Salam Perjuangan

04 November 2012

NAZIR MUSA: SEMOGA SELAMAT MAJLIS

NAZIR Musa teman lama sekuliah di UPM mengadakan majlis kenduri/walimatulurus sulung perkahwinan anak lelakinya di Dewan Persatuan Sejarah Malaysia di Wisma Persatuan Sejarah Malaysia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada hari ini. Mengenai sdr Nazir Musa, TB tidak berapa tahu perkembangan kerjayanya secara terperinci.

 Apa yang TB tahu, beliau pernah bertugas di lnstitut Perguruan Sultan ldris Tanjung Malim (IPSI//SITC) sebagai pensyarah. Kemudian beberapa tahun kemudian TB dapat khabar beliau ke London UK.TB tidak pasti sama ada Nazir melanjutkan pelajaran atau ada urusan peribadi atau keluarga.Agak lama juga Nazir di kota London sehingga TB dimaklumkan beliau bergerak aktif dalam Kelab UMNO di UK bersama aktivis pelajar Malaysia di UK sana.

 TB juga menerima berita angin bahawa pemergian Nazir ke sana atas tiket cuti belajar tanpa gaji. Sebenarnya TB tidak pasti. Sehinggalah TB bertemu wajahnya di suatu majlis ringkas pada penghujung tahun 2011, TB tidak sempat berbual panjang walaupun sudah lebih 20 tahun tidak bersua muka. Alhamdulillah, Sdr Nazir masih ingat pada TB dengan kiriman SMS dan kad undangan majlis perkahwinan anaknya. TB hantar beberapa kali SMS tetapi tidak pernah berbalas

.Beberapa hari lalu,TB buat panggilan telefon dapat bercakap dengannya. Suaranya dan gerak nadanya agak riang,meyakinkan dan sudah pasti dalam sihat ceria.TB bertanya; di manakah dia kini bekerja. Beliau ceria menjawab bertugas di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Berdasarkan sejarah kerjaya dalam perkhidmatan di KPM tentulah beliau telah menjawat pengetua atau pensyarah kanan atau pegawai kanan di KPM.Tetapi Nazir memberitahu, beliau menjadi guru biasa; mengajar seperti dahulu.Apa yang TB rasai, beliau gembira kerana dapat kembali dunia keguruan yang mungkin sudah agak lama beliau tinggalkan. Bagi TB asalkan Nazir sihat walafiat, kembalinya beliau bagai sirih pulang ke gagang amat menggembirakan. Sama ada Nazir kini recycle atau sebaliknya; beliau tentu dapat merasai nikmat dan hikmah dalam kehidupan.

Sdr Nazir memberitahu akan ada pertemuan reunion dengan teman-teman sekuliah UPM masa lalu antaranya ada yang kini menjadi Ahli Parlimen (Datuk Dr Shahrum 0sman, Lipis), TNC sebuah IPTA,Ketua-Ketua Pengarah, Pengarah, Pengetua dan sebagainya, TB ucapkan selamat maju jaya dari jauh. Sayang seribu kali sayang TB  berhalangan, TB tidak dapat hadir majlis dan perjumpaan pada hari ini.Walau anda kalian jauh di mata tetapi dekat di hati. Salam semua.(TB).

Tiada ulasan: