?

Silakan dan selamat  YB Datuk Seri Menteri KPT meninjau dan memberi perhatian ini. Terima kasih.(TB)

05 Mei 2011

Rosmah Mansor pre-school outfit accused of 'meddling'

AN association representing educationists has voiced out against the Permata programme spearheaded by the wife of the prime minister Rosmah Mansor , saying the body has overstepped its boundary by intervening in several ministries' scope of work.
Dr Rajiee Hadi, president of PENDIDIK, the Malay acronym of the Education Practitioners Association, said the government-financed pre-school programme had undermined the existing pre-school programmes by the Education ministry.
“Permata Negara project aims to train children who are categorised as smart in pre-school. This project seems to dispute and belittle the existing pre-school programmes organised by Education Ministry.
"This also includes other pre-school programmes run by the Women, Family and Community Development ministry under its children's nursery (Kemas),” said Dr Rajiee.
According to Dr Rajiee, the Permata project mimicked the now discontinued practice of accelerating 'smarter' children to bypass classes, an idea mooted by Rosmah's husband when he served as the Education minister years ago.
“Is this a manifestation of a return to such a practice??” asked Dr Rajiee.
Rosmah's infant Permata programme received RM111 million in the 2011 Budget
Saying Permata's objectives have long term implications, Dr Rajiee warned the programme would widen the gap between the poor and rich children and contradict the national education policy which aims to close social gaps and forge unity.
“We do not want this project to isolate children from the realities of the world,” he said, adding that education was "a life-long learning process" and being smart at the early stage would not determine the end results.
He said young children should not be taught to remain in different social classes, with gaps "between the rich and poor, between the urban and rural, between minister’s and civil servants' children, between the smart and not so smart".
He also questioned the huge budget of RM111 million recently allocated for Permata.
"Imagine if this RM111 million is channeled to help poor students at the higher institutions of learning," he added.(Harakahdaily.net)

ANWAR DALAM RUMAH KACA

TB berkesempatan menghadiri mendengar pidato Anwar @ DSAI buat pertama kali di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus Lembah Pantai Kuala Lumpur,1976. Sewaktu itu Anwar amat popular dan sangat dikagumi kerana merupakan tokoh gerakan mahasiswa dan ikon anak muda  pascademontrasi mahasiswa era 'Mahasiswa Menggugat'. Seingat TB, Anwar ketika itu baru dibebaskan dari Kem Tahanan Kemunting, Taiping,Perak (ISA).

Pidato Anwar bergema dan bersemangat. Dewan kuliah ketika itu melimpah-ruah dek kehadiran para penyokong yang agak ramai. TB dapat mencelah hadir di tengah-tengah gegak-gempita, tempik-sorak, riuh-rendah orang ramai mahu melihat Anwar yang pidatonya bagaikan Bung Karno/Sukarno.

Begitulah Anwar yang berkarisma dan memiliki aura spiritual tersendiri. Sejak pertama kali TB melihat sosok tubuh dan pidato Anwar maka sejak itulah Anwar terus meniti ke puncak jaya atas jenama DSAI di persada politik dan kabinet tanah air.

Anwar dan legasi ABIM yang diasaskan bersama rakan-rakan 'brother' seperti Sanusi Junid, Fadzil Noor  (Allahyarham),Kamaruddin Jaafar, Harrusani Zakaria dan lain-lainnya  memberi impak dan warna kepada pemikiran anak-anak muda ketika itu; termasuk TB. Atas kelicikan,kepintaran, berpengaruh dan amat berpotensi maka membuat Dr Mahathir Mohamad tertawan dan mempelawa Anwar menyertai  UMNO 1982. Anwar mula terserlah dalam UMNO apabila tapak pertamanya sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah berjaya menewaskan  Ketua Pemuda ketika itu  Haji Suhaimi Kamaruddin  pada tahun yang sama.

Dipendekkan cerita, Anwar di sisi lain pernah dan terus berkawan dengan rakan-rakan dalam perjuangan ABIM yang lain seperti Sidik Fadzil, Sidek Baba, Mohd Nor Manuty dan ramai lagi. Anwar juga berkawan dan bijak mendekati tokoh-tokoh akademik luar negara dan tempatan seperti Dr Awang Had Salleh,  Dr Chandra Muzaffar, Dr Nik Safiah Karim dan para seniman dan penulis tanah air.

 Begitulah Anwar yang terus mesra dengan badan-badan  bahasa dan kesusasteraan seperti Pena, Gapena dan PLM (Persatuan Linguistik Malaysia) dan   gerakan-gerakan belia seperti Majlis Belia Malaysia yang ketika itu diterajui oleh anak-anak muda seperti Suhaimi lbrahim dan Saifudin Abdullah.

Namun Anwar di sisi lain ketika bersama dalam dakapan mesra kasih dan belaian UMNO dan menerajui beberapa pos penting dalam kabinet masa lampau beliau juga berkawan dengan Nallakurupan teman sepermainan tenis,  Shazryl Eskay Abdullah, ahli perniagaan dan ahli fisioterapi dan nama-nama lain yang kita tidak ketahui sama ada yang nyata atau tersembunyi.

Bukan TB menuduh kawan-kawan Anwar ada yang tidak baik akhlaknya.Bahkan ramai juga yang baik akhlaknya. Tetapi Anwar terlupa bahawa 'dalam kehidupan ini, ujian diberi sama ada disedari atau tidak, sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesengsaraan' kepada hamba-hamba-Nya.

Bak kata pesan bijak bestari 'pergaulan membentuk peribadi seseorang'.Dan tidak mustahil setiap manusia boleh kembali ke pangkal jalan dan bersedia bertaubat selagi nyawa belum diundang oleh lzrail atas titah Allah Yang Maha Berkuasa. Baik benar atau betul ataupun palsu atau tipu daya, hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui. Sama-sama kita berserah kepada Yang Khaliq!(-TB)



DR. RAJIEE HADI: KEMALA DI SISI LAIN

SASTERAWAN dan penyair- eseis Kemala atau nama penuhnya Dato Dr Ahmad Kamal bin Abdullah, 70  diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia sebagai pemenang Anugerah Sasterawan Negara (ASN) ke-11.

Kemala yang bakal  dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-11 kelak ialah penyair tersohor tanah air yang telah mengabdikan diri dalam dunia penulisan khususnya puisi lebih daripada 40 tahun!

Kemala anak kelahiran Gombak, Selangor Darul Ehsan,guru sekolah rendah hingga mencapai tahap seorang pegawai penyelidik di DBP lantaran kegigihannya menimba ilmu meraih dari satu ijazah ke satu ijazah hingga memperoleh sarjana kedoktoran (Doktor Falsafah).Kini Kemala ialah Sarjana Tamu di UPM Serdang.

Seingat saya, jika tidak silap  pernah bertemu Kemala pada tahun 1998 sewaktu saya dan beliau bersama-sama menuju ke dewan seminar pengajian siswazah di Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan UKM. Pada waktu itu saya dan Kemala sama-sama sebagai siswa calon PhD di UKM. Saya kagum dengan kegigihan dan kesungguhannya sebagai seorang mahasiswa walupun sebagai calon separuh masa dan senior.
Begitulah antara lintasan pemerhatian  saya ke atas Kemala yang gigih bukan setakat sebagai seorang penulis-penyair tetapi sebagai seorang peneliti, penganalisis dan pengkritik kesusasteraan Melayu yang berwibawa.

Saya amat berbangga dengan Kemala. Dari seorang guru biasa lepasan MPSI /SITC beliau terus meniti dan menapak mengikut arus zaman khususnya dalam zaman ledakan teknologi maklumat. Beliau juga terus berkarya di alam siber dan membentang kertas kerja tanpa mengenal usia.Yang nyata, karya-karya beliau baik dalam puisi atau genre lain bukan sahaja memiliki nilai-nilai esteteika bahasa; bahkan turut menyuarakan keluh-kesah dan suara hati golongan marhaen dan rakyat terbanyak.

Jikalaulah Kemala memiliki kriteria dan syarat-syarat dalam pencalonan tokoh guru negeri atau kebangsaan maka saya tidak teragak-agak juga mahu mengesyorkan agar beliau juga boleh dicalonkan sebagai Tokoh Guru; tidak kiralah sama ada peringkat negeri atau kebangsaan.

Syabas, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah. Saudara adalah contoh dan ikon sebuah kejayaan anak semua bangsa! (sumber: Harakahdaily: 4/5/11)

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia (Pendidik/PPPM)

03 Mei 2011

KEMALA: SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KERANA ASN KE-11

SASTERAWAN dan penyair- eseis Kemala atau nama penuhnya Dato Dr Ahmad Kamal bin Abdullah,70 tahun, diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia sebagai pemenang Anugerah Sasterawan Negara (ASN) ke-11. Kemala yang bakal  dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-11 kelak ialah penyair tersohor tanah air yang telah mengabdikan diri dalam dunia penulisan khususnya puisi lebih daripada 40 tahun!

TB kagum Kemala bukan sahaja sebagai seorang sasterawan tetapi sebagai seorang sarjana yang meningkat pencapaian akademiknya dari seorang guru sekolah rendah hingga mencapai tahap seorang pegawai penyelidik di DBP lantaran kegigihannya menimba ilmu meraih dari satu ijazah ke satu ijazah hingga memperoleh sarjana kedoktoran (Doktor Falsafah).Kini Kemala ialah Sarjana Tamu di UPM Serdang.

Seingat TB, jika tidak silap  pernah bertemu Kemala pada tahun 1998 sewaktu TB dan beliau bersama-sama menuju ke dewan seminar pengajian siswazah di Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan UKM. Pada waktu itu TB dan Kemala sama-sama sebagai siswa calon PhD di UKM. TB kagum dengan kegigihan dan kesungguhannya sebagai seorang mahasiswa walupun sebagai calon separuh masa.Begitulah antara lintasan pemerhatian TB ke atas Kemala yang gigih bukan setakat sebagai seorang penulis-penyair tetapi sebagai seorang peneliti, penganalisis dan pengkritik kesusasteraan Melayu yang berwibawa.

TB berbangga dengan Kemala. Dari seorang guru biasa lepasan MPSI (?) beliau terus meniti dan meniti mengikut arus zaman. Jikalaulah Kemala memiliki kriteria dan syarat-syarat dalam pencalonan tokoh guru negeri atau kebangsaan maka TB tidak teragak-agak juga mahu mengesyorkan agar beliau juga boleh dicalonkan sebagai Tokoh Guru; tidak kiralah sama ada peringkat negeri atau kebangsaan!

Syabas Sdr Kemala @ Dato Ahmad Kamal bin Abdullah anak kelahiran Gombak, Selangor Darul Ehsan.

Catatan: TB juga ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia (Pendidik/PPPM)

BENGGALI@ PUNJABI @ SIKH MALAYSIA: KAUM PALING MINORITI TIDAK TERSISIH

KERAJAAN memberi jaminan bahawa kaum minoriti di negara ini tidak akan tersisih serta terpinggir daripada arus pembangunan negara kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau sebaliknya berkata, golongan itu tetap akan menjadi rakan kongsi kepada kerajaan berdasarkan ikatan gagasan 1Malaysia kerana mereka juga merupakan kumpulan rakyat Malaysia yang perlukan kepada pembelaan.

Contoh terbaik, beliau berkata, bagaimana kerajaan membela serta menjaga kebajikan kaum Sikh walaupun jumlah mereka sedikit berbanding kaum lain. ''Kaum Sikh juga merupakan golongan rakyat yang memerlukan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan. Bagi saya, mereka adalah rakan kongsi kerajaan.
''Justeru, sebagai Perdana Menteri, saya perlu mendekati Kaum Sikh dan salah satu caranya ialah bersama-sama dengan kaum Sikh menyambut Hari Vaisakhi,'' katanya ketika berucap pada rumah terbuka Hari Vaisakhi di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Yang Dipertua Pertubuhan Sikh Naujawan Sabha Malaysia, Amarjit Singh.
Najib di dalam ucapannya turut menyentuh sumbangan kaum Sikh kepada pembangunan negara walaupun bilangan mereka di negara ini kurang.''Baik dalam perjuangan untuk kemerdekaan negara mahupun dalam pembangunan negara, sumbangan komuniti ini adalah tidak ternilai.

''Jika kita lihat dalam mana-mana bidang atau pekerjaan utama negara, pasti ada sekurang-kurangnya seorang Sikh yang telah menempuh kejayaan dan menyumbang bakti kepada negara,'' ujarnya.
Beliau juga turut mengumumkan persetujuan kerajaan memberi tiga tapak tanah di Wilayah Persekutuan bagi dibina tiga gurdwara iaitu rumah ibadat bagi kaum Sikh. (sumber:UM,3/5/11)

TB sukacitanya memberitahu hanya 'kaum Benggali' sahaja ada di Malaysia. Pembaca janganlah terkejut atau ada yang marah kepada TB pula. TB pun ramai kawan lama yang terdiri daripada kaum ini sejak TB melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur pada tahun 1976 dan kemudian di UPM,Serdang. Antaranya yang TB ingat bernama Kuldeep Singh,Paramjit Singh, Balbir Singh,Amarjeet Kaur, Baljet Kaur (yang wajah menawan macam heroin hindi dahulu Neetu Singh) dan ramai lagi yang TB sudah lupa ditelan zaman. Dan ada juga  di antara mereka yang dikenali masyarakat Malaysia seperti Sukhdev Singh@ DJ Dave (yang kemudian memeluk lslam dan nama lslamnya kini lrwan Shah), Harjit Singh Hullon (pembaca berita RTM), Karpal Singh (peguam dan politikus terkenal), Karam Singh Waria (wartawan TV3) dan beberapa selebriti baik dalam seni, korporat,akademik dan sukan.

Dari segi antropologi budaya dan sejarah bahasa, nama 'benggali' ini sebenarnya telah sedia wujud dalam kitab klasik 'Sejarah Melayu' .Namun kata Benggali dirujuk dengan nama "Benggali Putih" bagi menggelar atau memanggil bangsa Portugis atau Feringgi yang datang menyerang dan menjajah Melaka pada abad yang ke-16 lalu.Berdasarkan sosiobudaya dan sosiolinguistik masyarakat Melayu yang pernah melihat sosok tubuh dan gaya gelagat orang Portugis pada abad ke-16 dan menggelarkan Benggali Putih kerana mungkin mereka tidak pasti datangnya dari Goa lndia atau Benggala lndia dengan pakaian soldadu (laskar) sedemikian maka penduduk setempat menggelarkan Benggali Putih. Apabila lnggeris juga membawa masuk polis upahan pada abad ke 18&19 dari lndia (Punjab & Gujerat) ke Tanah Melayu  maka penduduk tempatan terus memanggilnya 'Benggali' hingga kini.

Justeru kata 'Benggali' sudah sinonim untuk kaum Sikh dalam masyarakat Melayu. Yang baiknya, gelaran itu diterima pakai oleh kaum tersebut tanpa banyak soal. Namun kini lantaran pendedahan ilmu, rata-ratanya orang-orang Melayu generasi baru tahu bahawa sebenarnya Benggali itu ialah nama bagi penduduk bumiputera bagi negeri Benggala (sekarang Bangladesh) yang mana bahasanya ialah Bengalese.Apapun baik 'benggali' atau punjabi atau sikh yang telah menjadi warganegara Malaysia dan berjaya dalam kehidupan di Malaysia tetap diterima baik oleh orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Mereka telah berjaya dalam bidang profesional seperti kedoktoran,guaman,perniagaan dan politik.

TB tabik dengan masyarakat ini kerana mereka 'pandai membawa diri' Penguasaan bahasa Melayu dan kepetahan mereka berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan juga baik,lancar dan fasih.Adalah bertuah kaum sikh di Malaysia kerana diterima baik dan turut diberi peluang menikmati kemakmuran negara.Sikap 'tidak kacau orang lain' dan berbudi bahasa yang ditunjukkan oleh generasi mereka yang terdahulu wajar dijadikan contoh dan teladan agar tahu di mana bumi dipijak; di situ langit dijunjung.Harapan TB agar generasi kedua atau ketiga sikh Malaysia tahu sejarah asal usul dan terus mengekal harmoni. Jika kerajaan telah menghadiah  tapak gurdwara (rumah ibadat kaum sikh) gunalah sebaik mungkin. Jangan jadikan gurdwara untuk tujuan yang lain.
Happy your Vaisakhi! (TB)