Salam Perjuangan

10 November 2012

SJK CINA MAHU BANTUAN KERAJAAN TAPI TENTANG DASAR PENDIDIKAN NEGARA?

APA sudah jadi? Sudah melampau! Kaduk naik junjung, cacing naik ke mata! Begitulah reaksi orang ramai dengan sikap beberapa chauvinis Cina terhadap usaha kerajaan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.Apa pula respons DS Anwar lbrahim yang suatu ketika adalah jaguh bahasa kebangsaan negara kita?

Begitulah politik dan manipulasi politik. Semua mahu dipolitikkan tanpa memikirkan kepentingan generasi hari ini untuk masa hadapan.Yang terkini, Dong Jong dalam iklan surat khabar Cina tempatan menyeru masyarakat Cina keluar berama-ramai untuk proses menentang Dasar Pendidikan Negara (DPN) pada 25 November ini!

Sama ada MCA pun menangguk di air keruh atau mahu mensensasikan isu agar dapat menarik perhatian pengundi Cina menjelang PRU 13 sesiapapun boleh menjangkakan sedemikian.Justeru MCA berterusan mahu jadi 'jaguh' dan kononnya akan menyerahkan memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bagi menentang tambahan masa untuk pengajaran-pembelajaran BM di SJKC tahun 4. Adakah itu baru pelajar tahun 4 sudah bersikap begitu? Khabarnya MCA ada 25 resolusi untuk menentang DPN.

 lnikah double standard masyarakat Cina khususnya MCA? Bantuan untuk SJKC sering didesak dan diperolehi tetapi menentang pula DPN. Walhal Timbalan Menteri Pelajaran kini adalah 'orang MCA'. Adakah Timbalan Menteri Pelajaran daripada MCA ini gagal menerangkan aspirasi negara melalui sistem pendidikan kepada masyarakat Cina? Jika gagal di manakah maruah Timbalan Menteri Pelajaran ini?

Apabila timbul kelemahan penguasaan BM di kalangan murid-murid SJK maka berbuih-buihlah menyalahkan kekurangan guru dan prasarana. Tetapi apabila KPM mahu meningkatkan dan memantapkan BM di SJK maka di sisi negatif pula yang mereka bersuara. Justeru dengan ayat lain, sampai bilakah kerajaan mesti berlembut dan bertolak ansur? Sampai bilakah tidak ada ketegasan bagi setiap pelan pendidikan yang baik?Suatu ketika idea sekolah wawasan yang baik pun ditentang kerana di sudut hati mereka penuh dengan sampah-sarap yang busuk,hanyir dan meloyakan.Ada kemungkinan, jika pemerintah negara ini bertukar sebagaimana Singapura barulah mereka akur dan diam terkedu! (TB)

Tiada ulasan: