Pegawai muda tergesa-gesa dengan nota dan laptop
mahu ke pejabat membentangkan projek tranformasi
sambil menghirup secangkir kopi
isteri yang baru dinikahi entah di mana
Seorang pensyarah wanita yang kukenal dari jauh
berpakaian kemas dengan beg tangan berjenama
membuka tablet sambil menggenggam the star
baru kutahu telah pencen sebulan lalu
Di sebelahku sepasang famili memecah sunyi
dengan dua anak kecil yang betah membuli
si suami yang senior luas sulah di dahi
bertali leher rapi menutup lanjut usia
dengan isteri muda hanya santai awal pagi
bersama di meja sarapan
tanpa komunikasi
Dan anak-anak muda bergelak ketawa
dari sebuah institusi ternama
membuka kamus hidup mereka
bantuan ptptn dengan telefon pintarnya
serta kepulan asap rokok
membuatku perlahan-lahan meninggalkan
di sebuah restoran pagi dalam hidupku.
RAJIEE HADI
Glenmarie, TTDI Jaya.
1 November 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan