Gambar Hiasan |
PENGISIAN masa bagi anak-anak kita semasa cuti sekolah akhir tahun lebih sebulan ini perlu dijadualkan dengan bijak dan berhati-hati.
* Jangan sampai ada pelajar ini menghisap rokok dan menjadi penagih pula kerana selalunya ia bermula dengan merokoklah punca permulaan kepada penagihan dadah.
* Pastikan anak-anak kita tidak bergaul dengan kawan-kawan yang boleh merosakkan akhlak mereka terutama sekali yang nakal.
Sekali terjebak dan tersasar jauh bukan mudah untuk dipulihkan. Biar kita tegas sedikit asalkan anak kita terselamat dari gejala sosial yang boleh memporakperandakan institusi kekeluargaaan itu sendiri.
Selalunya ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan seterusnya memberikan nasihat secara berkhemah tetapi tegas.
Gambar Hiasan : Di kolam Air Terjun Air Panas Gunung Ledang Tangkak Johor 2010 |
* Pada masa cuti sekolah inilah cuba 'berkawan' dengan anak-anak. Berikan mereka kesempatan bersuara dan memberikan pendapat dan tidak secara langsung kemesraan kekeluargaan dapat dipupuk.
Tidak salahnya jika wang lebih bawa mereka bercuti bersama kerana dari situ rasa kemesraan akan terjalin dan boleh merapatkan lagi hubungan antara orang tua dengan anak-anak.
1 Malaysia Berlibur Sambil Riadah |
Mereka boleh menikmati dan mengenali kehidupan kampung yang kaya dengan adat resam serta kemuafakatan penduduk kampung itu sendiri tidak dapat dinafikan lagi.
Biarlah anak-anak mengenal ayam itik dan lembu kerbau serta merasakan menjejakkan kaki di dalam sawah bendang atau ikut bersama berkebun ataupun pergi menoreh getah bersama datuk atau nenek mereka. Berilah ruang dan peluang kepada anak-anak kita.
* Elakkan anak-anak remaja kita merempit atau bersosial yang keterlaluan hingga tidak balik ke rumah atau balik hingga lewat malam kerana bermacam-macam boleh berlaku.
Kita tidak mahu apabila 'sudah terantuk baru hendak tergadah' dan pada masa itu sudah terlambat.
* Diberikan pengajaran agama berhubung kait dengan fardu ain mentelaah kitab suci al-Quran melalui ajaran terus daripada ibu bapa atau dari ustaz dan guru al-Quran.(sumber daripada Syed Abdullah Syed 0thman Jamalulail,Ampangan, Seremban)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan