Sebelum makan tengah hari TB daftar masuk di
Hotel Huang Hai Long 2 yang lokasinya di pusat bandar berhampiran Benh Taht
Market yang manjadi nadi utama membeli-belah barangan murah di kota ini. Namun
awas, pembeli mesti bijak dan wajib menawar sekurang-kurang 70% daripada harga
barangan yang dijual di situ.
Bangunan bersejarah ini terletak kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang. Bangunannya sangat unik dengan senibina berunsurkan Gothik oleh Gustave Eiffel, seorang arkitek terkenal berbangsa Perancis.Setelah makan tengah hari di Restoran VN Halal Muslim Restuarant yang tidak jauh dari Hotel Huang Hai Long 2. Hari kedua hingga 16 Mac TB bertukar ke Hotel Boss yang jaraknya dalam beberapa meter sahaja untuk merasakan kelainannya. . Pada petangnya, TB berjalan kaki di sekitar Saigon Square iaitu kompleks beli-belah yang menjual pelbagai jenis pakaian.
Pengalaman berjalan kaki di Bandar Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon
memberikan kelainan kepada TB kerana dapat melihat banyak motosikal
ditunggang oleh rakyat Vietnam.
Di Ho Chi Minh sahaja terdapat empat juta
motosikal yang menjadi pengangkutan penting rakyat Vietnam.Ada juga di Vietnam
diisi dengan aktiviti santai di atas kapal persiaran yang berlayar di sepanjang
Sungai Saigon selama satu jam dengan bayaran AS$10.
Esoknya TB memulakan aktiviti ke Cu Chi Tunnels
yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Bandar Ho Chi Minh.

TB juga berpeluang menjamu juadah ubi kayu
bercecahkan kacang tumbuk dan air teh.
Petangnya pula, masa TB diisi dengan lawatan ke WarRemnants Museum, khas untuk memperingati Perang Vietnam. Muzium ini dibuka pada
September 1975 untuk memaparkan jenayah perang AS dan kerajaan boneka (Vietnam
Selatan) yang kemudiannya dikenali sebagai Muzium Jenayah Perang AS.Muzium ini terdiri daripada lapan bilik yang
dilengkapi dengan peralatan tentera.

Pada hari ketiga TB meneruskan aktiviti lawatan
ke perkampungan sekitar Sungai Mekong.Perjalanan mengambil masa selama dua jam dari Ho
Chin Minh dengan menaiki bot ke Unicorn Island. TB menaiki sampan menyusuri
denai sepanjang sungai. Di kiri kanan sungai terdapat banyak pokok nipah.Kami
sempat singgah di perkampungan nelayan yang terdapat kolam ternakan ikan dan dusun
buah-buahan.

Kunjungan menyaksikan pertunjukan puppetair di Thao Dien Village dengan bayaran AS$10. Cerita yang dipersembahkan agak
menarik tetapi disebabkan masalah bahasa kami tidak dapat menghayatinya.Pada
hari-hari berikutnya TB sempat meninjau dan memeerhati gelagat manusia termasuk
membeli-belah di Pasar Ben Thanh.
Pasar ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 6
petang kecuali Sabtu dan Ahad, dibuka seawal pukul 7 pagi.Berdekatan pasar
tersebut ada restoran halal yang diusahakan anak Malaysia iaitu Restoran Nyoya
Penag yang menyajikan teh tarik, nasi lemak, nasi baryani dan menu makanan
Malaysia yang lain.

Tips semasa membeli-belah di sini:
a) Tetapkan mata wang apa yang hendak digunakan.
Peniaga menerima dolar Amerika dan Ringgit Malaysia selain VDong.
b) Terus tawar separuh harga jika memang hendak
membeli barang tersebut.
c) Jangan melancong ketika cuti sekolah atau
musim perayaan. Peniaga akan menaikkan harga sesuka hati. Tambahan pula tiada
tanda harga.
e) Jangan hanya tertumpu kepada satu kedai atau
gerai. Peniaga akan menawarkan harga yang berbeza.
f) Bandingkan dengan harga barang yang sama di
Malaysia
Pada hari terakhir di Vietna 16 Mac, sebahagian
daripada masa TB meninjau semula kawasan membeli-belah di Pasar Ben Thanh.
TB sempat berjalan kaki ke Reunification Palace
tiket masuk USD1.50 dan beberapa kawasan bangunan warisan penjajah Perancis. Bangunan
ini yang sebelumnya dipanggil Independence Palace direka bentuk oleh arkitek
bernama Ngo Vit Th. Istana ini adalah rumah dan pejabat Presiden Vietnam
Selatan semasa Perang Vietnam.
TB tiba di lapangan terbang pukul 3 petang lalu mendaftar masuk. Urusan di sini lancar dan tidak menghadapi masalah. Cuma kesilapan TB tidak memasukkan botol-botol madu lebah yang amat asli ke dalam bagasi tetapi membawa ke laluan kastam maka tidak dibenarkan dibawa ke dalam pesawat.TB terasa amat terkilan. TB berlepas dengan penerbangan Air Asia pada petang 6pm dan tiba ke KLIA selepas magrib. TB bersyukur perjalanan dari KLIA ke Ho Chi Minh, Vietnam dan kembali ke tanah air berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Yang pasti, banyak yang TB pelajari daripada kunjungan ke rantau orang! (TB)
1 ulasan:
Catat Ulasan