SANA SINI kempen dan demam melanda menjelang 4 November Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas,Gua Musang,Kelantan dan Batu Sapi,Sandakan,Sabah.Sana sini juga peruntukkan dan projek baru dicurahkan dengan tidak semena-mena. Adakah baik dari segi pengurusan ekonomi jika tiada perancangan dan wang dicurahkan secara adhoc?
Yang lucunya tetapi serius difikirkan ialah para pengundi Cina atau lndia (bukan Melayu); baik di Batu Sapi mahupun di Galas mengambil kesempatan bijak meminta bermacam-macam permintaan nafsu-nafsi yang lebih berpihak kepada keuntungan kelompok masing-masing. Bukan sesuatu yang pelik pada waktu ini permohonan tanah, pembinaan atau pembesaran sekolah jenis kebangsaan (SJK), rumah-rumah ibadat, persatuan dan sebagainya diambil kesempatan oleh individu,kelompok atau pihak yang berkepentingan.

Bagaimana pengundi Melayu? Berdasarkan pengamatan beberapa PRK yang lalu termasuk kini di Galas dan Batu Sapi, para pengundi Melayu asyik membicarakan tentang kepemimpinan,kejelekan,kepincangan dan bermacam-macam tohmah antara satu sama lain yang lebih bersifat peribadi. Para pengundi Melayu termasuk calon-calon Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu; tidak kira daripada mana-mana parti politik pun asyik mencerca dan menuding kesalahan antara satu sama lain. Apakah untungnya? Apakah faedah yang diperolehi? Sendiri tanya, sendiri boleh jawablah!
Yang nyata, kini tiba-tiba muncul pelbagai jelmaan sama ada batu api, batu galas, batu permata, batu lesung,batu aked dan bukan mustahil menjelma pula batu belah batu bertangkup…yang kempunankan telur tambakul!!!!!!Sebab itu, cadangan daripada seorang hamba Allah (baca UM,2 November 2010) yang kini menjadi public figure agar DS Anwar lbrahim bersara daripada politik kerana sebab-sebab dari kaca matanya adalah pandangan yang tidak matang dan berkepentingan. Jika disebabkan usia, bagaimanakah pula dengan usia DS Haji Abdul Hadi Awang, Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah, Lim Kit Siang, Mahyuddin Yassin,Karpal Singh dan ramai lagi yang seangakatan bahkan sebaya dengan DS Anwar lbrahim? Soal prinsip, misi dan visi perjuangan, idealisme,corak perjuangan,dan personaliti adalah satu aspek lain yang tidak perlulah TB kupas secara terperinci dalam kolum TB yang terbatas ini.Justeru, usahlah menggalas batu api ketika suasana hangat bengit PRK ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan