Salam Perjuangan

18 Januari 2011

SAMPAI BILAKAH MELAYU ASYIK BERTOLERANSI?

NAMPAKNYA tidak habis-habis kesabaran umat Islam-Melayu di negara ini diuji, sama ada oleh mereka berkepentingan politik, golongan buta sejarah negara atau individu yang sengaja mengambil kesempatan daripada dasar keterbukaan sekarang.

Tindakan seorang bukan Islam membantah laungan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, kerana mengganggu tidurnya dan pembakaran novel “Interlok” kerana kandungannya dikatakan menghina masyarakat India, adalah antara kes terbaru menunjukkan betapa semangat toleransi yang pernah menjadi amalan dan kebanggaan rakyat pelbagai kaum di negara ini, semakin terhakis.

Yang menjadi persoalan, kenapa hanya sejak kebelakangan ini timbul suara-suara sedemikian. Soal laungan azan misalnya bukan perkara baru, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup orang Islam-Melayu sejak berabad, sebelum Islam termaktub sebagai agama rasmi di negara ini.

Dalam kes di Kampung Kerinchi, masjid berkenaan mengkumandangkan azan sejak dibina 30 tahun lalu sedangkan si pengadu difahamkan baru berpindah lima tahun. Jika tidak mahu tidur diganggu suara azan, kenapa membeli rumah di kawasan mempunyai masjid?

Kita percaya ramai yang bersetuju dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa provokasi yang tinggi akan menimbulkan sentimen dan kemarahan orang Islam untuk bangkit mempertahankan agama mereka. Demonstrasi aman oleh jemaah Masjid Al-Ikhlasiah petang Jumaat lalu adalah manifestasi rasa kurang senang umat Islam di negara ini dengan provokasi kalangan tertentu terhadap agama mereka sejak akhir-akhir ini.

Selepas lebih setengah abad merdeka, sepatutnya tidak ada lagi pihak yang mempersoalkan azan, bunyi loceng gereja dan kuil atau pembakaran mercun dan colok pada musim Tahun Baru Cina. Walaupun ia mungkin menimbulkan sedikit kebisingan atau pencemaran asap, semua ini sebahagian cara hidup kita dan perlu dihormati semua pihak yang menjadikan Malaysia tempat tinggal mereka.

Dalam kes novel “Interlok” karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, bantahan dibuat selepas 40 tahun diterbitkan apabila buku itu dipilih untuk dijadikan teks sastera untuk pelajar Tingkatan Lima tahun ini. Kenapa baru sekarang kumpulan ini seolah-olah baru menyedari ada istilah yang mereka anggap sensitif pada dua halaman novel setebal 426 muka surat itu.

Reaksi dan amaran pelbagai pihak termasuk kalangan bukan Melayu sendiri, yang mempertahankan karya sastera itu ternyata menjadikan golongan itu lebih lantang meneruskan tuntutan mereka. Hakikat bahawa tema “Interlok” yang dihasilkan selepas peristiwa 13 Mei 1969, berdasarkan integrasi orang Melayu, Cina dan India sejak awal tahun 1900 sehingga merdeka, langsung tidak diendahkan oleh kumpulan ini.

Kita boleh memahami jika isu-isu sensitif seumpama ini ditimbulkan pemimpin politik pembangkang. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini pemimpin politik yang berada dalam kerajaan sendiri nampaknya lebih lantang membicarakan isu sensitif secara terbuka.

Tidak salah untuk menjuarai atau menimbulkan rasa tidak puas hati kaum masing-masing, tetapi ia seharusnya dibuat secara tertutup seperti diamalkan selama ini. Sebagai anggota kerajaan atau ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), mereka mempunyai pelbagai saluran untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak berkenaan tanpa perlu menghebahkan kepada media.

Dalam era maklumat bergerak pantas sekarang, sebarang kenyataan daripada pemimpin politik mengundang pelbagai tafsiran dan menyebabkan perkara yang mulanya dilihat kecil, bertukar menjadi bara perkauman.

Kita cuma boleh berharap kedua-dua isu ini ditangani secara rasional dan bijaksana oleh semua pihak terbabit. Isu yang membabitkan sensitiviti kaum dan agama hanya dapat diselesaikan jika pemimpin politik benar-benar ikhlas mahu melihat rakyat pelbagai kaum di negara ini hidup dengan harmoni seperti yang pernah dinikmati satu ketika dulu.

Bagaimanapun, selagi perpaduan hanya menjadi mainan di bibir sedangkan tindakan dan kenyataan mereka tidak berlandaskan semangat toleransi yang tinggi, selagi itulah jurang perkauman akan terus rapuh.

Toleransi adalah proses dua hala. Sementara bukan Islam-Melayu mengharapkan agama, adat dan budaya mereka dihormati, mereka juga harus mengambil kira sensitiviti orang Islam-Melayu, yang sekian lama bertolak ansur. Membantah azan berkumandang setiap masuk waktu solat dan mempersoalkan kandungan novel selepas 40 tahun ia diterbitkan, tentunya tidak mencerminkan semangat toleransi dalam erti kata sebenar. (sumber oleh Manja lsmail,BH,17 Januari 2011)
WAJIBKAN PEMBELAJARAN JAWI DALAM BAHASA MELAYU


TULISAN jawi perlu dijadikan satu mata pelajaran wajib di peringkat sekolah sebagai usaha memartabatkan kembali khazanah kebudayaan nasional itu.Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, ia perlu dikuasai bukan sahaja oleh orang Melayu malah kaum lain kerana tulisan tersebut memiliki 1,001 keistimewaan dan kelebihan.

Menurut beliau, jika tidak dijadikan satu mata pelajaran khusus, tulisan jawi harus diajar atau dimasukkan ketika pembelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.
"Pengajaran bahasa atau sastera Melayu boleh dikatakan tidak lengkap jika tidak dimasukkan komponen tulisan jawi. Suatu ketika dahulu, skrip tulisan bahasa Melayu menggunakan jawi tetapi kini rumi dilihat lebih menguasai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas saranan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah agar tulisan jawi terus dipertahankan supaya terus hidup dan tidak pupus kerana ia merupakan satu perjuangan bangsa.

Kok Seong berkata, tulisan jawi merupakan khazanah negara yang harus dipertahankan dan ia tidak sepatutnya ditakuti oleh golongan bukan Melayu.
"Apabila dikata tulisan jawi perlu dipelajari oleh orang Cina, mereka menentang dan anggap jawi adalah Islam. Mereka takut akan wujudnya usaha untuk menjadikan mereka Islam dengan jawi."Ini semua mengarut. Sedangkan, jawi hanyalah tulisan yang satu ketika menjadi pelengkap kepada bahasa Melayu," tegasnya.

Pendapat beliau turut disokong Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Adi Yasran Abdul Aziz.
Menurutnya, secara rasional, tulisan jawi perlu diajar bersama mata pelajaran bahasa Melayu."Pada masa ini, tulisan jawi diajar bersama mata pelajaran Agama Islam. Oleh sebab itu, ramai bukan Melayu salah sangka dan memandang serong terhadap tulisan jawi," jelasnya.

Beliau kemudian mengambil contoh UPM mewajibkan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) mendaftar mengikuti kursus Sistem Tulisan Jawi."Selain itu, jika hendak martabatkan tulisan jawi, semua pihak khususnya kerajaan perlu membudayakan tulisan jawi terutama mewajibkan penggunaannya di papan-papan tanda iklan. Dengan itu, orang ramai merasakan ada gunanya kita belajar jawi," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, usaha yang dilakukan Kumpulan Utusan dengan menerbitkan Utusan Melayu Mingguan harus dipuji tetapi ia masih belum mencukupi untuk memartabatkan tulisan jawi.
"Justeru itu, Kementerian Pelajaran perlu wujudkan mata pelajaran tulisan jawi. Mulakan di peringkat sekolah rendah. Inilah caranya untuk kita kembalikan kegemilangan tulisan jawi. Janganlah kita sibuk mengejar kemodenan sehingga lupakan warisan bangsa," tambahnya.

TB dan Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia sudah lama menyokong dan menyarankan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah.Sayugia diingatkan bahawa situasi kini jawi diajar secara gabung jalin dalam pelajaran Pendidikan lslam adalah tidak memadai dan tidak mencapai matlamat sebenarnya.Sebenarnya dalam Bahasa Melayu ada dua bentuk tulisan iaitu tulisan rumi dan tulisan jawi(dahulu disebut 'tulisan Melayu'). Tetapi kerana kealpaan dan kelalaian Menteri Pelajaran terdahulu maka pembelajaran jawi telah disisihkan secara perlahan-lahan dalam P&P Bahasa Melayu.

Pada tahun-tahun sebelum 1980-an antara kaedah memantapkan murid-murid dalam penguasaan ejaan dan tulisan dalam bahasa Melayu ialah adanya subsubjek 'Rencana Rumi', 'Rencana Jawi, 'Tulisan Rumi', 'Tulisan Jawi', 'Bacaan Rumi' dan 'Bacaan Jawi'.Langkah membebankan dan meletakkan ke atas pundak guru-guru Pendidikan lslam semata-mata bagi memartabatkan Bahasa Melayu Jawi adalah tidak adil lantaran guru-guru Bahasa Melayu wajib memikul bersama.Dan masyarakat bukan Melayu kini harus difahamkan bahawa antara bahasa Arab,bahasa Urdu,bahasa Melayu (jawi),bahasa Parsi dan lain-lain yang menggunakan huruf sama tapi berbeza bahasa dan budaya.

Justeru ada segelintir masyarakat mengaitkan dengan Bahasa Melayu jawi dengan pelajaran Agama lslam adalah tidak tepat walupun ada pertalian budaya antara bahasa Melayu dan agama lslam.lni dapat diterima kerana Melayu dan lslam itu sinonim sejak kedatangan lslam ke Alam Melayu Nusantara hingga kini.lnilah yang kita mahu sama-sama pebetulkan dari segi persepsi masyarakat dan tanggapan orang ramai.

Pihak penguasa dan pentadbir jabatan-jabatan kerajaan seperti sekolah,maktab,universiti dan pejabat-pejabat kerajaan serta Penguasa Berkuasa Tempatan perlu ada sikap positif meletakkan papan tanda selain Bahasa Melayu rumi;letakkan juga Bahasa Melayu jawi.

Premis perniagaan Melayu sendiri janganlah hanya pandai bercakap dan menuding menyalahkan orang lain; sekiranya anda sendiri yang 'bodoh sombong', 'malu-malu kucing', 'rendah diri tidak bertempat' tidak menobatkan Bahasa Melayu warisan nenek moyang andayang sedia wujud sejak turun-temurun di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu,

WAD 6A E&T: OTORINOLARINGOLOGI

TB buat masa ini disarankan berehat di Bilik 28 Wad 6A oleh doktor pakar E&T Otorinolaringologi Hospital Serdang, Selangor Darul Ehsan,Malaysia mulai 17 Januari 2011.Justeru kepada pembaca budiman yang terus setia melayari blog Tiub Bocor usahlah gusar dan bimbang,doakan agar TB terus sihat sejahtera meneruskan perjuangan selagi hayat dikandung badan.Hidup berbakti kepada agama,bangsa,keluarga dan negara adalah impian kita.
Semoga TB terus dapat bersama pembaca budiman dengan isu-isu semasa seperti sediakala.
Salam perjuangan!

17 Januari 2011

WELCOME TO JOIN TEACHING PROFESSION 2011


Not everyone can be a teacher. Not only must you have the passion for education, you need to know to engage the students in their learning, be good role model and an inspiration to them and people and prepare them for the challenges of life.

A teacher is the heart and soul of class,the pulse that keeps a lesson lively and engaging.Teaching as a career is an exerting journey filled with challenges and rewards. You play the critical role in nurturing the spirit of innovation and the passion for learning for our young,grooming them into all-round individuals.In turn, you will grow both as a person and professional come take up this meaningful career and experience the wonders of teaching.

So we recognize that our teachers have different aspirations.The teaching profession provides a challenging and enriching career with varied fields of excellence that cater to young talent,abilities and aspirations,

Lastly, welcome to our SPM,STPM/STAM,diploma and degree holders this year for involve
into education line for our nation.


Dr Rajiee Hadi,

Presiden,
Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia/PPPM/PENDIDIK,
(Malaysia of Education Practiotioners Assoociation)Reg.1561
Kuala Lumpur.

SELAMAT DATANG DUNIA KEGURUAN BUAT SPESIS MUTAKHIR

KEPADA para pelajar (bakal guru terlatih)tahun akhir di Universiti Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan, Bandar Seri Begawan,Negara Brunei Darussalam yang kini mula menjalani latihan praktikum akhir dan seterusnya akan diserapkan sebagai guru terlatih di sekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh Negara Brunei Darussalam, TB ucapkan selamat bertugas dan awda kalian akan menghadapi dan menempuh alam pengajaran dan pembelajaran yang sebenar; baik di bilik-bilik darjah mahupun di persekitaran sekolah.Sentiasalah rajin,amanah.jujur,ikhlas,elok dan efisyen sewaktu bertugas dan menggalas amanah yang diberikan. Dan sentiasalah menggalakkan dan menyuntik motivasi murid-murid awda cemerlang dalam akademik,kokurikulum dan sahsiah.

Dan kepada para pelajar TB suatu waktu dahulu ialah pelajar-pelajar program Sarjana Muda Perguruan Usuluddin, Sarjana Muda Perguruan Syariah dan Diploma Perguruan Tinggi dalam bidang-bidang berkaitan ingatlah bahawa komunikasi dua hala yang berkesan antara guru - pelajar ialah adanya kejelasan, ketulusan, keikhlasan dan belas ehsan.Justeru ingatlah bahawa sehebat mana pun seorang pendidik jika aspek komunikasi; baik komunikasi lisan,komunikasi bertulis mahupun komunikasi isyarat tidak difahami dengan mendalam dan praktik maka apa yang mahu disampaikan akan menjadi kabur dan gagal. Apatah lagi andainya mekanisme bahasa yang menjadi wadah komunikasi itu agak cacamarba dan haru-biru maka apa yang mahu disampaikan oleh guru kepada pelajar umpama pantulan bola ke muka dinding yang akan melantun tidak mendatangkan keberhasilan.

Kepada awda yang menempuh alam keguruan yang sebenarnya sentiasalah mengemaskinikan dengan ilmu pengetahuan dan ilmu bantu dari semasa ke semasa. Mempertingkatkan nilai tambah dalam bidang pedagogi, psikologi,sosiologi dan seumpamanya adalah wajar bagi setiap guru.Hindarilah seperti katak di bawah tempurung.Jadikanlah diri awda seorang guru yang sentiasa inovatif,kreatif dan dinamik, selagi hayat dikandung badan. Selamat bertugas!
PARIAH ADA DI MALAYSIAKAH?

Majlis Belia Malaysia (MBM) merumuskan bahawa novel Interlok hasil karya sasterawan Abdullah Hussein tidak mempunyai motif untuk menghina atau merendahkan martabat mana-mana individu atau kumpulan kaum dalam negara.

Perbincangan meja bulat MBM dari Perspektif Belia Malaysia mengenai novel berkenaan hari ini turut merumuskan bahawa ia merupakan satu karya yang jujur serta sarat dengan pengajaran untuk menjadikan pembaca lebih kritis dan menerima peristiwa-peristiwa sejarah yang mengiringi proses pembentukan negara.

Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee semasa menyampaikan resolusi meja bulat itu kepada pemberita di sini, turut merumuskan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan novel ini perlu diberi perhatian serius agar tidak terjadi sebarang kekeliruan tafsiran sehingga boleh menyinggung mana-mana pihak.
Panel meja bulat itu terdiri daripada pakar sastera Dr. Fatimah Busu, Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ambigapathy Pandian dan Presiden Persatuan Penulis Malaysia (Pena), Mohamad Saleeh Rahamad, dengan Mohamed Maliki bertindak sebagai pengerusinya.

Perbincangan meja bulat itu turut menyelar tindakan individu serta pemimpin politik yang dilihat semakin berani memainkan isu perkauman dan agama demi meraih sokongan serta pengaruh daripada rakyat(baca penuh MM,16 Januari 2011)

TB tegaskan bahawa jika masyarakat lndia di Malaysia secara undang-undang yang sah sudah menjadi warganegara Malaysia maka apakah masih lagi lndia Malaysia pobia dengan perkataan ‘pariah’?Apakah ada sistem kasta di Malaysia kini?Ketahuilah dalam novel lnterlok digambarkan elemen kasta wujud pada masa itu kerana orang lndia yang berhijrah ke Malaysia ketika itu (1910-1957) bukan lagi warganegara atau bukan lagi rakyat Malaysia. Novel itu tidak menceritakan tentang rakyat Malaysia keturunan lndia sekarang. Karya fiksyen itu cumalah rakaman sejarah,latar dan zaman ketika itu.Justeru, tidak ada unsur menghina sesiapapun!

16 Januari 2011

INTERLOK: DIALOG KPM - MIC LAYAKKAH MEREKA?

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan wakil MIC minggu depan bagi membincangkan beberapa isu berbangkit yang terkandung dalam novelInterlok, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.
Beliau berkata, sebelum ini MIC mencadangkan sebuah panel yang terdiri daripada lima orang untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi menamatkan isu sensitif yang dibangkitkan dalam novel tersebut.

Katanya, wakil MIC terdiri daripada Presiden Hindu Sangam, R. S. Mohan Shan; bekas Ketua Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya (UM), Dr. S. Singaravelu; Ketua Jabatan Pengajian India UM, Prof. Madya Dr. S. Kumaran; Pengerusi Biro Pendidikan MIC, Datuk Dr. T. Marimuthu dan bekas pegawai di Kementerian Pelajaran, G. Krishnabagwan.

"Kita berharap dialog tersebut akan berjalan tanpa sebarang masalah dan mencapai keputusan yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak.
"Sebarang cadangan pada dialog itu akan diambil kira dalam menentukan penggunaan novel tersebut sebagai buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah," katanya ketika ditemui di sini hari ini(baca penuh,UM 16 Januari,2011)

TB hairan mengapakah ada pembabitan parti politik dalam isu novel lnterlok ini? Apakah pandangan wakil MIC akan melihat interlok dari perspektif dan kepentingan politik? Jika isu lntertok dibabitkan MIC mengapakah UMNO ke PAS ke PKR ke tidak menghantarkan wakilnya? Apakah cara begini akan menyebabkan KPM berada dalam situasi senget sebelah?Sementelahan pula siapakah wakil KPM yang dikira berwibawa? Kita sedia maklum sebagai pegawai yang mewakili KPM kelak tentulah suara dan hujah yang diperkatakan tidak bebas dan berdasarkan skrip dan kehendak pihak atasan.Justeru bukan mustahil kelak pegawai-pegawai KPM akan berasa serba salah jika tidak mempunyai pendirian dan daya keintelektualan yang kukuh.Apatah lagi andainya yang mewakili MIC tidak pun atau membaca sekerat jalan novel tersebut.Oleh itu TB terlebih dahulu mahu menilai daya sensitiviti seni dan sastera nama-nama yang dibariskan mewakili MIC tersebut.Yang penting, sudah habis bacakah?Jika tidak membaca, buang masa bahkan tidak mustahil perbincangan tersebut akan lebih ke arah kejahilan kerana situasi emosional dan prejudis akan menuju ke arah kebuntuan!

15 Januari 2011

lNGATAN KECIL,MENJELANG SESI SEKOLAH

menghadapi tahun baru persekolahan
waktu bergerak amat perlahan
kasut usang yang kukapur bersih putih
bagaikan terik sinar mentari yang cemburu

sesekali rembis gerimis meresahkan
uniform putih di ampaian kekejangan
mahu dikanji seterika seri baharunya
nenek di jemuran dengan panjang leterannya

di bawah rumah gadang datukku
basikal tua kupasti tiub angin rodanya
dering loceng brek rantai tiada cela
bagaimana kuhadapi tersua sipu
habibah,rohani dan yoke moi si tepung bedak
di persimpangan jalan kampung ke sekolah

dengan basikal chopper terbaru kalian
ah,desis hati awal alam remajaku
malunya aku sekecil tubuh mengayuh jerih
basikal palang bukan saizku
namun kuterkenang mulia hatinya almarhum bapa
menghadiahkanku menuju ke jalan ilmu!

DRH
Januari 2011.

14 Januari 2011

UMNO+Pas= Melayu+Islam
Kata orang, UMNO itu pertubuhan politik Melayu, berlandaskan perjuangan kebangsaan Malaysia bukan kepentingan Melayu semata-mata. UMNO bukan parti perkauman, Pas juga dikatakan orang, pertubuhan politik Melayu, berjuang menegakkan syariat Islam merentasi citra kebangsaan (entahkan kebangsaan Melayu atau kebangsaan Malaysia). UMNO dan Pas diterajui tokoh-tokoh pemimpin politik Melayu beragama Islam. Keahlian UMNO kini terbuka kepada bangsa serumpun Melayu lain, yakni suku bangsa di Sabah. UMNO ikut dianggotai keturunan India Muslim dan lain yang jadi Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan. Di dalam Pas juga ada ahli-ahlinya daripada kaum lain beragama Islam, seperti orang keturunan Cina dan India-Pakistan. Jadi landasan Melayu dan Islam atau Islam dan Melayu adalah asas kekuatan UMNO dan Pas.

Di Malaysia, Melayu itu Islam dan Islam itu sinonim dengan Melayu. Kalau diperhitungkan, maka UMNO+Pas = Melayu + Islam atau Pas + UMNO = Islam + Melayu. Islam menuntut pengukuhan ukhuwah atau persaudaraan Islam. Kenapa jadinya sampai berbalah dan kesan dahsyatnya kepada orang kampung, sampai tidak bertegur sapa, solat dua imam, dan macam-macam? Melayu, oh Melayu, sedangkan orang lain tidak henti-henti mengaut kemakmuran di bumi asal Melayu. Mereka itu pula sesekali bangkit bercita-cita merombak teras dan tonggak-tonggak kenegaraan yang termaktub dalam Perlembagaan.

Di negara-negara Islam lain seperti Arab Saudi, Mesir, Qatar atau Bahrain, mereka adalah Islam tetapi bukan Melayu. Keadaan itu samalah dengan India, Pakistan, Iran yang mungkin ada cara mereka sendiri dalam perjuangan politik kebangsaan. Pakistan ditegakkan sebagai sebuah negara kebangsaan berideologikan Islam. Almarhum Muhammad Ali Jinnah berjasa besar kerana berjaya membentuk sebuah negara bangsa, bertunjangkan bangsa dan Islam. Pakistan wujud terpisah dari India, walaupun mereka itu sama keturunan nenek-moyang, sama bangsa dan sama ras. Pas semasa Allahyarham Profesor Zulkifli Muhamad, Dr Burhanuddin Helmy dan tokoh-tokoh lain tidak pula meninggalkan perjuangan kebangsaan Malaysia. Mereka cuma mahukan kepastian yang mana dahulu, antara kebangsaan dengan Islam itu.

Melayu oh Melayu, tidak sedarkah kita akan kedaifan bangsa dan ketinggalan diri dalam pendidikan, ekonomi, dagang, milik harta dan sebagainya. Melayu di kampung, mungkin gembira kerana ada tanah berekar-ekar, sawah dan kebun. Harga seekar mungkin RM20,000, melainkan ditukar taraf menjadi tapak rumah atau industri. Nilai bagi lot 6,000 kaki persegi boleh mencecah RM60,000 (RM10 sekaki persegi) sekitar 1 kilometer di Pasir Puteh atau tidak jauh dari Kota Bharu. Itu tidak besar. Di Kuala Lumpur, sekitar Bukit Damansara, harganya antara RM300 hingga RM500 per kaki persegi. Maknanya satu lot tapak rumah bernilai RM1.8 juta hingga RM3 juta dengan keluasan sama. Pola sama mungkin kedapatan di kota-kota seperti Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu. Kota-kota bukan didominasi orang Melayu dan bumiputera. “Kasihan”. Apa? “Kasihaaan”, ungkap Mohd Rafi, dalam filem Madu Tiga Allahyarham Tan Sri P Ramlee. “Kasihan”… Melayu bercakaran, luka luar dalam, terluka hati dan perasaan.

Pada awal Januari lalu ada berita gembira. Beritanya dibawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau mengesahkan ada pertemuan pada 24 Disember 2010, di Istana Terengganu, Kuala Lumpur. Maknanya terang sekali, pada majlis itu ada keberangkatan DYMM Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Baginda ialah Ketua Negara bagi Persekutuan Malaysia, kerusi tertinggi tonggak kenegaraan. Pertemuan itu diadakan secara tertutup dan tidak dibenarkan siaran media. Mujur kita tahu daripada beliau. PM dan TPM belum kata apa-apa. Kerahsiaan. Kehadiran bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Insya-Allah akan ikut membawa manfaat. Kehadiran Tuan Guru, kerana menjunjung dan menghormati titah keinginan Pemerintah Tertinggi Negara. Aturan perjumpaan mesti dijaga dan sebarang butiran rahsia perbincangan tidak semestinya dijadikan andaian umum.
Menurut Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mereka langsung tidak membincangkan isu politik apatah lagi soal kerajaan perpaduan yang digembar-gemburkan media (Sinar Harian, 5 Januari 2011). Benar juga, sebab di hadapan Tuanku, mana ada banyak masa perbincangan khusus dengan PM dan TPM. Rakyat jangan memandai-mandai buat spekulasi, jangan adakan benda yang tidak ada. Tuanku pun mungkin tidak perkenan sekiranya hal-hal politik dikaitkan dengan baginda. Tuanku ada kebijakan dan kebijaksanaan sendiri. Apa pun, majlis pertemuan itu sudah cukup bererti dan membawa makna yang besar, apabila ‘mata bertemu mata’.


Apakah tidak terfikir oleh mereka kita ini sebangsa dan seagama, tetapi tidak henti-henti bertelingkah. Dahulunya Pas dan UMNO pernah berada dalam satu barisan kepemimpinan kerajaan, bersama-sama memerintah negara, bertukar pandangan dan fikiran. Itu kisah zaman Almarhum Tun Abdul Razak. Pas bersama UMNO dan parti-parti kaum Cina yang agak moderat seperti Gerakan ikut berada di dalam kerajaan bersama MCA, MIC dan parti-parti lain dari Sarawak dan Sabah. Di Malaysia, akan bangkitkah umat dan gemilangkah Islam kalau Melayu tidak berkuasa dan tidak sama-sama berjuang memajukan ekonomi dan mensejahterakan masyarakat. Tetapi sayangnya, politik sudah mengatasi segala-galanya!. Kini ketaksuban kepada ketua atau pemimpin sedang mengatasi kecintaan terhadap Negara!.
Senario politik 1970-an mungkin berbeza. Keperluan situasi dan konteksnya tidak sama, tetapi bukan bermakna ia kosong iktibar. Kenapakah ada kemampuan berkongsi matlamat untuk memulihkan imej negara yang tercemar akibat Peristiwa 13 Mei 1969 dan membangunkan ekonomi rakyat dengan serampang dua mata di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990? DEB telah menggariskan pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum serta penyusunan semula masyarakat. Semangat itulah yang patut kekal dikongsi semua dalam perjuangan politik Malaysia, terutama kepimpinan Melayu-Islam, Pas dan UMNO. Politik Malaysia tidak akan stabil tanpa kestabilan Melayu terlebih dahulu. Kalau diperhitungkan, maka UMNO+Pas = Melayu + Islam dan UMNO + Pas = Melayu. Islam itu ada pada akidah dan tauhid mereka.

Pada malam Sabtu, 8 Januari 2010, Lebai Mad @ Pak Mat Omar, sewaktu menyampaikan kuliah Maghribnya, di Surau Nurul Ikhklas Bandar Putra Permai, ada mengutip Ayat 144 Surah An Nisaa’ yang bermaksud: “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman akrab, pelindung, penolong, ketua) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan nyata bagi Allah?”. Tazkirah beliau tidak berbau politik sama sekali, kecuali tentang bolak-balik hati jika tidak sentiasa dididik, tentang orang munafik, orang yang bertaubat dan mengadakan perbaikan serta berpegang teguh pada agama.

Penulis terfikir bagaimana ‘orang-orang kafir’ boleh jadi ketua, sedangkan muzakarah antara Pas dengan UMNO sesama Islam tidak menjadi. Kenapa tidak ada keinginan untuk bekerjasama membangunkan umat, menegakkan Islam dan memakmurkan tanah air sesuai dengan matlamat perjuangan asal? Bagaimana kedudukan akidah seseorang mahu mempertahankan pemimpin kafir yang jelas menolak Islam, si kafir bersenamrobik di halaman masjid tanpa menutup aurat dan bercampur gaul bebas lelaki perempuan, orang kafir menterjemah dan mempermainkan ayat-ayat suci al-Quran? Kini carut mencarut pun menjadi-jadi. Oh Melayu!, kalau anda benar-benar Melayu dan Islam, janganlah sekali-kali mencemari agama wahyu yang ditanzilkan buat seluruh umat manusia itu. Nau’zubillah.
(Sumber:A.Aziz Deraman, Sinar Harian, 13.01.2011)

lNTERLOK WAJAR JADI TEKS SASTERA SPM

Jalan cerita masyarakat majmuk adalah usaha meneruskan perjuangan konsep 1Malaysia

DALAM menghadapi isu sentimen kaum yang sengaja digembar-gemburkan pihak tertentu, adalah wajar satu ketetapan dibuat dengan segera bagi mengelak polemik berterusan, lebih-lebih lagi jika ada elemen lain cuba mengambil kesempatan memburukkan lagi keadaan.

Dalam polemik semasa berkaitan novel Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan Lima, Interlok, yang diguna pakai sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan, adalah tidak wajar ia dibiarkan berterusan dengan pelbagai pihak mengambil tindakan sendiri.
Di sebelah pihak, golongan yang menentangnya melakukan pelbagai angkara, termasuk membakar novel dan gambar penulisnya, Abdullah Hussain, sementara golongan yang ingin mempertahankannya pula mengambil tindakannya sendiri.

Isu berkenaan mungkin sudah dibincang pada mesyuarat Kabinet dan andainya ia belum sampai pada peringkat itu, harapan kita adalah agar satu keputusan dapat dibuat dalam masa terdekat ini, agar ia tidak terus disalah faham masyarakat keturunan India di negara ini.

Kita berharap pihak tertentu yang membangkitkan isu perkauman berkaitan novel itu sudah membaca dan memahami isi kandungan sepenuhnya kerana mesej di dalamnya menjurus kepada perpaduan.

Banyak pihak tampil menyatakan pendapat mereka mengenai Interlok, yang tidak ada langsung unsur perkauman atau hasrat penulis untuk memperkecilkan kaum India, selain menggarapkan elemen sejarah dan fakta.
Kita berharap pemimpin MIC terdiri daripada dua timbalan menteri, Datuk T Murugiah dan Datuk S Subramaniam yang mula membangkitkan isu ini, sudah membaca dan memahami novel itu sekarang.

Mereka mesti mengambil inisiatif menjelaskan kepada ahli parti serta masyarakat India bahawa bukan tujuan penulis atau kerajaan untuk menghina kaum berkenaan.

Konsep 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menjurus ke arah pembentukan masyarakat adil di negara ini.

Novel Interlok, yang turut mengandungi mesej perpaduan, tidak akan mengubah hasrat pemimpin dan rakyat negara ini terhadap masyarakat India.

Interlok membincangkan kehidupan Seman, yang mewakili Melayu, Ching Huat mewakili Cina dan Maniam mewakili India, dan semuanya dirangkum dalam satu bab terakhir.

Walaupun ia membincang kehidupan Seman dan Ching Huat, namun apa yang dipertikaikan adalah kisah mengenai Maniam, kerana ada perkataan ‘paria’ disebut.

Buku itu mengisahkan kehidupan Maniam, seorang lelaki berusia 30 tahun dari Tricur, Kerala, India yang memutuskan untuk ke negara ini, kerana tidak tahan dengan kehidupan miskin di kampung halamannya. Dalam pelayaran kapal, Abdullah Hussain dipetik sebagai menulis seperti berikut:

“Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagian besar daripada penumpang dek yang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa saja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikit bercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia.

Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul kerana mereka tergolong dalam kasta paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.”

Pada halaman lain, penulis menyatakan: “Dia boleh membeli barang daripada penjaja dengan memberikan wang dari tangan ke tangan; tidak seperti di negaranya, dia mesti meletakkan wang itu di suatu tempat dan penjaja itu akan menyiram wang itu dengan air sebelum diambil dan dimasukkan ke dalam petinya”.

Ternyata kewujudan kasta yang digambarkan Abdullah Hussain, bukan penghinaan kepada mana-mana kaum malah realiti pada zaman berkenaan.

Seperti kata seorang lagi pakar linguistik, Prof Awang Sariyan, novel Interlok adalah gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengkisahan membabitkan penghijrahan pekerja dari luar termasuk orang dari India.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga berpendapat Interlok tidak mempunyai elemen perkauman.

Sebaliknya ia mengandungi elemen harmoni bertujuan memupuk perpaduan antara kaum di negara ini berdasarkan kisah pada 1910, iaitu zaman kolonial.
Beliau meminta pihak yang cuba mempolitikkan novel berkenaan supaya membacanya dengan perspektif betul dan rasional.

Apapun, polemik Interlok ini tidak harus dibiarkan berlarutan dan dalam membuat keputusan, pihak kementerian tidak perlu mengikut telunjuk golongan yang tidak memahami isu diperjuangkan.

Saya berpendapat Interlok wajar terus menjadi teks dalam KOMSAS mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini.
(sumber: Razak Rashid Ghows)
bhnews@bharian.com.my
2011/01/13

12 Januari 2011

INTERLOK: KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN PENGAMAL PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM/PENDIDIK) turut membantah sekeras-kerasnya dan menentang sebarang usaha penarikan balik dan pengubahsuaian novel iNTERLOK karya SN Abdullah Hussain yang telah terpilih menjadi teks sastera dalam Komponen Sastera (KOMPAS) dalam P&P Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh mana-mana pihak.

Persatuan menyokong sepenuhnya tindakan NGO lain dalam apa jua tindakan dan keputusan bagi mengekalkan teks lNTERLOK seperti sediakala dan menghalang usaha provakatif dan mempolitikkan isu pendidikan dan akademik oleh golongan atau individu tertentu.
Keputusan tegas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengekalkan lNTERLOK disokong sepenuhnya.


Presiden,
Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur.

11 Januari 2011

YANG DIBACA DAN YANG DIBAKAR

APABILA saya membaca berita tentang pembakaran buku Interlok saya tidak terperanjat. Novel Interlok garapan Abdullah Hussain ini telah menjadi berita kerana dikatakan ada unsur rasis dan penghinaan terhadap orang India.

Sebenarnya membakar buku di Malaysia ini bukan sesuatus yang baru. Pertama kali - saya terbaca berita membakar buku ini ketika saya di sekolah menengah pada tahun 1970 dahulu. Buku: 13 Mei Sebelum dan Sesudah telah  dibakar di Sudut Pidato di hadapan perpustakaan Universiti Malaya. Saya tidak pasti apakah ini kerja Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya ataupun kerja Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Buku 13 Mei Sebelum dan Sesudah ini ,adalah garapan Tunku Abdual Rahman yang pada ketika itu menjawat Perdana Menteri Malaysia. Buku ini dibakar kerana ketika itu anak-anak mahasiswa amat marah terhadap Tunku. Tunku dibenci kerana dikatakan telah mengadaikan kepentingan Melayu dan menjual negara ini kepada taukeh Cina.

Agak ironis, tidakan mahasiswa di Universiti Malaya ini kerana pada 10 Mei 1933 anak anak mahasiswa German juga telah membakar 25,000 buah buku. Angka 25,000 adalah judul buku yang dianggap tidak ‘bersemangat German’. Ini kerana pada zaman Hitler berkempen untuk membakar semangat Aryan yang berkulit putih, bermata biru dan berambut merah dan meluaskan pengaruh politik Nazi.

Interlok dikatakan ada menggunakan perkataan ‘pariah’ yang dianggap rasis oleh orang India. Ada juga ayat-ayat lain yang tidak disenangi oleh orang India. Apakah perkataan pariah dalam Interlok ini rasis atau tidak bukan ini yang ingin saya garap. Di sini saya ingin membuka satu kain rentang yang lebih luas. Saya ingin membuka pensejarahan kata, makna dan tanda dalam pembudayaan negara bangsa.

Umum harus disedarkan bahawa bunyi kata-kata yang keluar dari mulut kita ini tidak memiliki apa-apa makna. Makna yang kita kahwinkan dengan bunyi itu didatangkan kemudian.

Misalnya bunyi - ke-la-pa – bunyi ini tidak memiliki apa-apa makna kepada orang Sweden. Tetapi ianya memiliki makna untuk orang Malaysia. Makna ini lahir dari alam persekitaran dalam sesuatu budaya bangsa bukan dari bunyi perkataan itu. Kewujudan pokok yang tinggi menjulai ini melahirkan perkatan ke-la-pa. Benda-benda yang wujud di dalam alam inilah yang melahirkan perkataan. Perkataan ini diberi oleh budaya persekitaran.

Mari kita lihat perkataan ‘keling’ yang pada satu ketika dahulu ada tuntutan di mahkamah agar perkataan ini dilupuskan daripada Kamus Dewan. Untuk saya, Mamat yang menuntut pelupusan perkataan ini tidak memahami sejarah perkembangan tamadun manusia. Pasti Mamat ini tidak ada keupayaan untuk membaca 25,000 judul buku German, jauh sekali membaca kitab Salalatus Salatin – Sejarah Melayu.

Sila baca kitab Sejarah Melayu ini dan lihat bagaimana perkatan keling itu telah digunakan tanpa memiliki unsur-unsur prasangka, penghinaan atau sikap rasisme. Perkataan keling muncul apabila adanya mahkluk yang bukan Orang Melaka datang dari negara atas angin. Lalu makluk ini diberi nama Keling kerana mereka pendatang baru yang dikatakan rakyat Raja Kalinga.

Bunyi, makna dan tanda di sini bukan ilmiah yang berasaskan ilmu alam. Ini tidak penting. Lihat bagaimana hingga sekarang manusia Melayu menggunakan perkataan Benggali sebagai kata nama untuk manusia dari wilayah Punjab walhal Benggali seharusnya kata nama untuk warga dari wilayah Bengal.

Lihat perkataan ini diterima masuk ke dalam budaya Melayu tanpa prasangka atau niat jahat. Malah ada beribu-ribu perkataan Sanskrit yang telah memperkayakan perbendaharan kata dan pengucapan manusia Melayu.

‘ Maka Baginda pun perkenan memberi persalinan sepasangan baju China dan sepasang baju Keling. Maka apabila Anakanda memakai baju China maka rupa Chinalah dianya. Apabila Anakanda memakai baju Keling maka rupa Kelinglah dianya…’

Di atas adalah ayat dalam buku Salalatus Salantin yang ditulis 600 tahun dahulu. Satu ketika yang bagitu lama dahulu yang mana konsep prasangka, rasisme dan perkauman ini belum wujud dalam sensibiliti manusia Melayu. Enam ratus tahun dahulu belum wujud perebutan ekonomi yang meruncing. Enam ratus tahun dahulu belum wujud Hindraf atau saham Telekom untuk Maika. Enam ratus tahun dahulu Kugan dan Francis belum lagi ditemui mati dalam rumah pasung.

Malah sensibiliti terhadap perkataan keling atau pariah ini datang kemudian ke dalam budaya Melayu. Ianya datang bersama sikap rasisme yang dibawa oleh kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu ini. Kolonialisme memerlukan satu idealogi untuk menghalalkan penghisapan tenaga buruh anak-anak tanah jajahan.

Justeru mereka yang dijajah wajib dilihat lebih rendah dari tuan penjajah. Yang perlu dijadikan kuli oleh British di ladang getah di Tanah Melayu ialah warga pariah kerana mereka adalah warga dari kasta yang terendah dalam budaya Hindu. Yang menjadi mandur dari kasta yang lain. Yang menjadi manager juga dari kasta yang lain. Ini adalah cara penjajah menjajah.

Amat jelas perkatan tanda dan makna pariah ini bukan diwujudkan oleh manusia Melayu. Pariah ini lahir dari sistem kasta Hindu itu sendiri. Manusia Melayu tidak memiliki nilai penghinaan apabila bertembung untuk kali pertama dengan perkatan ini. Malah yang membawa masuk ke Tanah Melayu nilai penghinan terhadap perkataan -pariah - ini ialah orang-orang dari India itu sendiri yang kini tinggal di Malaysia tetapi dengan bangganya masih lagi mengamalkan sistem kasta.

Jangan silap faham di sini. Apa yang saya tulis ini bukan untuk menunjukkan bahawa manusia Melayu ini suci dan tidak memiliki prasangka atau sifat benci terhadap orang luar. Sikap benci terhadap ‘orang lain’ ini bukan hanya dimonopoli oleh Hitler atau kaum Zionis atau kuam penjajah. Ianya wujud dan dimiliki oleh semua budaya bangsa. Yang ingin saya paparkan ialah bagaimana perkataan melahirkan konsep, tanda dan makna. Dan bagaimana budaya membudayakan perkataan itu.

Justeru adalah tidak adil untuk menilai novel Interlok dengan sensibiliti hari ini. Ini samalah juga seperti tidak masuk akalnya untuk kita mengubah kitab Salalatus Salatin kerana ada menggunakan perkataan keling. Atau kita wajib menggantikan nama Tanjung Keling kerana adanya perkataaan keling pada tanjung ini.

Biar saya bawa keluar, ke dunia sastera yang penulisan di Amerika Syarikat. Mark Twain (1835 – 1910) adalah penulis yang telah dinobatkan sebagai penulis agung untuk budaya negara bangsa Amerika. Buku Adventures of Huckleberry Finn adalah kitab wajib untuk seluruh warga Amerika.

Buku Adventures of Huckleberry Finn ini ditulis pada tahun 1885 - seratus enam puluh lima tahun dahulu. Di dalam buku ini ada menggunakan perkataan ‘nigger’. Pada tahun-tahun 60-an lahirnya pejuangan Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat. Maka lahir satu kesedaran dan sensibiliti baru yang mana warga berkulit hitam marah kalau dipanggil nigger. Perkatan ini dianggap rasis.

Ketika itu orang berkulit hitam di Amerika tidak marah kalau  dipanggil negro. Negro ini adalah hitam dalam bahasa Sepanyol seperti aswad dalam bahasa Arab. Kemudian lahir sensibiliti baru yang mana perkataaan negro ini juga dilawan dan ditentang. Orang hitam di Amerika Syarikat hari ini mahu mereka dipanggil African America.

Lihat bagaimana berlaku perubahan dan sensibiliti. Ada juga Kepala-kepala Angin yang tidak faham tentang sastera dan budaya telah mengkritik buku Mark Twain. Kepala Angin di Amerika agak cerah sedikit kerana mereka tahu sadikit sebanyak tentang sejarah dan makna upacara bakar membakar buku ini. Mereka tidak ingin diasosiasi dengan cucu cicit Hitler. Hingga ke hari ini buku Mark Twain ini adalah buku wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui budaya dan sastera Amerika.

Biar saya bawa ke zaman Baitul Hikmah - pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Aminul Rashid ( 763-809) dan pada zaman anaknya Al-Makmum (813-833). Ini adalah zaman kegemilangan perkembangan ilmu pengetahun di negara Arab yang berpusat di Baghdad. Pada zaman ini buku falsafah dari Greek telah diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh para ilmuan Arab.

Al-Farabi dan Ibu Sina dua ahli falsafah Arab/Islam bukan sahaja menterjemahkan buku-buku Aristotle malah memberi makna dan pengertian baru. Dalam sejarah falafah kuno dan moden Al-farabi amat penting sekali sehinggakan dinamakan Aristotle Kedua. Tanpa ahli-ali falsafah di Baitul Hikamh ini tidak akan terbuka zaman Pencerahan di Eropah.

Ini tidak bermakna buku dan falsafah mereka yang mengajukan rasionalisme tidak ada yang menentang. Al-Ghazali (1058–1111) yang datang kemudian telah menentang pandangan dan falsafah Al-farabi dan Ibnu Sinna. Tetapi bukan dengan membakar buku-buku yang terawal. Apa yang dilakukkan oleh Al-Ghazali ialah menulis buku Tahafut-al-falasifa untuk menjawab buku-buku Al-Farabi dan Ibu Sinna. Dengan ini memperkayakan debat keilmuan hingga ke hari ini.

Membakar buku untuk menunjukan tentangan adalah senang. Buku Salman Rushdi dibakar. Buku Tunku  dibakar dan kini buku Abdullah Hussain pula dibakar. Nyatalah susuk-susuk yang suka membakar buku-buku ini tidak memiliki nilai ilmu pengetahuan dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan kepada buku. Justeru mereka membakar buku……(sumber TT,baca penuh TT 11 januari 2011)

10 Januari 2011

KAUM TAMIL INDIA MALAYSIA...TERIMALAH KENYATAAN!

KAUM Tamil lndia Malaysia terimalah kenyataan! ldentifikasikanlah diri anda semua sebagai bangsa Malaysia, bukan bangsa lndia.Anda semua hanyalah keturunan lndia dari negara lndia tetapi anda adalah bangsa Malaysia berwarganegara Malaysia.Jika anda mengidentifikasikan sebagai orang atau bangsa lndia bagaimana mahu menyatakan diri anda menyokong gagasan satu Malaysia?Sebab itu dalam ilmu antropologi dan sosiologi konsep asimilasi adalah proses penyerapan dan penerimaan yang boleh memupuk ke arah perpaduan,persefahaman dan kejayaan. Tetapi anda semua menolak! Oleh itu anda tidak perlu marah jika dari generasi ke generasi masyarakat setempat tetap mengatakan anda pendatang atau imigran.Salah siapakah? Sebenarnya anda sungguh bertuah kerana asimilasi ala Malaysia tidak memisahkan anda dengan adat resam budaya,bahasa dan agama anda.Sebab itu anda bebas belajar di sekolah jenis kebangsaan, ke kuil,ke tokong dan sebagainya walaupun majoriti warganegara Malaysia berbahasa Melayu atau Bahasa Malaysia,mengamalkan adat istiadat budaya berteraskan Melayu-lslam, beribadat di masjid dan surat dan seumpamanya.lni selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Anda bebas..tetapi bebas juga ada batasan dan sempadan.lngat,di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung...cakap siang pandang-pandang,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.

Oleh yang demikian, laporan akhbar  9 Januari 2011 yang melaporkan ada segelintir kaum lndia membakar novel lnterlok karya SN Abdullah Hussain,90 serta tidak menghormati potret beliau adalah keterlaluan.Dalam erti kata lain seolah-olah tidak menghormati bahasa dan kesusasteraan kebangsaan negara,tidak menghormati ilmu dan dunia akademik serta bersikap tidak bertamadun.Apakah anda semua mahu dicap atau dilabel besikap pariah? Tentu tidak.TB merasakan masih ada golongan cerdik pandai keturunan lndia Malaysia yang masih waras. lngat anda semua bukan senasib masyarakat lndia Merah di Amerika Syarikat.Bahkan nasib lndia Merah di tanah tumpah leluhur mereka di bumi Amerika lebih walang dan malang umpama melukut di tepi gantang!

Sehubungan itu,ingatlah bahawa anda cuma hampir 8% (LAPAN PERATUS) sahaja daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.lngatlah bahawa BUMIPUTERA Malaysia yang lebih 65% beroleh berfikiran waras semula dalam PILIHAN RAYA UMUM akan datang boleh beralih arah.lngatlah selama ini pemimpim-pemimpin utama kaum lndia terdahulu seperti Sambanthan,Manicavasagam,Samy Vellu dan kini G.Palanaviel serta yang lain-lain termasuk T.Murugiah, Subramaniam bertanding dalam setiap pilihan raya di kawasan majoriti bumiputera- Melayu (Sungai Siput,Segamat,Hulu Selangor, Kapar dan lain-lain) dan kenyataannya MENANG DENGAN UNDI MELAYU.Bahkan atas kesepakatan dan kesefahaman,wakil kaum anda juga boleh dipilih dan dilantik sebagai senator.Dalam ayat yang lucu..."TB juga berkorban memberi kerusi senator kepada anda walaupun sebenarnya TB lebih layak menjadi senator daripada anda"

Usahlah bermain politik kotor.Politik boleh dibersihkan jika diterajui oleh orang-orang berilmu.Jadikanlah diri anda orang yang berilmu dan bertamadun serta mempunyai aras kecerdikan emosi yang tinggi.Kepada penulis-penulis Malaysia keturunan lndia seperti Joseph Selvam, Uthaya Sankar SB,Rajeswari tonjolkan keperibadian dan kemunculan anda dengan jiwa besar yang berilmu..luruskan jalan yang sempit.Usahlah diapi-apikan.Fahamkanlah bahawa hasil kesusasteraan adalah kerja seni yang ada nilai-nilai estetika selain sebagai perakam latar,budaya,sejarah yang semata-mata bersifat fiksyen.Dan kepada salah seorang ahli penasihat MAJLIS PENASIHAT Kemeneterian Pelajaran Malaysia, Prof Madya Dr Siva (jika tidak silap)tiba masanya anda memainkan peranan sebagai orang berilmu yang berpaksikan tradisi keintelektualan bagi menjelaskan kepada segelintir kaum lndia yang prejudis,berfikiran sempit dan berpolitik kotor.Silakan Dr Siva!

09 Januari 2011

ISU S.U.K SELANGOR YANG BARU

TIUB BOCOR paparkan kenyataan media berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor Darul Ehsan yang menjadi kontroversi baru-baru ini.Dengan kenyataan media daripada KSN Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan maka terpulanglah kepada para pembaca TB menilai dan menafsir input yang diperoleh agar kalian menjadi pembaca yang berilmu dan berketrampilan. Berikut adalah kenyataan tersebut: 



1. Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959 dalam Perkara LII (1) yang menyatakan bahawa:

“Lll. There shall be constituted the offices of State Secretary, State Legal Adviser and State Financial Officer; and the appointments there to shall be made by the appropriate Service Commission from amongst the members of any of the relevant public services”

2. Berdasarkan Perkara LII Perlembagaan Negeri Selangor, perkataan ‘appropriate Service Commission’ adalah merujuk kepada Suruhanjaya Pelantikan yang membuat pelantikan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Dalam hal ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah daripada pegawai-pegawai awam Persekutuan daripada Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan Suruhanjaya Pelantikan mereka adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana Perkhidmatan PTD itu adalah terjatuh di bawah perkara 132(2)(c) Perlembagaan Persekutuan iaitu ‘the general public service of the federation’. Perkara ini dinyatakan dalam Fasal (1) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.


3. Fasal 5(B)(i) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa:

‘Walau apa pun peruntukan Fasal (1) Perkara 135 dan Perkara 139 dan Perkara 141A, semua kuasa dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Pendidikan yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 dan 141A, selain kuasa membuat pelantikan pertama kepada perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, boleh dijalankan oleh suatu lembaga yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.” Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong telah membuat peraturan yang dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A)75/2010] bagi menjalankan kuasa SPA khusus berkaitan dengan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai awam Persekutuan. Oleh itu, penempatan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang saya selaku Ketua Setiausaha Negara mempengerusikan, sebagai suatu kuasa yang sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan merupakan ‘appropriate Service Commision’ menurut Perkara LII (1) Perlembagaan Negeri Selangor. Kenyataan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah tidak tepat dari segi undang-undang.

4. Perlembagaan Negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan suatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh itu perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi bukanlah sesuatu legal requirement di bawah Perlembagaan Negeri Selangor tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan courtesy untuk Sultan memperkenankan sesuatu cadangan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang akan menjadi ketua pentadbir di negeri Baginda. Dalam proses itu, jika mana-mana nama, jika ada yang dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor adalah juga sebagai suatu kelaziman dan courtesy sahaja. Apa yang sah dari segi undang-undang ialah pelantikan yang dibuat oleh ‘appropiate Service Commission’ atau oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa SPA seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 144(5B)(i) dan [P.U.(A)75/2010]. Oleh itu, pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai SUK Selangor adalah teratur dan sah dari segi undang-undang.

5. Di samping itu, Perkara LII, Perlembagaan Negeri Selangor 1959 tidak menyatakan sebarang keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat. Oleh itu, ketiadaan rundingan dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Selangor tidak menjejaskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu. Namun begitu mengikut amalan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai urus setia Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam mengemukakan cadangan nama-nama kepada kerajaan negeri yang berkenaan melalui Y.B. Setiausaha Negeri sebagai courtesy.


6. Misalnya Y.Bhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui surat bertarikh 23 November 2010 kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu telah memaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara dan JPA telah mengenal pasti dan memperakukan 3 orang calon untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Salah seorang daripada 3 orang calon itu adalah Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi. Cadangan 3 orang calon yang dikemukakan itu adalah berdasarkan kelayakan, pengalaman, sifat-sifat peribadi dan faktor kesesuaian.

7. Ketiga-tiga calon itu diyakini akan dapat menjalankan tugasan dan tanggungjawab dengan berkesan dan berwibawa serta berintegriti sekiranya dipilih untuk menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Surat bertarikh 23 November 2010 (Lampiran A) juga seterusnya memohon supaya nama 3 orang calon itu dirujuk untuk pertimbangan dan persetujuan Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya JPA melalui surat bertarikh 3 Disember 2010 (Lampiran B) kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu sekali lagi memperakukan 3 orang calon yang sama untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Surat tersebut juga memohon mendapatkan perkenan Sultan Selangor (sebagai amalan). Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu melalui surat bertarikh 13 Disember 2010 (Lampiran C) kepada JPA telah memaklumkan bahawa nama 3 orang calon itu telahpun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan Baginda telah perkenan supaya Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

8. Dalam proses pelantikan ini saya tidak mengambil input politik dalam urusan pelantikan tersebut dan tidak merujuk kepada mana-mana Anggota Pentadbiran Persekutuan termasuk Y.A.B. Perdana Menteri. Urusan tersebut dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan Ketua Setiausaha Negara (dan Lembaga Kenaikan Pangkat) dengan Kerajaan Negeri Selangor. Pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 serta amalan, di mana terdapat elemen konsultasi dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Proses konsultasi ini dilaksanakan dalam proses pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi negeri-negeri lain yang berkaitan sama ada negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional ataupun yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional termasuk pelantikan Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

9. Tidak timbul isu penolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri bukan merupakan pelantikan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010].

10. Dalam urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai Persekutuan di peringkat negeri, saya selaku Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak mengambil input politik dalam urusan pelantikan tersebut dan tidak merujuk kepada mana-mana Anggota Pentadbiran Persekutuan termasuk Y.A.B. Perdana Menteri. Urusan tersebut dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan saya selaku Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat dengan kerajaan negeri yang berkenaan melalui Setiausaha Kerajaan negeri berkenaan.


(Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan)
Ketua Setiausaha Negara

08 Januari 2011

lNTERLOK: NOVEL SEMASA PEMILIHAN TEPAT!

ISU pemilihan novel lnterlok karya SN Abdullah Hussain,90 tiba-tiba menjadi isu yang dipolitikkan oleh sesetengah pemimpin perkauman yang tidak matang dan berfikiran dangkal.lnterlok salah sebuah novel yang memenangi hadiah  Peraduan Menulis Novel sempena 10 tahun kemerdekaan Malaysia (1967)lalu dipilih menjadi teks SPM bagi subjek KOMSAS BAHASA MELAYU iaitu komponen sastera dalam P&P Bahasa Melayu SPM.Desakan yang keterlaluan daripada pemimpin MIC iaitu T.Murugiah, T.Mohan dan Palanaviel  dan lain-lain agar Kementerian Pelajaran Malaysia menarik balik cadangan novel tersebut dijadikan teks kerana  ada perkataan PARIAH adalah bagaikan membuka pekung di dada, meludah di langit terpercik muka sendiri masyarakat lndia juga.Alasannya perkataan tersebut memberi impak kepada masyarakat lndia Malaysia tidak kukuh.
Soalnya adakah Murugiah, Mohan, Palanaviel atau sesiapa yang menentangnya sudah membaca novel tersebut? Jawab! Sudah bacakah? Belum membaca, baca dahulu.Belum membaca,diam sahajalah!

Latar lnterlok berkisar ketika zaman sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang British sebut 'Malaya' iaitu sekitar awal abad ke-19.Kedatangan orang-orang lndia dari lndia dan Cina dari China kerana keperluan ekonomi British sama ada di ladang-ladang getah dan di lombong-lombong bijih timah telah membuatkan mereka yang datang ke Malaya lantaran tuntutan kemiskinan hidup telah berusaha mencari rezeki. Di sebuah ladang getah orang Melayu,Cina,lndia hidup bersatu padu atas nama sebuah kehidupan dan mencari rezeki.Sebenarnya, Abdullah Hussain telah mengibarkan bendera Satu Malaysia terlebih dahulu atas semangat kekitaan dan perpaduan.Penduduk yang berbilang kaum ketika itu berpegang kepada di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.

Dalam pergaulan masyarakat ketika itu masing-masing tidak lepas membawa cara pemikiran masyarakat leluhur tanah air asal mereka.Justeru sudah tentu adat istiadat, bahasa, cara berkomunikasi terpancar dalam pergaulan mereka.lnilah realistiknya latar yang dipaparkan oleh Abdullah Hussain sebagai perakam waktu dan zaman menerusi karya fiksyennya. Atas nama seni dan nilai-nilai estetika mengapakah mahu dipolitikkan? Yang nyata, dalam agama hindu sendiri ada menyebut kasta masyarakat mereka iaitu Brahmin,Sastria,Paria dan seumpamanya.Sementelahan pula apa yang digambarkan oleh novelis tersebut adalah masyarakat lndia di lndia yang mana rata-ratanya ketika itu masih berwarganegara lndia.Bahkan bukan menggambarkan tatcara kehidupan masyarakat lndia warganegara Malaysia bahkan pengarang juga menggambarkan situasi jelek masyarakat Melayu dan Cina juga.Namun tidak ada sebarang bantahan daripada orang Melayu dan Cina.Sebabnya,kerana mereka faham bahawa taraf dan maju mundur sesuatu bangsa atau keturunan bukan kerana taraf bangsa itu tetapi kerana ilmunya, akhlaknya dan daya usahanya.

Usahlah melenting.letakkan emosi kalian berada di aras kecerdasan yang tinggi..memadailah setakat itu ulasan TB walaupun masih banyak mahu diperkatakan.Abdullah Hussain Sasterawan Negara yang unggul dan panjang sejarah penulisannya dan usianya patutlah dihormati. Siapakah Murugiah,siapakah Mohan, siapakah Palanaviel yang mahu mempersoalkannya?Anda semua sudah bacakah? Belum baca,diam sahajalah!!!!!.



  
ISTERI

lsteri yang setia
adalah sahabat sejati
lsteri yang sejati
adalah kekasih abadi
lsteri yang abadi
adalah berjiwa serikandi
lsteri yang hadir dalam kehidupan
tatkala saling kedapatan
lsteri yang hadir dalam kesepian
tatkala saling kerinduan
lsteri yang hadir dalam keresahan
tatkala saling berjauhan.

DRH,7.1.11

06 Januari 2011

Bahasa Jiwa Bangsa: Fahamkah kita?

PERUMPAMAAN Melayu ada menyebut  'Yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran', 'Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul', 'Jikalau tidak tahu menari,janganlah dikatakan tanah tinggi rendah', 'Mendengar guruh di langit,air tempayan dicurahkan' maka 'Jikalau sesat di hujung jalan,pulanglah ke pangkal jalan'....Begitulah keluh-kesah, aneka ragam dan haru-biru apabila isu Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diperkatakan di mana-mana .Walhal bahasa Melayu telah lama terbukti sebagai lingua franca, bahasa dakwah lslamiah,bahasa perdagangan, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu dan persuratan sejak awal abad yang ke-12 lalu.Yang nyata musuh bahasa Melayu bukan di luar lingkungan Melayu tetapi adalah orang Melayu sendiri.Orang Melayu yang tidak putus-putus dibelit tidak berjiwa besar, mudah konflik diri dan hilang keyakinan diri serta kekaburan psikologi personaliti sering meraba-raba dalam kesiangan. llustrasi kartun di bawah mengajak pembaca budiman bergelak ketawa sambil berfikir:











K.DEVAMANY: PERHATIAN UNTUK ANDA:Cameron Highlands: Indah khabar dari rupa

APABILA berlaku kemalangan yang tragis melibatkan pelancong asing(rakyat Thailand) dan rakyat tempatan yang menggunakan bas persiaran baru-baru ini di jalan Simpang Pulai - Cameron Highland, TB ucapkan tahniah kerana di kaca TV, Ahli Parlimen Cameron Higland, K.Devamany dengan lantang telah mengkritik berhubung dengan rasa tidak puas hatinya berhubung dengan keadaan jalan raya yang curam,berselekoh tajam dan membahayakan pengguna awam.Personaliti K.Devamany yang selama ini TB lihat seperti wakil rakyat keturunan lndia atau wakil rakyat MIC jelas kelihatan kali ini betul-betul wakil rakyat penduduk Cameron Highland yang diwakilinya.He..he..he..itulah cermin Satu Malaysia yang patut dilakukan oleh setiap wakil rakyat sama ada daripada BN, PR atau Bebas.Namun di sini TB petik daripada suara hati seorang rakyat marhaen yang TB perolehi daripada sumber sebuah akhbar tempatan yang TB tujukan kepada K.Devamany agar cepat-cepat bertindak. Ingat dan awas Pilihan Raya Umum ke-13 akan tiba beberapa hari lagi. AYUH K.DEVAMANY:



CUTI sekolahan baru-baru ini saya dan keluarga melawat ke Cameron Highlands selepas lebih 16 tahun tidak berkunjung ke sana.
Itupun kerana memenuhi permintaan anak-anak kerana semasa dibawa bersama lebih 16 tahun dahulu mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Bagaimanapun, percutian kali ini yang diharap akan menjadi kenangan manis buat mereka menjadi sebaliknya gara-gara indah khabar dari rupa tentang Cameron Highlands.
Segalanya bermula sebaik sahaja kami mula menuju puncak Cameron Highlands dari Ipoh. Anak-anak saya bertanya adakah ini keadaan Cameron Highlands apabila melihat keadaan jalan yang berdebu hasil aktiviti kuari di situ.
Mula menjejakkan kaki di kawasan tanah tinggi kami disajikan dengan pandangan bukit-bukit serta lereng yang digondol dengan begitu luas untuk aktiviti pertanian. Kami singgah ke kebun sayur dan menyaksikan aktiviti pertanian dijalankan secara tidak sistematik dan menjejaskan alam sekitar.
Kami teruskan perjalanan dan mula merasai kesejukan udara Cameron Highlands lalu menutup pendingin hawa dan membuka tingkap kereta. Malangnya udara sejuk dan segar yang kami hirup hanya seketika apabila tiba-tiba kami terhidu bau busuk yang amat sangat. Kami tercari-cari punca datangnya bau tersebut dan amat terkejut apabila mendapati terdapat tapak pelupusan sampah betul-betul terletak di tepi jalan utama.
Melewati pekan-pekan kecil yang terdapat di Cameron Highlands mengingatkan kami kepada pekan-pekan kecil di Indonesia yang tidak teratur dan menyakitkan mata. Bangunan kedai termasuk kedai ‘hardware’ serta rumah kediaman didirikan sesuka hati di mana sahaja termasuk di tebing dan amat dekat dengan jalan.
Tanpa mempedulikan hal itu agar tidak menjejaskan mood percutian, kami terus melawat tempat-tempat menarik di Cameron Highlands berpandukan senarai yang terdapat dalam peta Cameron Highlands. Malangnya kami dapati kebanyakan tempat yang kami lawati tidak seindah dan menarik seperti dalam peta.
Setelah menginap satu malam di sebuah hotel empat bintang dengan sewa bilik yang mahal tetapi tidak mempunyai apa-apa keunikan, kami meninggalkan Cameron Highlands dan ingin balik melalui Tapah. Namun sekali lagi kami bernasib malang kerana disebabkan oleh keadaan papan tanda yang mengelirukan di Ringlet, kami telah termasuk ke jalan menuju Betau, Pahang.
Melengkapkan pengalaman pahit percutian kami di Cameron Highlands ialah sepanjang perjalanan tersesat menuju Betau, langsung tiada papan tanda yang membantu malah tempat untuk berhenti rehat dan membuang air juga langsung tidak disediakan.
Kepada semua yang berkenaan dan mempunyai bidang kuasa untuk melakukan sesuatu, bertindaklah sekarang sebelum terlambat. . .
Pelancong Kecewa
Selangor Darul Ehsan
(sumber UM)

05 Januari 2011

Lawak Setinggan Sifar Selangor: Suatu Ketika Dahulu...

SEPERTI  yang dilaporkan rumah setinggan di mana-mana khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan, para penghuninya tidak wajar diberikan pampasan walau satu sen pun atas alasan mereka mendiami tanah hak milik kerajaan. Bahkan ada laporan mendedahkan terdapat penghuni  rumah setinggan yang berkemampuan dengan terbukti mereka berkereta dan memiliki pelbagai harta sampingan. Namun dikatakan kerajaan tidak bersikap kejam atau zalim apabila  kerajaan bertindak merobohkan rumah mereka.


 TB bersetuju atas isu tersebut. TETAPI apa yang amat menyedihkan ialah proses perlaksanaan, kaedah penguatkuasaan dan sejauh mana objektif  setinggan sifar mencapai matlamat murninya tanpa menganiaya golongan miskin yang menjadi peneroka bandar ini.
Kita masih ingat, Kampung Konggo sebuah kawasan perumahan setinggan terkenal  di Kuala Lumpur pada awal tahun 1970-an. Pihak DBKL dengan pelan sistematiknya telah menukarkan wajah Kampung Konggo kini menjadi Bandar Tun Razak  sebuah kawasan perumahan yang menjadi kebanggaan kita iaitu sebuah kawasan bandar yang didiami majoriti orang-orang Melayu. Penduduk Melayu Kampung Kongo ketika itu tidak menghadapi masalah besar kerana rumah-rumah yang dibangunkan di kawasan tersebut mampu dibeli dan dimiliki oleh mereka dengan harga yang amat kompetitif dan fleksibel.


Namun demikian malang dan ironisnya, ada kes-kes kaedah melaksanakan penguatkuasaan seperti di Kampung Berembang,Ampang,Selangor agak kasar dan keterlaluan. Bayangkan betapa pilu dan terharu anak-anak yang masih di bangku sekolah
tiba-tiba rumah setinggan  ibu bapa mereka dirobek oleh jentolak pada ketika anak-anak tersebut mahu bersekolah pada keesokkan harinya. Bayangkan bagaimana nasib anak-anak tuan
/puan yang mengalami insiden tersebut? Bayangkan apakah yang boleh difahami oleh anak-anak yang masih di bangku sekolah rendah?Bayangkan  apakah kesan psikologi dan trauma di jiwa mereka?lni adalah sekadar  contoh satu episod.



Seperkara lagi, pihak kerajaan juga wajar memikirkan aspek psikologi sosial,budaya dan ekonomi para peneroka bandar atau para penghuni rumah setinggan ini. Mereka sudah bertahun-tahun tinggal di rumah setingkat tetapi mahu dipindahkan di kawasan rumah pangsa kos rendah yang berpuluh-puluh tingkat. Apatah lagi harga rumah pangsa kos rendah tidaklah dianggap murah. Justeru, tidak hairanlah mengapa para penghuni rumah setinggan di kampung Konggo dahulu, tidaklah begitu rasa tertekan kerana hasrat DBKL merubah kawasan setinggan tersebut kepada Bandar Tun Razak difahami falsafahnya oleh para penduduk ketika itu.Sebenarnya, banyak faktor boleh dikesani, jika kajian terperinci dapat dilakukan berhubung kaedah dan pendekatan dalam melaksanakan penguatkuasaan secara tegas dan efisyen tetapi berhemah.



Selain itu, perlaksanaannya hendaklah adil tanpa mengira ras, mengambil  kira sensitiviti agama, lokasi dan persekitaran serta situasi setiap keluarga rumah setinggan.Bayangkan perasaan mereka yang sudah tinggal bertahun-tahun, tiba-tiba surau tempat mereka beribadah diranapkan dalam sekelip mata. Dan bagaimana pula tindakan ke atas mereka yang bukan sahaja mendirikan rumah-rumah setinggan di atas tanah milik kerajaan atau bukan hak milik mereka,tetapi mendirikan secara haram kilang setinggan, kedai/premis setinggan, rumah-rumah ibadat setinggan, bengkel setinggan, stor setingan dan bermacam-macam setinggan lagi? Di sinilah tindakan yang adil, saksama,tepat dan betul wajar dilakukan oleh pihak yang berkuasa demi melangsungkan niat murni kerajaan dalam tradisi membela rakyat agar tidak tercemar oleh tangan-tangan yang onar. 



TERKENANG-KENANG (3)


SYABAS kepada saudara Awang Selamat yang dalam ruangan Bisik-Bisik, Utusan Malaysia (20 Ogos 2007) mengkritik terhadap tuntutan dan rasa tidak puas hati HINDRAF iaitu pertubuhan tidak berdaftar keturunan India di Malaysia.

Saya tidak berhasrat menulis panjang. Saya dilahirkan dan dibesarkan pada zaman pramerdeka di sebuah ladang di Johor. Kami anak keturunan Melayu yang mana ibu bapa kami pekerja ladang milik lnggeris (Dunlop Estate Bhd.) hidup dalam serba kemiskinan dan daif.Saya juga senasib dengan teman-teman daripada kaum lndia dan Cina.

Dalam kemiskinan, kami semasa kanak-kanak sama-sama bermain walau berlainan sekolah. Setiap pagi apabila kereta ‘tuan-tuan Inggeris’ melintasi di hadapan berek kami, kami berdiri hormat tabik. Timbul azam di hati sejak kecil, pada suatu hari saya akan lebih berjaya daripada bangsa Inggeris. Ringkasnya, selepas 50 tahun, saya pernah menjejaki estet yang pernah membesarkan saya tetapi hanya tinggal sisa-sisa kenangan.
Ramai daripada kawan saya keturunan India telah berjaya merubah nasib mereka, ada di antaranya telah menyandang jawatan profesor, ahli korporat, peguam, guru dan sebagainya.

Sejak bersekolah di darjah satu, saya telah biasa melihat perayaan pijak api Thaipusam (velvel) di kuil estet berhampiran sekolah kebangsaan saya awal 1960-an.Bayangkan betapa toleransi kehidupan agama di negara kita. Yang nyata, susurilah bandar raya Kuala Lumpur, Jalan Masjid India, Jalan Gereja, Jalan Tuanku Abdul Rahman; adakah tiada premis/gedung perniagaan milik kaum India jika dibandingkan milik bumiputera?
Begitu juga sebuah kuil yang gah  di tengah-tengah Kuala Lumpur antaranya di Jalan Petaling/Jalan Bandar/Jalan T.S Lee.Begitu juga kisah Batu Cave, yang semasa kecil dahulu atau generasi sebelum saya mengetahuinya sebagai legenda rakyat asal-usul Nakhoda Si Tanggang dan kapalnya yang disumpah menjadi batu kerana derhaka kepada ibu (berdasarkan versi Si Tanggang tulisan A. Samad Ahmad).

Sekarang lihatlah kenyataan mengenai Batu Cave . Apa yang difokuskan dalam peta pelancongan negara kini?
Milik siapakah Batu Cave sekarang? Tidakkah bertuahnya kaum lndia di Malaysia kini? Siapakah Ananda Krishnan, Tony Fernandez dan ramai lagi ahli bisnes keturunan India yang kaya dan berjaya?
Fikirkan, agar kita semua rakyat Malaysia tahu bersyukur dan berterima kasih atas nikmat yang telah diperoleh agar tidak menyinggung perasaan kaum lain serta bersama-sama menjunjung Perlembagaan negara dan memahami kontrak sosial yang telah dimeterai bersama. Terlalu banyak mahu diperkatakan tetapi memadailah.(Hindraf perlu syukur nikmat di Malaysia ) sumber Utusan Malaysia (21/8/07)


DR. RAJIEE HADI,

Presiden,
Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur.

04 Januari 2011

KUASA PENGGUNA!

KEMENTERIAN Hal Ehwal Pengguna dan Perdagangan Dalam Negeri (KHEP&PDM) sejak tahun lepas hingga kini sibuk menjalankan kempen KUASA PENGGUNA.Kuasa Pengguna sebenarnya bukan setakat melapor segera kepada KHEP&PDN mana-mana penjual atau premis yang menjual terus barangan tidak mengikut harga siling atau semasa yang dibenarkan atau menaikkan harga sesuka hati sahaja. Tetapi apa yang sebenarnya menyedarkan orang awam atau pengguna erti apa sebenarnya kuasa pengguna jika disatuhatikan dengan kesepakatan bagi menentang golongan peniaga lintah darat,pedagang kapitalis yang menindas atau apa jua penentangan terhadap ketidakadilan sosial.

Lihat bagaimana bank-bank perdagangan yang sentiasa mengenakan caj,bayaran tambahan faedah,bayaran tersembunyi dan sebagimananya.Lihat juga bagaimana sistem sewa beli (H&P)yang menyembunyi segala penindasan yang tersembunyi melalui 'terms &conditions' dalam bahasa lnggeris dengan terma-terma yang tidak difahami yang mana akhirnya memerangkap pengguna.Sebagai contoh mudah; tidak ramai pengguna yang tahu bahawa mengikut Akta JPJ 1987 bahawa kad pendaftaran kereta yang dibeli melalui pinjaman sewa beli hendaklah disimpan oleh penama atau pembeli kereta berkenaan.Dengan ini memudahkan pembeli/penama menguruskan hal ehwal pembaharuan cukai jalan, pemasangan NGV, pembaharuan insuran kereta dan sebagainya.Tetapi kerana ketidaktahuan ini ramai pengguna terperankap dan terikat dengan syarikat-syarikat kewangan atau bank yang membiayai pinjaman ketika mahu menguruskan hal ehwal kereta seperti urusan tersebut.Kerana apa? Dengan ini pengguna terpaksa membayar caj servis,memberi komisyen kepada pihak berkenaan.lni membebankan pengguna secara halus!

Diringkaskan cerita, marilah kita semua pengguna bersatu hati, satu Malaysia, satu dunia menentang ketidakadilan dan penindasan.Kepada FOMCA, Persatuan Pengguna lslam Malaysia, Persatuan Pengguna peringkat negeri,mulai sekarang beralihlah kepada isu-isu kebajikan pengguna daripada bermain 'politik' untuk memperoleh publisiti murahan..kami pengguna tetap menyokong kalian!

03 Januari 2011

KEPADA PEMBELI RUMAH.....

BAGI penjawat awam walaupun kelayakan pinjaman perumahan ditambahkan hingga mencecah antara RM300ribu hingga RM450ribu tetapi natijahnya apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang bagi kepentingan awam?Meminjam bukan bererti si berhutang boleh goyang kaki. Tidak semena-mena harga rumah melonjak naik.Naik menggila! Bayangkan jika seorang penjawat awam yang baru bekerja sekitar 5-10 tahun bergaji bulanan di bawah RM3ribu tetapi terpaksa memotong bayaran bulanan pinjaman perumahan antara RM900-RM2ribu maka lebihan wang itulah untuk sara hidup bersama keluarga termasuk makan minum,pendidikan,ubatan,kereta,petrol dan lain-lain lagi yang serba mencengkam.Apakah ini tidak memberi kesan psikologi,tekanan dan kemurungan jangka panjang?Dan tidak hairanlah kesannya antara lain boleh timbul konflik minat, prestasi kerja,rasuah dan bermacam-macam salah laku.

Justeru anda yang mahu membeli rumah ikutlah garis panduan kepenggunaan.Beli rumah yang sudah siap, harga yang masuk akal dan jangan terburu-buru.Dapatkan S & P (perjanjian jual beli:jika rumah terpakai) dan apa jua dokumen berkaitan.Bagi membeli rumah atas tangan orang lain dapatkan dulu quatation harga secara percuma daripada Jabatan Penilaian,Kementerian Kewangan di pejabat berhampiran hartanah itu mahu dibeli.
lni bagi memastikan anda layak meminjam amaun yang dikehendaki sama daripada Perbendaharaan Kerajaan atau bank-bank tempatan.Seterusnya anda gunakanlah khidmat Guaman/Pejabat Peguam bagi menguruskan seterusnya proses pinjaman,pembelian dan pembayaran.Hati-hatilah.Dapatkanlah khidmat nasihat lanjut daripada Kementerian Hal Ehwal Pengguna.Pepatah Cina ada menyebut bahawa 'anda yang memiliki rumah umpama anda memiliki sebuah negara'.

SELAMATKAN KAMPUNG WARISAN MELAYU!!!

SEMPENA semangat tahun baru 2011 bersama-samalah kita selamatkan kampung warisan Melayu yang berbaki ini daripada dirobek,diratah dan mahu dihapus padam secara halus atas nama pembangunan oleh kapitalis-kapitalis lintah darat dan cukung-cukung yang kian rakus dan bersikap tamak bermaharajela ini.Seruan ini khusus di kawasan Lembah Kelang dan Kuala Lumpur dan kesemua kawasan bandar di Malaysia. Mengapa atas nama pembangunan kampung-kampung warisan Melayu yag menjadi mangsa? Anehnya kawasan-kawasan kampung baru dan setinggan yang didiami kaum bukan Melayu seperti petempatan kaum Cina di Balakong,Serdang Lama, Seri Kembangan,Jinjang, Cheras, Kepong, Sungai Besi dan lain-lain tidak pula disentuh. lni menjadi tanda tanya dan menghairankan. Apakah tidak ada dalam kepala fikir orang-orang UMNO, DBKL, PBT, PKR,DAP,MCA,MIC, PAS, PERKASA dan lain-lain yang kononnya memperjuangkan keadilan?

01 Januari 2011

LITTLE INDIA ADA.....MALAY AREA..yeeleek!

ENTAH  apa igau mimpi Najib Razak menobatkan kawasan atau Jalan Brickfield Kuala Lumpur sebagai Little lndia membuatkan TB pening kepala.Jikalau kerana untuk menarik kehadiran pelancong dari lndia, sejarah telah membuktikan bahawa sejak Malaysia belum mencapai kemerdekaan 1957 kebanjiran pendatang dari lndia telah menjadi lipatan sejarah. Bahkan dalam buku Sejarah Melayu telah disebut adanya hubungan dagang antara Benua Keling dengan kerajaan Kesultanan Melaka sejak abad yang ke-15 lagi.

TB yang pernah menjadi guru di Sekolah Rendah Brickfied,Kuala Lumpur sekitar tahun 1976 dahulu tidak merasakan sangat kawasan tersebut berunsur keindiaan lantaran di situ terdapat penduduk atau murid-murid pelbagai kaum termasuk bangsa Melayu, kaum Cina, lndia,Serani dan lain-lain.Murid-murid Melayu bukan setakat datang dari  kawasan Brickfied bahkan dari Bangsar,Kampung Haji Abdullah Hukum, Taman Ghazali Shafie (kini telah tiada) dan persekitarannya.Ketika itu pawagam Lido yang sering menayangkan filem-filem hindi menjadi tumpuan hujung minggu.

Dipendekkan cerita, TB amat sedih kerana dalam semangat Satu Malaysia yang diwarwarkan mengapa Najib Razak cuba melakukan polarisasi kaum dengan memecahkan sesuatu kawasan mengikut kaum. Apa untungnya?Apa faedahnya?. Jika mahu menarik kebanjiran pelancong; usahlah bermimpi, usahlah gusar. Kini negara kita telah wujud pelancong tetap sekitar 2-3 juta orang yang berstatus pelencong bukan setakat dari lndia tetapi yang datang dari pelosok dunia! Kita bukan setakat dikunjungi pelancong@pelencong dari Vietnam,China,Myanmar,lndonesia,Nepal bahkan dari negara-negara Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin termasuk Peru,Bolivia, Venezuela dan sebagainya.

Mengwujudkan Little lndia di Brickfield bagi tujuan memikat hati adalah sesuatu yang hipokrasi.Bagi penduduk keturunan lndia Malaysia, Kuala Lumpur bukan setakat mewajahkan Brickfield sebagai Little lndia tetapi wajah mereka di Kuala Lumpur telah sedia ada Jalan Masjid lndia, Jalan lpoh,Jalan Gereja , Jalan Sentul dan Batu Cave yang seakan-akan didominasi oleh kaum tersebut.Begitu juga China Town yang sinonim dengan Jalan Petaling Kuala Lumpur seolah-olah menggambarkan tiada unsur kecinaan di tempat-tempat lain di Kuala Lumpur atau di Malaysia. Walhal hakikatnya baik di lpoh,George Town,P.Pinang, Muar, Johor Bahru,Sibu,Miri,Kuching dan seluruh Malaysia semua bandar atau kota yang tebal unsur kecinaannya!

Yang ironisnya,sedihnya, orang Melayu sendiri ramai yang tidak tahu di manakah letaknya Jalan Melayu Kuala Lumpur. Bahkan Kampung Baru yang merupakan kampung warisan tradisi orang Melayu asal di Kuala Lumpur mahu dihakiskan idenititinya dari muka bumi Kuala Lumpur.Orang-orang Melayu telah hilang Kampung Cubadak,Kampung Berembang, Kampung Konggo, dan beberapa kampung tradisional Melayu di Kuala Lumpur tetapi penempatan kaum Cina dan lndia pula dinobatkan kewujudan mereka.Soalnya, apakah jenis Melayu ini yang tidak berbangga menjadi Melayu setelah nama Tanah Melayu tanah air mereka juga dihapuskan demi menjaga hati orang lain.

SELAMAT TAHUN BARU 2011

TB mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pembaca yang terus setia melayari saban waktu blog ini.  Semoga pembaca yang budiman akan terus berfikiran kreatif dan kritis.

Salam daripada TB dan team di pinggiran Gunung Ledang Negeri Johor Darul Takzim.