DILAPORKAN tanah milik orang Melayu di timur laut Pulau Pinang semakin mengecil. Berikut adalah fakta yang berkaitan:
- Satu kajian hartanah menunjukkan hanya 1.16 peratus tanah di daerah Timur Laut dimilki orang Melayu, berbanding Cina 19.84 peratus. Bakinya dimilki syarikat , agensi dan kerajaan negeri.
- Tanah di Georgetown dijual RM400 sekaki persegi, orang Melayu tidak mampu membelinya.
- Rata-rata seunit rumah bertingkat iaitu pangsapuri kos sederhana dan pangsapuri mewah berharga antara RM 300,000 hingga RM500,000 seunit tidak mampu dibeli orang Melayu.
- Pendapatan per kapita mengikut etnik bagi 2004 menunjukkan bumiputera memperoleh RM 2,856 berbanding dengan Cina RM 4,268 dan India RM2,687: . (sumber UM 22/11/2010)
Gambar Hiasan |
Sebenarnya banyak kali TB mengingatkan bahawa kes di atas bukan hanya di Pulau Pinang sahaja. lni adalah cermin perbandingan bagi keseluruhan nasib orang-orang Melayu di Malaysia kini.Justeru, TB pernah menyarankan agar setiap kali perhimpunan parti-parti politik yang berteraskan Melayu/lslam baik UMNO,PAS bahkan PKR jika ikhlas dalam perjuangan masing-masing buatlah kajian terkini pemilikan hartanah orang-orang Melayu kini seluruh Malaysia.Dan buatlah kajian pencapaian terkini orang-orang Melayu dalam bidang bidang professional seperti kejuruteraan,kedoktoran,guaman dan sebagainya.Usahlah bercakaran dan asyik mendendangkan ungkapan klise ayam di kepuk mati kelaparan,melagukan lagu lama ‘anak kecil bermain api’…diam-diam Melayu berpolitik syok sendiri yang mana masalah Pulau Pinang bukan berlaku pada masa pentadbiran politik sekarang bahkan sejak zaman BN memerintah lagi. Fikir-fikirlah sendiri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan