MENURUT epik Laos, Phra Lak Phra Lam, Vientiane diasaskan oleh Putera Thattaradtha. Thattaradtha telah meninggalkan kerajaan Muong Inthapatha Maha Nakhone selepas adindanya merampas takhta daripadanya. Dia mendirikan sebuah bandar di tebing barat Sungai Mekong, iaitu Maha Thani Si Phan Phao, yang menjadi bandar Udon Thani di Thailand hari ini.
Pada suatu hari pula, seekor naga menyuruh Thattaradtha mendirikan sebuah bandar baru di tebing timur Sungai Mekong. Thattaradtha menamakan bandar ini Chanthabuly Si Sattanakhanahud, yang merupakan bandar Vientiane hari ini.
Sungai Mekong ditabiri senja |
Pada abad ke-14, Vientiane menjadi sebuah bandar penting kerajaan Lan Xang dan dijadikan ibu kotanya pada 1560. Selepas kejatuhan kerajaan Lan Xang pada 1707, Vientiane menjadi sebuah negara kota yang merdeka. Pada 1779 pula, bandar ini pula ditakluki oleh kerajaan Siam.
Perancis mula berkuasa di Indochina dan mengambil alih pemerintahan Vientiane pada 1893 dan menjadikannya pusat pentadbiran Laos pada 1899
Sebagaimana Phnom Penh, Cambodia di pinggir Sungai Mekong dengan bangunan tradisi warisan Perancis, di dataran Mekong River Front, Viettiane, Laos ini juga merupakan kawasan tumpuan para pelancong khususnya dari Eropah dan Australia bersantai di penghujung sore menantikan sang mentari memukau alam di cabang Sungai Mekong yang bersejarah seperti ungkapan puisiku:
SUNGAI MEKONG, SUATU SORE
Sungai Mekong menyimpan cerita
legenda perang dan kuasa
di timurnya Myanmar
di baratnya Vietnam
di utaranya China
di selatannya Thailand
sungainya terus membawa sarat
suka derita angkara
Sungai Mekong menyimpan lara
ada luka berdarah
ada punah asmara
ada harapan punah
ada kisah bermadah
sungainya terus membawa muatan
kunjungan dagang pendatang
Sungai Mekong penghubung negara
kasih sayang dagang santeri
impian tanpa sempadan
kapal pun berlabuh
setiap alun pertemuan
tanpa warna fahaman
sejak zaman berzaman!
RAJIEE HADI,
Sungai Mekong,Laos.
26 November 2012,
kunjungan dagang pendatang
Sungai Mekong penghubung negara
kasih sayang dagang santeri
impian tanpa sempadan
kapal pun berlabuh
setiap alun pertemuan
tanpa warna fahaman
sejak zaman berzaman!
RAJIEE HADI,
Sungai Mekong,Laos.
26 November 2012,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan