GERILA OLEH LUKMAN ISKANDAR: SEBUAH NOVEL AKSI TEMPUR BERDASARKAN PENGALAMAN SEBENAR YANG DITULIS OLEH BEKAS GERILA DAN BEKAS TAHANAN I.S.A
Novel kontroversi ini karya Lukman Iskandar (Penerbit PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2009,588 hlm.)) Allahyarham Lukman(nama sebenar Naamandedin bin Daud,1949-2001,al-Fatihah) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1992 sehingga 1994. Penulis ialah bekas Setiausaha Agung Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani.
Walaupun fiksyen, novel ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Ia berlatarbelakangkan konflik di Patani, sebuah negeri Melayu yang dijajah oleh Thailand sejak tahun 1785.
Kisah tentang Kapten Ruziman , seorang juruterbang jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang diselamatkan oleh anggota gerila pembebasan Patani ketika pesawatnya terhenpas di Selatan Thai. Selepas diselamatkan, Kapten Ruziman menyertai perjuangan gerila. Mereka berperang dengan tentera Thai, Polis dan PKM.Yang nyata, novel ini penuh dengan aksi tempur,taktik peperangan sebenar.konflik emosi dan konflik kuasa. Bagi umat Melayu/lslam serantau,membaca dan menghayati novel ini akan dapat memahami erti sebenar makna sebuah kemerdekaan, kuasa, kebebasan, kedamaian dan kesejahteraan sebuah kampung, negeri dan negara yang bernama MELAYU, lSLAM dan BERAJA.Anda dan generasi anda wajar membacanya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan