BAIK Muktamar PAS, mahupun Persidangan Agung UMNO 2012 kali ini TB tidak dapat turut serta membuat liputan dan analisis langsung. TB sedar bahawa perhimpunan kali ini penting sebelum menjelang PRU ke-13 kali ini.
Tidaklah dapat dipastikan apakah perhimpunan kali ini akan menjadi sejarah dan momen pahit manis antara kedua-dua parti yang mewakili dominasi bangsa Melayu/lslam malaysia.
TB yang berada di luar negara, mendoakan agar bangsa`Melayu walau berada di mana-mana payung pun tetap matang dan bersatu apabila membabitkan hal perpaduan dan kesatuan agama, bangsa,pendidikan, kebudayaan dan adat resam.
Doa TB agar kita semua bersatu menuju kematangan dalam kehidupan, (TB)
BERJUANG TERUS BERJUANG DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KRITIS & ANALITIS MENGUPAS SOSIOPOLITIK BUDAYA & PENDIDIKAN, TANAH AIR DAN SERANTAU.
27 November 2012
Vang Vieng : Destinasi Pergunungan Laos
HARI ini TB bertolak dari Vientiane menuju Vang Vieng di sebelah utara menggunakan perjalanan darat hampir 4 jam.
Vang Vieng (Lao: ວັງ ວຽງ) adalah sebuah bandar yang berorientasikan pelancongan di Laos, yang terletak di Vientiane Province kira-kira empat jam menaiki bas salah satu jalan darat utama.. Bandar ini terletak di pinggir Sungai Nam Song. Ciri yang paling ketara di kawasan ini adalah landskap bukit batu kapur yang mengelilingi di sekitar bandarnya.
Vang Vieng mula wujud di sekitar 1353 sebagai lokasi perantaraan antara Luang Prabang dan Vientiane. Asalnya dinamakan Mouang Song selepas mayati Raja Phra Nha Phao Phai Naam dilihat terapung menyusuri sungai, bandar telah ditukar nama Vang Vieng semasa pemerintahan kolonial Perancis dalam tahun 1890-an. Pembangunan ketara bandar ini dari aspek infrastruktur berlaku sekitar 1964-73 ketika Perang Vietnam apabila AS membangunkan pangkalan Tentera Udara dan landasan yang telah digunakan oleh tentera udaranya. Landasan kapal terbang itu kemudian dipanggil 'Lima tapak 6'. Pada masa sekarang bandar ini berkembang lebih pesat disebabkan oleh kehadiran ramai pengembara, pelancong dan pengunjung yang tertarik dengan produk pelancongan yang bersifat pengembaraan lasak seperti aktiviti berkayak di Sungai Nam Song, jungle tracking, mengembara ke dalam gua batu kapur dan banyak lagi.
Vang Vieng telah menjadi sebuah bandar pengembara yang dikelilingi pergunungan dan tanah tinggi yang menghijau dan masih asli dengan perkampungan yang masih tadisi. Jalan-jalan utama di sini tersedia rumah tamu, hotel-hotel bajet dan sederhana mewah yang harganya semurah 20ribu kips (sekitar Rm8) hingga 150 ribu kips (RM 50) pasar mini, bar, restoran termasuk restoran halal (Restoran Nazim,lndian Food), kafe internet, agensi-agensi pelancongan dan bas-bas pelancongan yang membawa ke destinasi domestik dan luar negara iaitu ke Chiengmai, Ho Chi Mint,Bangkok dan sebagainya.
Gua terdapat banyak di sini seperti Tham Phu Kham dan Tham Jang gua berhampiran Vang Vieng. Bandar ini terletak di lebuh raya utama utara-selatan, Route 13 dari Luang Prabang ke modal, Vientiane. Ia adalah kira-kira lapan jam dengan bas ke Luang Prabang dan empat jam ke Vientiane (152 km).
Vang Vieng telah menjadi sebuah bandar yang berorientasikan kembara dengan jalan utama memaparkan rumah tetamu, bar, restoran, kafe internet, agensi-agensi pelancongan dan pelancong barat tertarik dengan berkayak di Nam Song River.
Dengan hanya berjalan kaki yang singkat dari bandar ini nTB boleh temui banyak etnik Lao, Kmou, dan kampung-kampung di sekitarnya. TB juga melihat Vang Vieng Organic Farm yang terletak sekitar 4 km ke utara bandar dalam kampung Phoudindaeng. (TB)

26 November 2012
VIENTIANE & MEKONG RIVER FRONT
MENURUT epik Laos, Phra Lak Phra Lam, Vientiane diasaskan oleh Putera Thattaradtha. Thattaradtha telah meninggalkan kerajaan Muong Inthapatha Maha Nakhone selepas adindanya merampas takhta daripadanya. Dia mendirikan sebuah bandar di tebing barat Sungai Mekong, iaitu Maha Thani Si Phan Phao, yang menjadi bandar Udon Thani di Thailand hari ini.
Pada suatu hari pula, seekor naga menyuruh Thattaradtha mendirikan sebuah bandar baru di tebing timur Sungai Mekong. Thattaradtha menamakan bandar ini Chanthabuly Si Sattanakhanahud, yang merupakan bandar Vientiane hari ini.
Sungai Mekong ditabiri senja |
Pada abad ke-14, Vientiane menjadi sebuah bandar penting kerajaan Lan Xang dan dijadikan ibu kotanya pada 1560. Selepas kejatuhan kerajaan Lan Xang pada 1707, Vientiane menjadi sebuah negara kota yang merdeka. Pada 1779 pula, bandar ini pula ditakluki oleh kerajaan Siam.
Perancis mula berkuasa di Indochina dan mengambil alih pemerintahan Vientiane pada 1893 dan menjadikannya pusat pentadbiran Laos pada 1899
Sebagaimana Phnom Penh, Cambodia di pinggir Sungai Mekong dengan bangunan tradisi warisan Perancis, di dataran Mekong River Front, Viettiane, Laos ini juga merupakan kawasan tumpuan para pelancong khususnya dari Eropah dan Australia bersantai di penghujung sore menantikan sang mentari memukau alam di cabang Sungai Mekong yang bersejarah seperti ungkapan puisiku:
SUNGAI MEKONG, SUATU SORE
Sungai Mekong menyimpan cerita
legenda perang dan kuasa
di timurnya Myanmar
di baratnya Vietnam
di utaranya China
di selatannya Thailand
sungainya terus membawa sarat
suka derita angkara
Sungai Mekong menyimpan lara
ada luka berdarah
ada punah asmara
ada harapan punah
ada kisah bermadah
sungainya terus membawa muatan
kunjungan dagang pendatang
Sungai Mekong penghubung negara
kasih sayang dagang santeri
impian tanpa sempadan
kapal pun berlabuh
setiap alun pertemuan
tanpa warna fahaman
sejak zaman berzaman!
RAJIEE HADI,
Sungai Mekong,Laos.
26 November 2012,
kunjungan dagang pendatang
Sungai Mekong penghubung negara
kasih sayang dagang santeri
impian tanpa sempadan
kapal pun berlabuh
setiap alun pertemuan
tanpa warna fahaman
sejak zaman berzaman!
RAJIEE HADI,
Sungai Mekong,Laos.
26 November 2012,
25 November 2012
Puisi:: GERIMIS DI VIENTIANE
Gerimis pagi menyambutku
vientiane dengan senyum baru
membuka pintu hari
dengan wajah harapan
terjun dingin air
Telah lama bersemenda
negeri dan penghuninya
daratan tanah luas
pergunungan sempadan
indah cantik memukau
mekong mengalir perlahan
tenang dan aman di sini
berabad-abad dahulu
tiada apa yang diburu
kini negeri ini mahu
berdagang saling berbahu
Pintu negeri pun dibuka
urus niaga mula bercanda
muslihat haloba dalam neraca
jujur peta penimbangtara
moga hari esok hadirku
setia kota tradisi.
RAJIEE HADI,
Vientiane, Laos.
25 November 2012
vientiane dengan senyum baru
membuka pintu hari
dengan wajah harapan
terjun dingin air
Telah lama bersemenda
negeri dan penghuninya
daratan tanah luas
pergunungan sempadan
indah cantik memukau
mekong mengalir perlahan
tenang dan aman di sini
berabad-abad dahulu
tiada apa yang diburu
kini negeri ini mahu
berdagang saling berbahu
Pintu negeri pun dibuka
urus niaga mula bercanda
muslihat haloba dalam neraca
jujur peta penimbangtara
moga hari esok hadirku
setia kota tradisi.
RAJIEE HADI,
Vientiane, Laos.
25 November 2012
24 November 2012
MELAYU DAN KETUANAN MELAYU
PAGI ini, rancangan saya “dicemarkan” oleh demonstrasi Bersih di ibu negara. Laluan saya sesak kerana beberapa batang jalan ditutup. Setelah beberapa lama tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, saya berpatah balik dan menukar haluan.
Saya ucapkan tahniah kepada kenalan saya pada ketika saya bekerja dengan Kumpulan New Straits Times (1976-2000), Abdul Samad Said aka A Samad Said kerana buat kali pertama berjaya menggagalkan saya.
Walaupun A Samad Said kanan daripada saya di NST/Berita Harian, tetapi beliau tidak pernah menjadi halangan atau ancaman apatah lagi menggagalkan saya.
Tetapi hari ini, A Samad Said berjaya menggagalkan saya. Akibat demonstrasi yang beliau dokong bersama seorang lain bernama Ambiga a/p G. Sreenevasan, saya gagal sampai ke destinasi saya. Tetapi saya tidak keseorangan. Ramai lagi yang menderita nasib yang sama.
Saya ucapkan tahniah kepada Sasterawan Negara itu kerana persekongkolan beliau dengan Ambiga dan libertarian lain berjaya memujuk, menghasut dan mempengaruhi orang dan kelompok tertentu berdemonstrasi di ibu negara.
Saya yakin kedudukan istimewa A Samad Said sebagai sasterawan Melayu yang terkenal dan perwatakan beliau yang lemah lembut telah berjaya dimanfaatkan oleh golongan libertarian untuk menarik penyertaan Melayu ikutan.
Libertarian adalah aktivis politik yang menekankan kebebasan, hak individu dan perkongsian atau pakatan sukarela. Melalui pakatan dan perkongsian sukarela inilah mereka bergerak sebagai gerakan politik.
Di negara barat, gerakan libertarian inilah yang menjadi pemangkin kepada kegiatan politik apa yang disebut sebagai LGBT (lesbian, gay, bisexual dan transsexual).
Saya tidak berani mengatakan A Samad Said tidak tahu atau tidak faham falsafah politik libertarian ini. Sebagai penulis dan Sasterawan Negara, saya andaikan beliau cukup berilmu dan bermaklumat.
Jadi, beliau mungkin membabitkan diri dalam gerakan politik golongan libertarian ini kerana beliau ingin menjejaki laluan sasterawan besar seperti (antara lain) Allahyarham A Samad Ismail, Usman Awang (Tongkat Waran) dan Ishak Haji Muhamad (Pak Sako) yang agung, unggul dan terkenal kerana activism politik mereka.
Dari sudut pandangan peribadi saya, A Samad Said telah sedikit sebanyak berjaya menonjolkan imej itu melalui pembabitannya sebagai Pengerusi Bersama (Co-Chairman) Bersih. Kini ramai yang mengaitkan keterampilan beliau dengan pejuang komunis Vietnam, “Uncle” Ho Chi Minh. Kelainan A Samad Said mudah dipisahkan daripada khalayak.
Malah di kalangan generasi muda, termasuk dalam media massa, mereka mula mengelirukan beliau dengan A Samad Ismail apabila mereka menggelar beliau Pak Samad. Bagi generasi saya dan mereka yang dekat dengan dunia kesusasteraan Melayu, panggilan mesra dan hormat Pak Samad adalah sinonim dengan dan eksklusif kepada A Samad Ismail. Bagi kami, wujud dikotomi yang luas antara A Samad Ismail (Pak Samad) dengan A Samad Said.
Mungkin baik bagi pengkaji sosial, politik dan sastera Melayu mendalami hal ini kerana ia berkait rapat dengan minda Melayu yang suka mengikut dan mudah teruja dengan idea-idea asing yang tidak mereka fahami.
Penjajah Inggeris dulu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia memahami psyche orang Melayu ini dan mereka secara sengaja mengko-opt atau melantik orang Melayu ke dalam pergerakan mereka bagi mewujudkan gambaran dan imageri yang pergerakan mereka adalah pergerakan nasional.
Kita lihat bagaimana DAP sejak akhir-akhir ini begitu gigih mencari keahlian Melayu bagi menghapuskan imej yang ia adalah parti komunal orang Cina. Jadi, tidaklah menghairankan kalau gerakan libertarian dan pinggiran juga mengko-opt orang Melayu sebagai maskot dan tukang jampi mereka.
Lagipun, adalah lebih berkesan melihat orang Melayu sebagai bangsa majoriti, berguling di atas jalan raya atau berkonfrontasi dengan polis Melayu berbanding orang Cina atau India. Sebab itulah dalam banyak demonstrasi jalanan sejak kebelakangan ini, yang berada di barisan hadapan adalah Melayu.
Apabila berkonfrontasi dengan polis atau ketika berperang dengan pengganas komunis, ketuanan (leadership) orang Melayu tidak dipertikaikan. Orang Melayu menjadi “tuan” di barisan hadapan. Ketuanan Melayu menjadi busuk dan hanyir hanyalah apabila orang Melayu menuntut hak asasi mereka. Wallahualam. (sumber: blog A.Kadir Jasin)
23 November 2012
Puisi: PAGI KUALA LUMPUR
(buat aza)
Kuala Lumpur basah
kaca jendela mendesah
dari lantai tujuh
titis-titis hujan
menyapu ingatan
Kuala Lumpur basah
hari lahir isteri
awal muharam hijrah
membina kota iman
permulaan setiap pengakhiran
Kuala Lumpur basah
aspal seakan sepi
lalu-lalang berteduh
matahari menanti
sinar tidak pasti
Kuala Lumpur basah
mendinginkan gersang
luka yang parah
ingatanku pada-Nya
berderai pedih.
RAJIEE HADI,
Kuala Lumpur.
15 November 2012.
22 November 2012
AIR ASIA UNTUNG!
|
|
KEUNTUNGAN sebelum cukai AirAsia Bhd
bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2012, naik lebih daripada
berganda kepada RM259.1 juta daripada RM108.49 juta dalam tempoh yang sama
tahun lepas hasil daripada pertumbuhan dalam kuantiti penumpang dan kapasiti.
Pendapatan meningkat 14 peratus kepada RM1.23 bilion daripada RM1.08 bilion apabila kuantiti penumpang naik sembilan peratus kepada 4.75 juta dan kapasiti berkembang kerana bilangan pesawat yang beroperasi di Malaysia bertambah kepada 59.
"Meskipun peningkatan kapasiti 10 peratus, permintaan dari segi faktor muatan tempat duduk kekal kukuh pada 77 peratus bagi suku tersebut," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar dalam satu kenyataan semalam.
Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan sebelum cukai syarikat penerbangan tambang rendah itu meningkat tiga kali ganda kepada RM1.69 bilion daripada RM456.4 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan bagi tempoh itu naik kepada RM3.58 bilion daripada RM3.21 bilion sebelumnya.
Aireen berkata paras tunai syarikat kekal kukuh dengan tunai dan baki bank sebanyak RM2.2 bilion dan gearan bersih dikurangkan lagi kepada 1.03 kali dalam suku semasa daripada 1.10 kali pada suku sebelumnya.
Bagi perkembangan serantau, syarikat sekutu AirAsia, Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia juga mencatatkan pertumbuhan pendapatan dua angka hasil daripada kuantiti penumpang yang tinggi.
Mengenai prospek masa depan, Aireen yakin AirAsia akan terus mempamerkan prestasi kukuh dari segi operasi dan keputusan kewangan dalam suku keempat.
"Suku keempat kebiasaannya merupakan suku paling kukuh kami. Kami akan terus melancarkan lebih banyak laluan dan menambah kekerapan untuk menyediakan kepada permintaan tinggi," katanya.
Beliau berkata AirAsia akan menerima enam lagi pesawat pada akhir tahun daripada pengeluar pesawat Eropah, Airbus, yang akan diagihkan di kalangan lima entiti -- Air Asia, AirAsia Thai, AirAsia Indonesia, Philippines' AirAsia and AirAsia Japan -- untuk menyokong pertumbuhannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Dr Tony Fernandes berkata syarikat itu akan terus menumpukan kepada tiga pasaran teras -- Malaysia, Thailand dan Indonesia -- dalam tempoh terdekat ini dan percaya terdapat potensi pertumbuhan bagi Philippines' AirAsia and AirAsia Japan.
Bagi menampung peningkatan permintaan, beliau berkata AirAsia dijangka menerima 266 pesawat baharu sehingga 2026, menambah kepada 112 pesawat sedia ada.(sumber: Bernama, 22/11/12)

21 November 2012
GADIS KECIL DI PINGGIR GAZA (puisi untuk anakku syaqira)
Semalam aku telah piatu
ayah tempat bermanja
ibu teman bermesra
tanpa dosa tanpa kata
kemanusiaan musnah segala
Sambil aku menunggu
ayah pulang menjamah
juadah tengah hari
sajian istimewa ibu
siap sedia menanti
salad maza dan syineena
Tiba-tiba di muka pintu
tubuh wajah ayah
merah simbah berdarah
kesan roket peluru
kejam zionis netanyahu
membunuh ayah di hadapanku
Meluru ibu mahu mendakap
tembakan pun bertubi-tubi
rebah ibu ke bumi
layu terkulai sepi
tanpa dapat menggapai
tubuh ayah dikasihi
Begitulah cebisan hari
gadis kecil di pinggir gaza
lumpuh tidak berdaya
suatu waktu dahulu
dihujani peluru tubuh kecilku
angkara yahudi tidak berperi
Aku hanya menyimpan impian
keamanan dan kasih sayang
saban hari dengan ayah ibu
membilang serpihan waktu
di kem shati kami menghuni
setelah berduka kehilangan
adikku iyad dan tamer
yang baru bergelak ketawa
Hari ini di gubuk usang
yang baru kami diami
titis-titis darah dan air mata
telah menyaksikan tragedi
menimpaku gadis kecil lumpuh
bernama tasneem al-nahl
tiga belas tahun usiaku
di pinggir gaza yang kelabu!
DR. RAJIEE HADI.
Malaysia.
20 November 2012,
ayah tempat bermanja
ibu teman bermesra
tanpa dosa tanpa kata
kemanusiaan musnah segala
Sambil aku menunggu
ayah pulang menjamah
juadah tengah hari
sajian istimewa ibu
siap sedia menanti
salad maza dan syineena
Tiba-tiba di muka pintu
tubuh wajah ayah
merah simbah berdarah
kesan roket peluru
kejam zionis netanyahu
membunuh ayah di hadapanku
Meluru ibu mahu mendakap
tembakan pun bertubi-tubi
rebah ibu ke bumi
layu terkulai sepi
tanpa dapat menggapai
tubuh ayah dikasihi
Begitulah cebisan hari
gadis kecil di pinggir gaza
lumpuh tidak berdaya
suatu waktu dahulu
dihujani peluru tubuh kecilku
angkara yahudi tidak berperi
Aku hanya menyimpan impian
keamanan dan kasih sayang
saban hari dengan ayah ibu
membilang serpihan waktu
di kem shati kami menghuni
setelah berduka kehilangan
adikku iyad dan tamer
yang baru bergelak ketawa
Hari ini di gubuk usang
yang baru kami diami
titis-titis darah dan air mata
telah menyaksikan tragedi
menimpaku gadis kecil lumpuh
bernama tasneem al-nahl
tiga belas tahun usiaku
di pinggir gaza yang kelabu!
DR. RAJIEE HADI.
Malaysia.
20 November 2012,
NGO MELAYU AMBIL PERHATIAN
KEPADA para kepemimpinan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan para sahabat yang menyokong tanpa mengira keturunan, fahaman politik dan kaum juga dipersilakan hadir di Bilik Seminar Kelab sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 22 November 2012 jam 9.30 pagi.
Perjumpaan ini penting bagi membincangkan desakan melampau persatuan chauvinis Dong Zong yang menyentuh isu-isu semasa Dasar Pendidikan Negara.Dalam perjumpaan ini, seruan bersatu dan muafakat semua pertubuhan dan organisasi yang beraskan Melayu/lslam/Bumiputera bagi menjamin masa depan anak-anak bangsa kita.
Untuk keterangan lanjut hubungan Haji Roslan: Majlis Permuafakatan Melayu (MPM): 0133414287 atau Syed Hassan 0149218508.

18 November 2012
GAZA : DERITA YANG TERUS SENGSARA
SIMPATI buat penduduk Gaza setelah seorang demi seorang pemimpin mereka mati syahid dibunuh oleh Zionis Israel. Kehidupan di bandar Gaza itu saperti mimpi yang amat mengerikan iaitu siang dan malam kehidupan sentiasa diburu bedilan peluru dan roket. Mereka bukan sahaja kekurangan makanan dan minuman bahkan terpaksa bergelap pada malam harinya.
Tiada siapa yang berani dan tiada negara Islam yang mampu isytiharkan untuk berjuang bagi membebaskan bumi Palestin. Hal ini kerana umat Islam telah hilang roh dan semangat jihad, lantas tidak bersatu dan takut dengan ugutan konco-konco Zionis Yahudi seperti Amerika dan negara-negara barat yang lain. Kalau ada pun hanya memandang dari jauh sahaja apa yang berlaku tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk menentang Zionis Yahudi yang sombong dan bongkak ini.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seolah-olah tidak nampak atau mentutup mata daripada melihat dan kekejaman askar Israel terhadap penduduk Palestin.
Pemimpin Islam dari seluruh dunia jangan berpeluk tubuh sahaja tetapi mesti bertindak segera untuk memastikan bumi Palestin dibebaskan daripada cengkaman Zionis Yahudi yang tidak habis-habis menyusahkan rakyat Palestin dan dunia islam.
Jika 1.5 bilion umat Islam daripada jumlah 7 bilion ini bersatu menentang rejim Zionis Yahudi yang hanya 20 juta sahaja, bumi Palestin terbela. Atau jika negara-negara Islam di sekeliling negara haram Israel berpakat menentangnya habis-habisan sudah tentu Islam akan menang dan negara Palestin akan berdaulat kembali.(sumber: Syed Abdullah Syed Osman Jamalulail, 18/11/12)

PHNOM PENH: SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-21
TB di Phnom Penh |
PESAWAT yang membawa Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada 8.30 malam (Waktu Malaysia: 9.30 mlm) pada 17 November 2012.
Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Penerangan Kemboja Khieu Kannarith.
Najib mempunyai atur cara yang cukup sibuk dalam tiga hari ini oleh kerana selain menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21, akan juga menghadiri lapan sidang kemuncak berkaitan.
Sidang kemuncak berkaitan ialah Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean dengan Majlis Penasihat Perniagaan Asean, Sidang Kemuncak Asean-Jepun ke-15, Sidang
Kemuncak Asean-Republik Korea ke-15, Sidang Kemuncak Peringatan Asean Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asean-India ke-10, Sidang Kemuncak Asean-China ke-15,
Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean-AS ke-4, dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-7. Kesemua persidangan itu akan berlangsung di Peace Palace, di sini tempat letaknya Pejabat Perdana Menteri Kemboja.
Najib juga dijadual menemui Perdana Menteri China Wen Jiabao, Presiden Myanmar U Thien Sein dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung di luar sidang kemuncak itu.
Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih semula Barack Obama dijadual hadir pada mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-7.(sumber: TMI, 18/11/12)
17 November 2012
MELAYU 3 KAPAL PUNCA BERPECAH?
TB terima mesej (SMS) daripada seorang sahabat berhubung dengan Dasar Pendidikan Negara(DPN) terkini. SMS beliau tercatat begini: 'Dasar Pendidikan Negara (DPN) yang baru dilancarkan menggantikan PIPP telah dibentangkan kepada semua guru di peringkat bawahan/dasar tanpa pengecualian.
DPN banyak mengandungi penambahbaikan; antara komponennya ialah bagi mengwujudkan daya saing bagi para pelajar Melayu baik sesama mereka atau sesama kaum lain di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.Mengenai penentangan kaum lain, khususnya kaum Cina, jika tidak menguntungkan mereka maka mereka akan menentang.Jikalau MCA membawa memorandum dan resolusi maka kerajaan/KPM terpaksa layan kerana tidak cukup kuat (?) untuk ditentang sebab Melayu dalam tiga(3)kapal...' (edit:TB)
TB faham maksud tersirat sahabat pengirim SMS ini.Maksudnya, kini orang Melayu telah berpecah kepada tiga parti terbesar. 0rang Melayu kini, dalam erti kata yang lain sudah tidur dengan bantal berasingan dan mimpi yang juga berbeza.Dengan ringkasnya, TB merumuskan pandangan sahabat itu bahawa Melayu kini tidak bersatu seperti pada zaman 'kapal layar' dahulu.Adakah ini benar?
Adakah orang Melayu telah kian parah dalam perpecahannya kini? Atau hanya orang yang bercakap pasal politik sahaja yang menyangkakan sedemikian. Sebenarnya jika mahu bercakap mengenai Melayu ini; berbincang dan bersemuka selama 100l malam pun tidak ada kesudahannya.
Sepanjang jalan pengalaman; TB dengan penuh rasa tanggungjawab pernah menulis surat terbuka kepada PM (Datuk Seri Haji Mohd Najib), kepada Pemuda UMN0 , surat terbuka kepada DAP dan sebagainya yang mana telah disiarkan dalam media massa semasa. lni adalah komitmen dan rasa kasih sayang dengan penuh tanggungjawab dan rasa keberanian demi agama,bangsa dan tanah air TB yang dicintai.
Dan sudah tentulah TB memzahirkan seruan ke arah 'kembali ke pangkal jalan'. Oleh kerana TB tidak ada kepentingan dengan mana-mana pihak maka seruan dan tulisan TB itu dirasakan datang dari kalbu nurani yang tulus mendalam.TB tidak pasti sama ada tulisan TB hampir dua tahun yang lalu memberi impak dan gaya perubahan kepada kepemimpinan kerajaan yang memerintah sekarang ataupun sebaliknya.
TB tidaklah bercadang mengupas intipati SMS sahabat itu secara terus dan terperinci. Namun memadailah TB kaitkan dengan kata kunci 'kuasa'. Kita tahu Yang Maha Kuasa hanyalah Allah SWT.Dan soalan TB; siapakah yang ada 'kuasa' memerintah sekarang atau sejak merdeka hingga kini?Apakah yang patut dibuat atau dilaksanakan apabila individu/pihak/kita ada 'kuasa'?
TB mahu ceritakan sebuah analogi: Datuk Seri Dr Rais Yatim ialah Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (termasuk menjaga ehwal warisan bangsa dan negara). Sepanjang ingatan TB, Datuk Rais ialah penyokong tegar dalam pemupukan dan pengembangan semula tulisan jawi yang merupakan salah satu aksara bahasa Melayu,bahasa kebangsaan negara kita.
Beliau telah berkempen meluas dan menyeru semua pihak di peringkat pelaksana agat tidak menagabaikan tulisan jawi. ok,blah,blah,blah...Tetapi apabila TB bertanya dan 'cuba menyuntik semangat' kepada salah seorang Pengarah Jabatan Penerangan di salah sebuah negeri yang di bawah kementerian Datuk Rais dengan mudah dan seakan 'lepas tangan'...'tidak ada peruntukan kewangan untuk meletakkan tulisan jawi pada pintu masuk menghala ke jabatannya' .TB terkedu kerana amat sedih dengan jawapan seorang 'pengarah' yang ada 'kuasa' dalam lingkungannya tetapi tidak mempunyai semangat...ya semangat Melayu!
Sebenarnya terlalu banyak TB mahu menulis tentang Melayu dan apa itu Melayu. Soal berapakah kapal tidak timbul. Yang pasti kaum minoriti terbesar Cina dan lndia di Malaysia bukan berada dalam satu kapal bahkan lebih daripada tiga kapal. Tetapi mereka tetap bersatu apabila menyentuh isu yang berkaitan pendidikan,kebudayaan,kesenian,agama dan adat resam mereka.
Ya, mereka tetap bersatu walaupun berada dalam kapal yang berlayar di langit atau di bumi! Apa kata kita pinta mana-mana pertubuhan politik Melayu menyenaraikan semula; berapakah luas tanah, aset, bilangan rumah kampung tradisi seluruh negara yang dimiliki Melayu/bumpitera; berbanding kaum bukan Melayu/bumiputera?
Sebenarnya terlalu banyak mahu TB tuliskan; tetapi cukuplah setakat ini; memaidailah! (TB)

16 November 2012
HO CHI MINH: CATATAN KESAN KUNJUNGAN
TB tiba di Tan Soon Nhat International Airport,
sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru dan moden yang dibangunkan
selepas tamat perang saudara lebih 30 tahun lalu. TB menaiki tut tut yang
melalui di tengah kota Ho Chi Minh pada kira-kira jam 7.45 pagi 12 Mac 2012 yang
lalu.Matahari mula terik di sini. Keadaan orang awam yang tidak terurus dek kemiskinan dan kota yang baru
memulakan pembangunan amat mengusik perasaan TB. Sunggupun daif dan kenderaan
motosikal yang mencecah 4 juta di kota ini, mereka tampak berdisiplin dan amat
menghargai nyawa walaupun terpaksa mengejar masa mecari rezeki.
Sebelum makan tengah hari TB daftar masuk di
Hotel Huang Hai Long 2 yang lokasinya di pusat bandar berhampiran Benh Taht
Market yang manjadi nadi utama membeli-belah barangan murah di kota ini. Namun
awas, pembeli mesti bijak dan wajib menawar sekurang-kurang 70% daripada harga
barangan yang dijual di situ.
Bangunan bersejarah ini terletak kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang. Bangunannya sangat unik dengan senibina berunsurkan Gothik oleh Gustave Eiffel, seorang arkitek terkenal berbangsa Perancis.Setelah makan tengah hari di Restoran VN Halal Muslim Restuarant yang tidak jauh dari Hotel Huang Hai Long 2. Hari kedua hingga 16 Mac TB bertukar ke Hotel Boss yang jaraknya dalam beberapa meter sahaja untuk merasakan kelainannya. . Pada petangnya, TB berjalan kaki di sekitar Saigon Square iaitu kompleks beli-belah yang menjual pelbagai jenis pakaian.
Pengalaman berjalan kaki di Bandar Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon
memberikan kelainan kepada TB kerana dapat melihat banyak motosikal
ditunggang oleh rakyat Vietnam.
Di Ho Chi Minh sahaja terdapat empat juta
motosikal yang menjadi pengangkutan penting rakyat Vietnam.Ada juga di Vietnam
diisi dengan aktiviti santai di atas kapal persiaran yang berlayar di sepanjang
Sungai Saigon selama satu jam dengan bayaran AS$10.
Esoknya TB memulakan aktiviti ke Cu Chi Tunnels
yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Bandar Ho Chi Minh.
TB dapat merasai pengalaman bersembunyi di
dalam terowong gelap dan sempit yang menjadi kubu pertahanan rakyat Vietnam.Terowong yang dibina sepanjang 200 kilometer ini
menjadi tumpuan pelancong dan dipelihara baik oleh masyarakat tempatan untuk
dijadikan kenangan kepada generasi akan datang.
TB dapat rasakan usaha rakyat Vietnam
mempertahankan tanah air dari peperangan Vietcong komunis dengan tentera
imperialis USA dengan membina kubu di tempat yang strategik dan perangkap yang
dibuat sendiri. Begitu juga dengan lorong-lorong yang menghubungkan sesetengah
ruang di dalam terowong berkenaan. Kubu bawah tanah ini ibarat sebuah
penempatan, lengkap dengan klinik, dapur, tempat mendapatkan bekalan air,
tempat serang hendap musuh dan menyimpan senjata.Hasil semangat juang yang kuat
dalam menentang tentera AS dan mempertahankan tanah air, mereka berjaya
menghasilkan sesuatu yang menakjubkan. Bagaimanapun disebabkan masalah seperti kemudahan
tandas dan pengudaraan yang tidak baik, ramai askar Vietnam yang menggunakan
terowong mati akibat malaria. Seterusnya pengunjung berpeluang merasai
pengalaman menembak di National Defence Sports Shooting Centre dengan bayaran
AS$17.50 untuk 10 biji peluru
TB juga berpeluang menjamu juadah ubi kayu
bercecahkan kacang tumbuk dan air teh.
Petangnya pula, masa TB diisi dengan lawatan ke WarRemnants Museum, khas untuk memperingati Perang Vietnam. Muzium ini dibuka pada
September 1975 untuk memaparkan jenayah perang AS dan kerajaan boneka (Vietnam
Selatan) yang kemudiannya dikenali sebagai Muzium Jenayah Perang AS.Muzium ini terdiri daripada lapan bilik yang
dilengkapi dengan peralatan tentera.
Di sana tergantung gambar grafik kesan semburan
kimia, penggunaan bom napalm dan fosforus serta kekejaman pembunuhan
beramai-ramai di My Lai.Terdapat juga tiga balang janin manusia cacat yang
diawet akibat pendedahan kepada dioksin. Lawatan ini sungguh menginsafkan TB.
Pada hari ketiga TB meneruskan aktiviti lawatan
ke perkampungan sekitar Sungai Mekong.Perjalanan mengambil masa selama dua jam dari Ho
Chin Minh dengan menaiki bot ke Unicorn Island. TB menaiki sampan menyusuri
denai sepanjang sungai. Di kiri kanan sungai terdapat banyak pokok nipah.Kami
sempat singgah di perkampungan nelayan yang terdapat kolam ternakan ikan dan dusun
buah-buahan.
Kunjungan menyaksikan pertunjukan puppetair di Thao Dien Village dengan bayaran AS$10. Cerita yang dipersembahkan agak
menarik tetapi disebabkan masalah bahasa kami tidak dapat menghayatinya.Pada
hari-hari berikutnya TB sempat meninjau dan memeerhati gelagat manusia termasuk
membeli-belah di Pasar Ben Thanh.
Pasar ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 6
petang kecuali Sabtu dan Ahad, dibuka seawal pukul 7 pagi.Berdekatan pasar
tersebut ada restoran halal yang diusahakan anak Malaysia iaitu Restoran Nyoya
Penag yang menyajikan teh tarik, nasi lemak, nasi baryani dan menu makanan
Malaysia yang lain.
Tips semasa membeli-belah di sini:
a) Tetapkan mata wang apa yang hendak digunakan.
Peniaga menerima dolar Amerika dan Ringgit Malaysia selain VDong.
b) Terus tawar separuh harga jika memang hendak
membeli barang tersebut.
c) Jangan melancong ketika cuti sekolah atau
musim perayaan. Peniaga akan menaikkan harga sesuka hati. Tambahan pula tiada
tanda harga.
e) Jangan hanya tertumpu kepada satu kedai atau
gerai. Peniaga akan menawarkan harga yang berbeza.
f) Bandingkan dengan harga barang yang sama di
Malaysia
Pada hari terakhir di Vietna 16 Mac, sebahagian
daripada masa TB meninjau semula kawasan membeli-belah di Pasar Ben Thanh.
TB sempat berjalan kaki ke Reunification Palace
tiket masuk USD1.50 dan beberapa kawasan bangunan warisan penjajah Perancis. Bangunan
ini yang sebelumnya dipanggil Independence Palace direka bentuk oleh arkitek
bernama Ngo Vit Th. Istana ini adalah rumah dan pejabat Presiden Vietnam
Selatan semasa Perang Vietnam.
TB tiba di lapangan terbang pukul 3 petang lalu mendaftar masuk. Urusan di sini lancar dan tidak menghadapi masalah. Cuma kesilapan TB tidak memasukkan botol-botol madu lebah yang amat asli ke dalam bagasi tetapi membawa ke laluan kastam maka tidak dibenarkan dibawa ke dalam pesawat.TB terasa amat terkilan. TB berlepas dengan penerbangan Air Asia pada petang 6pm dan tiba ke KLIA selepas magrib. TB bersyukur perjalanan dari KLIA ke Ho Chi Minh, Vietnam dan kembali ke tanah air berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Yang pasti, banyak yang TB pelajari daripada kunjungan ke rantau orang! (TB)
Langgan:
Catatan (Atom)