![]() |
TB di Phnom Penh |
PESAWAT yang membawa Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada 8.30 malam (Waktu Malaysia: 9.30 mlm) pada 17 November 2012.
Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Penerangan Kemboja Khieu Kannarith.
Sidang kemuncak berkaitan ialah Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean dengan Majlis Penasihat Perniagaan Asean, Sidang Kemuncak Asean-Jepun ke-15, Sidang
Kemuncak Asean-Republik Korea ke-15, Sidang Kemuncak Peringatan Asean Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asean-India ke-10, Sidang Kemuncak Asean-China ke-15,
Najib juga dijadual menemui Perdana Menteri China Wen Jiabao, Presiden Myanmar U Thien Sein dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung di luar sidang kemuncak itu.
Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih semula Barack Obama dijadual hadir pada mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-7.(sumber: TMI, 18/11/12)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan